Sunday, January 8, 2017

rutin baru mama

assalamualaikum semuaaaaa *amboi sangat*

sebenarnya tengah buat report hari orientasi. kepala rasa bengong duk mengadap dokumen semua, so ambik masa la update blog sikit.

saja nak share dengan uolls semua rutin baru mama jihan ;p
actually takde la baru sangat. cuma kaklong masuk darjah 1 je tahun ni..hikhik padahal tahun lepas pun dia sekolah jugak, cuma sekolah pasti kan. naik darjah 1 ni rutin berubah sikit la..

so basically kalau hari bekerja, rutin mama jihan masih sama--bangun pukul 4.30am.

bangun bangun je terus ke dapur, masak air. sesambil tunggu air masak tu sy pegi la mandi dulu.

siap mandi, pegi dapur panaskan lauk semalam. oh ya, tahun ni masih macam tahun tahun yang lepas, sy dan encik suami bawak bekal pegi tempat kerja. anak anak je tak bawak bekal.

bekal tak semenggah
kaklong damia ada disediakan makan tengah hari kat sekolah. cuma waktu rehat pagi tu biasa dia beli nasi lemak. sy terfikir jugak nak bekalkan dia nasi lemak, cuma tu lahhhhh sy memang tak sempat nak masak pagi pagi. nasi lemak kan tak boleh nak masak malam..kang esok mesti cepat basi..nak masak pepagi..hmmmm sy rasa bangun 4.30am tu pun dah cukup awal..takkan nak bangun lebih awal nanti sy tak cukup rehat huhuuuu..so buat masa ni takpelah sy bagi damia makan kantin dulu. esok esok kita tengok cemana kalau sy boleh adjust rutin saya.

farhah masih kat pasti. so pasti memang sediakan makan. farhah makan kat situ je. raudhah kat taska, pun makan kat sana. nanti tengah ari farhah balik taska, kul 3.30pm damia pun balik taska, dorang akan makan lagi kat situ :)

ops sambung cerita. lepas siap-siapkan bekal makan, sy siapkan bekal susu raudhah semua, siapkan beg peralatan mengepam..isi botol, isi pam yada yada. then bancuh air nescafe utk sy dan suami.

biasanya sy sempat la minum pagi nescafe o panas cicah biskut ke roti ke..apa apa yang available kat dapur sy. hahha nak kata ni breakfast, subuh pun tak masuk lagi. dah macam sahur pulak. tapi papepun sy memang akan pastikan sy, suami dan anak anak tak keluar rumah perut kosong. anak anak biasanya abah dorang akan buatkan milo sebelum gerak gi sekolah :)

dalam kul 5.30am sy kejutkan encik suami..dia mandi dan kemas baju anak anak ke taska. sy pulak bersiap pakai baju, then tunggu subuh.

masuk subuh  je sy solat, pastu terus gerak ke tempat kerja. biasa sy gerak dalam kul 6am huhuuuu.
masa nak turun tu sy akan bawakkan sekali beg taska dan beg susu raudhah then masukkan dalam kereta encik suami. so encik suami cuma siapkan anak anak, pakaikan baju sekolah semua then suami akan bawak anak anak turun dalam pukul 7.

damia pegi sekolah naik transport. jiran sebelah blok kitorang yang hantarkan, then balik nanti akak tu akan ambik dia pukul 3.30pm dan hantar ke taska. tahun ni sekolah sy tukar jadual, so hari hari sy balik pukul 3. tu belum masuk hari yang ada meeting atau kelas tambahan. sob sob.

sy ambik anak anak kat taska dalam pukul 4pm camtu. balik rumah kalau tak penat sangat sy terus masuk dapur, basuh botol, basuh tupperware, keluarkan benda benda nak masak semua.

tapi kalau penat sy akan tidur kejap, charge tenaga then bangun semula untuk sambung kerja.

hari hari basuh botol banyak ;p
dalam pukul 6pm, masak then kemas kemas..start cairkan susu raudhah kat peti bawah.
encik suami balik kul 6 lebih, dia yg akan mandikan anak anak semua. apa yang penting---kerjasama!

solat maghrib, mengaji then suami akan suapkan anak anak makan. biasanya sy tak makan dinner. i is diet wekkk haha ;p
lepas makan semua kalau damia ada homework sy akan temankan dia buat homework. kalau tak biasa pukul 9 lebih dah golek golek kat bilik dah.
pukul 10 malam sy mesti dah tidur. yupsss sy akan tidur awal dan bangun awal. sy pastikan cukup tidur supaya bangun esok lebih segar dan sy boleh bekerja dengan baik :)

sedikit tips and trick dari ibu tak berapa nak super :

1. siapkan kerja kerja gosok baju di hujung minggu. gosok semua sekali so sepanjang minggu takpayah kalut nak gosok baju dah.

gosok baju seminggu terus
2. siapkan semua barang yang nak dibawa esok pada waktu malam sebelum tidur. beg sekolah anak semua pastikan dah ready letak satu tempat supaya esok takla kelam kabut. botol air anak, botol air mak semua pastikan dah berisi.

3. belajar untuk buat kerja dengan cepat. kerja sekolah sy siapkan semua kat sekolah. bila kat rumah sy memang takkan buat kerja sekolah lagi dah melainkan betul betul urgent.

4. sebelum tidur matikan semua wifi supaya anda tak terganggu dengan segala wassap yang masuk. biasa sy pukul 10 tu sy off wifi sy then terus tidur. esok pagi baru sy akan tengok balik kalau ada arahan masuk. takpayah nak rajin sangat bekerja di luar waktu kerja. waktu di rumah adalah untuk family ok :)

5. kalau nak masak hari-hari, bahagikan bahan mentah siap siap mengikut portion sekali masak. macam seekor ayam tu bahagi bahagikan lah so takdela sekali nak masak kena cairkan seekor ayam kan. nanti dia ambik masa nak defrost.

6. kain baju encik suami yang akan basuh dan jemur. sy akan lipat kain hujung minggu sahaja. well sekali lagi apa yang penting?

kerjasama!

pandai :)

7. kemas rumah--biasa hujung minggu kami kemas betul betul. encik suami vacuum, sy mop. hari hari biasa kemas gitu gitu je. sekadar kutip kutip mainan asalkan tak sakit mata memandang.

8. takyah jadi perfectionist sangat. mana mana kerja yang boleh tangguh utk buat weekend (macam lipat baju tu) maka tangguhkan la dulu. your body deserve to rest.masa weekend kita buat kerja kerja urgent dan penting je. 

additional tips :

untuk memudahkan susun buku sekolah anak, sy buat sistem kod warna. kos putih untuk isnin, merah untuk selasa, hijau untuk rabu, kuning untuk khamis dan biru untuk jumaat.

malam sebelumnya sy cuma akan arahkan "kaklong, esok isnin masukkan semua buku yang warna putih dalam beg ok!"
so sy takpayah la nak kalut-kalut susun buku anak miahahahhaha ;p

 


bermanfaat ke? kalau bermanfaat mungkin boleh apply dalam rutin uolls. kalau tak bermanfaat anggaplah sekadar bacaan hiburan korang okay ;)

No comments:

Post a Comment