Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : day 4 - balik malaysia

last day di thailand. hari ni kami akan balik ke malaysia ikut pintu masuk padang besar.

ni bilik kami masa kat grand plaza hotel hatyai.
nak checkout baru ambik gambar huhuuu

sambil tunggu yang lain
 ni rate hotel yang kami duduk.
bilik kami tu bilik deluxe.

 1080 baht = RM 137.16
1550 baht = RM 196.85
1650 baht = RM 209.55

gambar gambar bilik
 pagi ni kami janji jumpa kat lobi dalam pukul 10pagi. tapi jam malaysia 11 pagi okay. yang jenis morning person tu memang siap awal la.

ada yang pergi massage dulu. oh ya thailand ni memang terkenal dengan massage dia. murah kot massage full body dalam 380 baht je. mana nak dapat kat malaysia kan. tapi sy tak pegi la sebab sy nak shopping hahahha ;p

salma restaurant
 disebabkan malam tadi tak dapat makan kat salma, maka pagi ni kami breakfast beramai ramai kat salma. yang ni tuan besar haji masduki belanja plus kami tambah 300 baht sebab duit dia tak cukup hiks.

kalau ikut yang sy google--antara menu mesti try kat thailand ni tek tarik ais, teh hijau pun sedapp :)

my teh tarik ais
 kat salma ni murtabak dan roti canai dia sedapp! kuah tu macam kuah masak lemak cili padi tapi versi tak pedas.


 lepas breakfast ada yang sambung shopping kejap then pukul 12 kami checkout, ambik group photo dan terus ke padang besar.

hatyai ni terkenal dengan barangan kraf. so sy beli la jugak handmade bag dorang. cantik :)

handmade bag
 seriously hotel ni convinient sangat. kami park kereta malam tu, memang tak keluar sampai pagi la kereta tu. sekitar hotel dah boleh makan, shopping.
even kat depan hotel tu bersusun tuk tuk kalau kita nak ke mana mana.

paling frust kat hatyai ni sebab kami tak dapat ke floating  market.
yela, kami kat hatyai tu hari khamis sedangkan floating market bukak hari jumaat, sabtu, ahad.
then sebenarnya boleh je pegi naik gajah, tapi naik gajah kena bayar 500 baht (RM 63.50) bagi sy mahal la so semua pakat taknak naik gajah.

sy plan untuk datang lagi stay kat hotel ni dan explore hatyai naik tuk tuk je. next time :)

boleh jugak call untuk massage dalam bilik je
group photo :)
dah siap checkout kemas barang dalam kereta semua, kita terus ke pintu masuk malaysia padang besar. waze je mesti jumpa.
sejam je rupanya dari hatyai nak ke padang besar hua hua hua. tak pernah tau pun selama ni.

 sampai imigresen kena queue untuk cop passport, pastu ada kena isi borang senarai penumpang dalam kereta.

then drive masuk malaysia.
drive masuk malaysia ni ada beberapa checkpoint--ada kastam suruh bukak bonet nak tengok kot kita seludup barang, ada checkpoint AADK apa lagi entah.

kereta comotkuuuu ;p

pemeriksaan kastam kena bukak bonet
 masuk malaysia then terus ke arked niaga padang besar--lebih kurang 1.2km je rupanya hahahha.
sambung shopping kejap di sini. then kami ke taiping. sewa homestay semalam kat taiping, the next day tu pegi makan kat mi udang mak jah, pastu kami berpisah ikut destinasi masing-masing.

maka tamatlah percutian kami kali ni.
perjalanan yang panjang.
Puchong- Kuala Terengganu- Rantau Panjang- Krabi- Hatyai- Taiping- Puchong.

phewwwww memang satu perjalanan yang jauhhhhh tapi best sangat!
lain kali boleh gi jalan jalan lagi hihi.

babai thailand--best sangat thailand sebab makanan sedap kahkahkah ;p

till then, semoga bermanfaat entry cuti cuti kami kali ni.
kalau ada nak tanya boleh je email atau wassap je 0193119017 okay!

TOTAL BUDGET DAY 4

sarapan (tuan besar belanja ) : dalam 2100 baht
souvenir hatyai : 800 baht (nampak tak betapa banyaknya sy shopping souvenir haha)

*nak tukar duit baht ke duit malaysia sila darab 0.127 ikut kadar tukaran masa kami pegi tu*
*kadar tukaran ni sentiasa berubah ubah*
next entry sy bagi total bajet untuk kami satu family kecil ye :)

No comments:

Post a Comment