Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : day 2 - island hoping

sambung hari kedua.

(baca balik hari pertama di sini)

semalam dah taip separuh sebenarnya pastu salah tekan apa entah terus hilang semua. mampu berhuhuhu je la pastu masuk tidur.

morning view Oscar Villa
semalam masa dinner kan kami dah survey dan beli pakej island hoping. sebenarnya ada banyak pakej island hoping dengan harga berbeza-beza. kena survey dan pandai tawar harga supaya dapat yang murah.

pakej yang paling mahal ialah pakej phi phi island kalau tak silap. yang ni pegi jauhh sket, plus tempat lebih cantik. kami beli pakej four island je, which is dorang akan bawak pegi empat pulau ; Phra Nang island, Tup island, Chicken island dan Poda island.

lepas tu boleh pilih sama ada nak pakej yang naik speedboat atau pakej yang naik longtail. longtail ni sejenis sampan perahu kayu je. yang sy baca pengalaman orang lain, memang teroleng oleng la naik longtail plus mabuk bagai hehehe. tapi pakej naik longtail ni lebih murah dari naik speedboat.

so kami beli pakej naik speedboat-four island tour dengan harga 950 baht (RM120.65) per dewasa dan 650 baht per kanak-kanak (RM82.55).
harga ni termasuk transport pegi balik villa, life jacket, peralatan snorkeling, unlimited drinks atas bot dan lunch kat Poda island.
tapi agaknya sebab kami dah beli banyak pakej kan..untuk kami ni cuma sy, hubby dengan damia je bayar. farhah dan raudhah dapat free. ohh ya sebenarnya bawah dua tahun memang free pun :)

harga ni termasuk jugak bayaran national park dorang. national park fee (200 baht) ni macam yang kita bayar unesco fee kat melaka tu. ni kalau kita taknak bayar masa tempah pakej tu pun boleh, tapi nanti dalam bot dorang still akan mintak jugak. so baiklah bayar lump sum semua benda so esok dah takpayah bawak duit kan ;p

van pickup kat villa
pagi tu van datang ambik kat villa. semalam masa beli pakej tu dah siap siap bayar full so dah bagi alamat villa semua. van ambik dalam pukul 8pagi waktu Thai. oh ya waktu Thai lebih lewat sejam berbanding malaysia. so kalau dia kata pukul 8am tu maksudnya pukul 9 jam malaysia la.

sampai je kat tepi pantai tu kita semua akan berkumpul, buat pendaftaran dulu. masa ni boleh la sapu sapu segala sunblock. jangan tak sapu pulak kang terbakar habis kulit nangis la balik malayia haha amboi hyperbola sangat nih!

group photo sedas
oh ya ibu mengandung tak boleh join trip island hoping ni tau..huhu kesian ibu ibu mengandung--lain kali boleh repeat lagi. ehh?

lepas semua dah cukup korum, maka marilah kita bergerak beramai-ramai ala rombongan cik kiah untuk menaiki speedboat. untuk pegi island hoping ni takyah bawak baju salin pun sebenarnya. bawak makanan-makanan ringan in case kelaparan tunggu lunch, bawak towel je.
nak naik speedboat yuhuuuu!

dalam speedboat
masa nak naik speedboat ni dorang akan collect semua selipar kita dan masukkan dalam satu beg jaring besarrr. so sepanjang island hoping ni kita semua akan berkaki ayam ye encik encik ;p

naik je boat dorang start distribute life jacket. ada kecik dan ada besar. boleh pilih saiz la mana yang available. tapiiiiiiii kannnn..jacket untuk kanak kanak tu agak besar saiz dia. sy pun boleh muat haha!
nasib baik la sy dah study awal awal so untuk bebudak ni memang kami bawak siap siap life jacket dari malaysia.
boleh beli life jacket kanak kanak kat speedo (kami beli kat speedo setia city mall) dengan harga rm149 satu jacket. so sekarang kami ada tiga life jacket kanak kanak siapa nak sewa boleh wassap 0193119017 hahhaha meyempat je kan ;p

Pulau pertama ialah Phra Nang island. cantikkk pulau ni. ada satu gua kecik tapi kami tak masuk pun gua tu sebab ada patung buddha dorang kan. malas la nak bawak anak anak kecik pegi mengadap patung buddha hihi.

