Sunday, December 25, 2016

travelog krabi-hatyai : bajet keseluruhan family kecil FathiJihan



untuk trip seramai 18 dewasa dan 7 kanak-kanak ni, kami collect RM200 bagi seorang dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.

collection group ni kami dapat guna untuk hotel dua malam di krabi dan satu malam di hatyai (villa dan hotel satu family kecil/ satu pasangan dapat satu bilik) then dapat cover jugak satu homestay (RM170) kat taiping.

then kami dapat dua kali lunch beramai-ramai, dua kali dinner dalam group dan sekali breakfast masa kat taiping.

so entry kali ni nak bagi total perbelanjaan family kecil kami selain dari yang group dah cover ye.

TOTAL BUDGET FAMILY FathiJihan

bayar group : RM 700
simkad thailand : RM 25.40
makan (yang group tak cover/ streetfood/ pancake) : RM 162.56
souvenir (krabi dan hatyai) : RM 276.86
island hoping (2 dewasa 1kanak kanak) : RM 323.85

Total : RM 1488.67

nota 1 : sy dah siap siap tukar semua dalam RM. ada yang dibayar dengan duit baht. so kalau currency exchange okey, budget jadi lebih murah. kami pergi masa ekonomi tak okey sob sob.

nota 2 : jumlah ni tak termasuk insurans kereta RM30

nota 3 : tidak termasuk passport antarabangsa RM200 dewasa dan RM100 kanak-kanak

nota 4 : emerald pool dan elephant trekking kami tak pergi. kat sini ada amaun lain patutnya kena bayar kalau pergi

nota 5 : tidak termasuk minyak kereta. minyak kereta ni bergantung kepada kereta masing-masing kan. macam kami, isi dua kali je full tank. sekali masa kat rantau panjang, then sekali kat krabi. pastu isi balik masa dah masuk malaysia. untuk kereta lain maybe korang leh google jarak perjalanan then sesuaikan dengan kapasiti tangki kereta masing-masing. boleh kot kira bajet minyak kan.
kalau share kereta lagi best sebab boleh tong tong minyak :)

so rasanya tu je la nak share pasal trip ni. hope korang dapat la manfaat sikit sikit dari trip kami ni okay!

apa rahsia nak pegi holiday tiap tahun?

hihi since sy dan suami (termasuk semua ahli keluarga) adalah kaki jalan, kami memang ada tabungan khas utk vacation. kumpul duit sejak awal tahun so by the end of the year kita tak la kena keluar duit sekelepuk kan.

happy holiday uolls.
alamak cuti sekolah nak habis dah. berhuhuuu la kita :(


No comments:

Post a Comment