Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : day 2 - makan makan

hoahhh yang ni paling digemari kami suami isteri.
haha kami berdua ni memang geng kamceng jalan jalan cari makan.
kalau pegi mana mana mesti nak cari makanan yang menjadi sebutan di kawasan tersebut.

maka petang lepas sesi island hoping tu, balik bilik mandi mandi dan solat jamak taakhir semua, kami pun siap siap nak ke pekan aonang--cari pancake yummyyyy!

pancake paling glamour dalam kalangan pelancong malaysia ialah pancake yamilah ni.
kedudukan kat depan balai polis pelancong (tourist police) aonang, hujung sekali sederet dengan gerai gerai makanan.

kat sini memang antara area streefood famous dan sedap dan murah. makanan goreng goreng pun boleh beli kat sini. tapi satu je tempat duduk terhad. so boleh beli makan kat hotel la. ni option makanan murah untuk traveller ala budget :) tempat lain yang sy baca pasal streetfood kat aonang ni ialah area masjid aonang. situ pun murah dan sedap. yang penting hahal :)

banner pink ala qu puteh qu puteh

rata-rata blogger yang sy baca akan recommend pancake perisa banana+nutella--maka ini lah yang sy makan. sedapppppp baq hang. ya ampun sampai sekarang masih teringat ingat kesedapan dia tu. harga dalam 45 baht (RM 5.72) kalau tak silap. paling mahal kalau tak silap dalam 50 baht camtu. 

pancake ni dia uli macam roti canai gitu..tapi nipis nipis rangup then dia buh la inti dan topping ikut pilihan kita. ada macam macam perisa--coklat biasa la, banana campur coklat, even perisa macam tuna pun ada.

oh banana+nutella pancake come to mama pls ;p
damia makan perisa coklat+susu pekat

masa kami sampai tu kerusi kosong--memang rezeki anak anak la nak duduk makan kat sini.
baik je makcik yamilah tu--siap kakngah makan pisang satu 20 baht dia bagi free je :)
tq makcikkkk--semoga lebih murah rezeki di masa akan datang :)


tuan tanah nak jugekkkk
habis cerita makan pancake, malam tu kami dinner beramai-ramai kat a-hud restaurant.
kedudukan tak reti nak explain--haha sy ni pasal kedudukan, pasal jalan memang failllll. sebab tu kena bergantung dengan waze selalu hehe.

dah namanya segala tomyam, somtam tu semua asal thailand kan. so bila makan kat tempat asal dia, memang terbaikkk baq hang!
semua sedappp. punah diet ku sepanjang di krabi sob sob sob.


kami ambik 3 set--satu set untuk lima atau enam orang makan kot--tapi cukup je untuk cover kami semua 18 dewasa plus 7 kanak kanak ni.

total makan beramai ramai 4200 baht (RM 533.40) 
murah ke? takdelah murah sangat kot kan.

lepas makan tu kami berpecah.
sy, encik suami dan anak anak pegi jalan jalan cari barang souvenir dan cari baju krabi.

sy dan suami pakai tshirt krabi :)


jalan jalan area pantai aonang, memang banyak kedai kedai jual souvenir. kami beli baju i love krabi ni semua sekali 1000 baht (sy punya long sleeve, anak anak dan suami short sleeve)

antara souvenir yang boleh dibeli--selain keychain, fridge magnet, poskad--beg beg macam ni comel gila ya ampun.
takleh tahan nak beli banyak banyak tau :)


harga tak ingat tapi dalam 100 baht camtu ada macam macam saiz dan boleh tawar menawar. siapa ada skill tawar menawar yang tinggi tu memang terbaiklah. masa ni la nak guna skill korang tu kan hihi :)

TOTAL BUDGET DAY 2

pancake- bergantung kepada perisa yang dipilih- kami beli 7 pancake kot : 420 baht
dinner group : 4200 baht
tshirt krabi : 1000 baht
souvenir : 570 baht


*nak tukar duit baht ke duit malaysia sila darab 0.127 ikut kadar tukaran masa kami pegi tu*
*kadar tukaran ni sentiasa berubah ubah*






No comments:

Post a Comment