Phra Nang island

bukti sampai krabi haha!

mandiiiiii
 kami diberi tempoh lebih kurang 45minit kat phra nang island ni so kami mandi laut je la. anak anak dara saya tu kalau nampak pantai ya Allah menggeletis tak hingat nak mandi. tak cukup cukup masa asyik nak mintak mandiiiiii je :)

macam mana nak ambik gambar aktiviti-aktiviti air ni? haaa cuba fokus benda tergantung kat leher saya kat atas tu. benda tu nama dia waterproof cover for phone. boleh beli kat mana mana kedai aksesori phone, so masukkan phone dalam tu, selamat lah phone kita dari dimasuki air. sy beli masa kat BPmall harga dalam RM12 camtu kot. kat krabi ni pun banyak je jual menda alah tu tapi untuk kesenangan bawak la siap siap. kang sampai sana baru nak cari and beli tu masalah jugak kan :)
next kami ke Tup island. istimewanya tup island ni sbab kalau air surut kita boleh jalan kaki je ke pulau sebelah, which is Chicken island.

ce tengok gambar di bawah. okey tau posing tu entah pape. haha sebenarnya nak tunjuk tu Chicken island dan nampak tak ada orang berjalan merentasi laut tu dari Tup island untuk ke Chicken island.
fokus orang belakang ;p

banyak perahu kat Tup island

anak anak main- siap bawak mainan tau ;)
 dalam 30 minit macam tu kami dibawa ke Chicken island pulak. sebelah je la dengan Poda island ni. kat Chicken island ni la kita dibenarkan snorkeling.

chicken island-nampak tak kepala ayam?

ada jugak gambarku snorkeling
 saya dan encik suami terpaksalah bergilir-gilir snorkeling sebab kena jaga anak anak tu atas bot. takpela dapat snorkel sekejap pun jadilah kan.

actually ni pertama kali dalam hidup sy join snorkeling. ye ye..sy adalah sejenis spesis gelabah dalam air dan tak pandai berenang okey.
sebab pk dah bayar mahal maka sy nak try la. so gambar takde sebab sy baru belajar nak masuk air--mestilah belum terror nak multitask i.e snorkeling sambil ambik gambar kan hihihi.

30 minit je masa snorkeling
hmmm nak kata cantik sangat tu, ok la jugak. banyak ikan belang kuning hitam tu je. agaknya masa kami pegi ni kan musim tengkujuh so ikan semua lari haha ada kaitan ke?
anak anak tengok je ikan dari atas bot
then last sekali kami ke Poda island. haaa masa ni perut dah laparrr maka semua makanan nampak sedap.

lunch di Poda
 kami lunch, mandi mandi laut then ambik gambar je. masa ni dah start gerimis. renyai renyai hujan tapi sebab memang dah alang alang basah pun kan. lantakkan situ :)

landmark poda. langit dah mendung--kalau terik mesti cantik. huhu
 kat pantai Poda island ni ada kawasan yang ada ikan belang kuning hitam tu. ikan dia ya ampunnnn jinak je siap boleh main main kat kaki kita.

nak selpie dengan ikan
cantik kan air laut :)
so selepas sejam camtu, kami pun mula bergerak balik. dalam pukul 3pm jugak la.
sampai semula pantai kat aonang tu, tunggu transport untuk hantar balik ke villa.

kali ni bukan naik van. kami naik apa entah. rupa macam tuk tuk tapi versi besar. macam lori kecil tapi atas dia ada bangku panjanggg untuk duduk.


atas transport balik
penat ke island hoping? ok je la takdelah penat sangat. tapi sebenarnya bila tengok anak anak happy, kita pun happy sama :)

TOTAL BUDGET DAY 2

pakej island hoping (four island with speedboat ) : 950 baht dewasa dan 650 baht kanak-kanak


*nak tukar duit baht ke duit malaysia sila darab 0.127 ikut kadar tukaran masa kami pegi tu*
*kadar tukaran ni sentiasa berubah ubah*



No comments:

Post a Comment