Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : day 3 - ke hatyai

last day di krabi.
sebenarnya tak cukup dua malam kat krabi sebab kami tak sempat pun pergi elephant trekking sob sob. sebab tu la next time kena repeat kan ;p

pagi hari ketiga kami berpecah lagi--ada satu group ke emerald pool, kami stay hotel je sebab sy nak bagi encik suami rehat sebelum drive ke hatyai pulak.
kesian encik suami belum sempat rehat pun sejak sampai sini.

so pagi tu layan anak anak mandi kat swimming pool kat villa je.
 

then dalam pukul 10 lebih bersiap-siap, kemas barang untuk checkout pukul 12 tengah hari. oh ya untuk villa ni kami tak amik breakfast. sebab masing masing dengan aktiviti sendiri so breakfast-suka-hati-masing-masing-pepandai-la-korang konsep dia haaa :) 

saya bawak 3 in 1 dan biskut siap siap dari malaysia, so kami breakfast tu je la. villa ni tak sediakan 3 in 1 nape entahhh. 

photoshoot area villa dulu :)

rindu kemeriahan anak anak ini :)
so pukul 12 tengah ari tu kami checkout, dan terus gerak ke hatyai. janji jumpa dengan group yang ke emerald pool tu tepi jalan je. dorang dah siap siap kemas dan angkut barang sebelum ke emerald tu.

ambik signboard oscar villa

  
us :)

berhenti tepi jalan ambik gambar signboard ni dulu. hari tu tak sempat singgah sebab kami sampai krabi dah malam kan ;p

say hello my mr driver :)

 

tahniah encik nissan berjaya explore thailand ;p
kat simpang nak masuk ke emerald pool tu kami berhenti tunggu dorang, masa tu dah pukul 1 lebih kot. aonang ke emerald pool ni dalam 45km jugak la. so ambik masa dalam sejam drive.

semua orang dah lapar, so kami tanya tanya orang, katanya kat pasar ni ada tempat makan muslim.
alhamdulillah--boleh makan sini.
pasar ni terletak betul betul kat simpang kat jalan besar nak masuk ke emerald pool.
cuma kena lintas jalan sket la.

 masalah kat thailand ialah tak reti baca signboard weyyyyy.
ya aduh entah apa nak sebut ni.

pasar ni ada jual buah buah, ada jual souvenir jugak, ada beras siam.
eh beras kat thai sedapppp tau. lain dari beras kat malaysia.
tapi korang jangan beli banyak sangat kot. kang kena tahan kastam kat sempadan mak tak bertanggungjawab ye ;p

 kedai makan halal belakang pasar. ada beberapa gerai tapi ya ampun bercakap macam ayam dan itik. kita tak paham dia, dia tak paham kita. cuma nasib baik la ada sorang makcik pandai english sikit sikit.
order main tunjuk tunjuk je la hihi :)

total lunch kat sini semua orang 1170 baht (RM 148.59)

lepas makan kami sambung perjalanan. singgah masjid ban huai luk (entah mana ni kami main singgah je)

uniknya sy nampak petrol pump kat dalam kawasan masjid ni :)


lima kereta
 masa sampai masjid tu ngam ngam azan asar, so jamak taakhir je then terus ke hatyai.
ikut waze dalam 4jam perjalanan je. tu pun ada satu kawasan tu jalan teruk gile ntah kenapa ntah.
dalam satu ke dua kilometer jalan teruk ya ampun kalah jalan gravel. dah macam naik gajah dah rupa dia.

then dalam pukul 9 malam kami sampai hotel kat hatyai.
Grand Plaza hotel, nanti sy share rate harga dia ye.

area Grand Plaza hotel ni ada banyak hotel lain, pastu kat jalan raya dia tu banyak jual jual ya ampun rambang matakuuuuu sesampai je kat hatyai.

 banyak kereta plate malaysia kat sini, plus ramai muka malaysia--sy agak sini memang kawasan tumpuan untuk orang malaysia stay dan shopping :)

next kami check in hotel, pastu keluar makan beramai-ramai.
jalan sikit je boleh jumpa restoran salma yang femes di kalangan pelancong malaysia.
malangnya restoran salma dah tutup masa kami sampai. huhu.

so kami ke restoran hamid--pun femes jugak kalau kita google.
yang bestnya restoran hamid ni boleh terima duit ringgit malaysia.
wau, tak la susah hati kalau duit baht tak cukup kan :)

restoran hamid
dinner kat restoran hamis, kami ambil dua set meal (satu set meal untuk 10 orang makan) satu set tu harga 2000 baht.
ada penambahan beberapa gelas air--so total makan 4200 baht (RM 533.40) sama macam masa makan kat aonang.

so boleh calculate kot anggaran makan kalau group ramai macam kami ni. meal 10pax harga 2000 baht--so sorang jatuh 200 baht kan? convert duit malaysia RM 25.40.
tapi masa kami pegi ni memang duit malaysia tengah jatuh kan.
biasanya 100 baht bersamaan RM10 tapi masa kami pegi ni 100 baht bersamaan RM 12.70 sob sob kesian kan. so semua benda jadi mahal la.

area bawah hotel
 lepas siap makan, walaupun badan penat mata mengantuk segala bagai, tetap gagahhhh nak jalan okey.
ada satu area jual makanan, ada satu area jual baju baju dan souvenir. kalau nak rasa pulut mangga ke..kat sini okey kot. cuma kami tak la beli sebab perut penuh baru lepas dinner kan. so kami jalan jalan beli souvenir je.

TOTAL BUDGET DAY 3

lunch group : 1170 baht
dinner restoran hamid : 4200 baht
souvenir : 810 baht

*nak tukar duit baht ke duit malaysia sila darab 0.127 ikut kadar tukaran masa kami pegi tu*
*kadar tukaran ni sentiasa berubah ubah*

No comments:

Post a Comment