Monday, November 7, 2016

10 cadangan aktiviti untuk anak-anak

hi uollsss :)

rajin pulak mak nak menceceh kat lappy hari ni. biasa update blog pendek pendek guna hp je.

ni agak free kat sekolah. paper pt3 dah siap marking, tinggal nak tunggu moderasi dalaman dan luaran.
minggu depan baru result upsr keluar so start minggu depan akan tunggang terbalik la pendaftaran form 1 macam selalu haha ;p

so hari ni nak share aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dengan anak-anak.
personally mamajihan percaya ibu bapa perlu meluangkan banyak masa membuat aktiviti dengan anak-anak.

selain membina bonding dengan anak-anak, aktiviti-aktiviti ini mampu mencungkil potensi dan membina identiti anak-anak kita.
wahhh gitu--macam pakar parenting lantik sendiri pulak.

ok aktiviti satu -- mandi swimming pool

sy percaya anak anak memang sukaaaa sangat bila diberi peluang mandi pool. tak kira la pool kecik pool besar, aktiviti main air ni memang favourite majoriti anak la.

anak anak sy alhamdulillah sebab swimming pool bawah rumah je.
tapi kesian jugak dorang, bukan selalu sangat saya bawak dorang mandi.

sy akan tengok kesesuaian jugak. kalau ada yang tak sihat, selesema ke apa memang sy tak bawak.
tengok jugak pool kotor ke bersih..biasanya musim cuti sekolah pool akan kotor.
maybe cuti sekolah ni ramai la anak anak sedara datang bertandang rumah makcik pakcik so boleh la menumpang mandi pool dengan sepupu sepapat masing masing.

jadi bila tengok pool kurang bersih, sy memang tak bawak anak anak turun mandi.
risau kalau bantai mandi air kotor akan effect kesihatan anak anak pulak.


walaupun bawah rumah ada swimming pool, kami ada jugak bawak anak anak mandi kat tempat lain.
contohnya ni kat bawah masa pergi goldcoast kat melaka :)



aktiviti dua -- mandi laut

sy pernah baca somewhere, mandi laut boleh discharge negative energy dari badan kita. selain tu cara untuk discharge dari emosi yang negatif ni antaranya pijak tanah dengan berkaki ayam, mandi bawah air terjun, mandi garam bukit (kalau tak jumpa laut ;p )

bermain pasir juga merupakan salah satu aktiviti yang sangat baik untuk merangsang motor skill anak anak, selain membina kreativiti mereka. so parents, jangan la lokek masa dan tenaga sangat untuk bawa anak anak ke pantai ye :)

 

aktiviti tiga -- tengok wayang

ni gambar sebelum tengok wayang sebenarnya.
dah dua kali kami bawa anak anak pegi tengok wayang, dan plan nak pegi tengok lagi masa upin ipin keluar panggung nanti.
 

aktiviti empat -- berbasikal

kami suka bawa anak anak ke dataran putrajaya untuk main basikal. kadang kadang bawak layang layang untuk main kat sana. memang seronok la anak anak sebab ada ramai kawan kat situ :)
anak anak bebas berlari sana sini, mak bapak boleh pantau sambil sembang sembang.
mengeratkan hubungan mak bapak jugak hikhik ;p



aktiviti lima-- naik pengangkutan awam

setakat ni sy dah bawak anak anak naik LRT dan bas. in planning nak bawak anak anak naik ETS balik ipoh pulak. sedang mencari masa yang sesuai. anak anak happy bila dapat pengalaman baru.

lepas tu pantang jumpa gambar LRT..gambar bas dalam buku, memang riuh la masing-masing nak throwback pengalaman masing-masing.

aktiviti enam-- main di shopping mall

yang ni agak mahal sikit la haha.
sekarang ni mana mana shopping mall mesti ada tempat nak main. so boleh la sesekali belanja anak anak main menda alah macam ni.

 

aktiviti tujuh-- main indoor playground

yang ni memang favourite anak anak sy la.
biasanya kami pergi kat ioi mall je.
anak anak kalau masuk sini memang berjam jam taknak balik. siap mak bapak boleh gilir gilir pegi solat dulu sementara menunggu anak anak siap main.
 

aktiviti lapan -- main outdoor playground

kami suka jugak bawak anak anak main playground. merata pusing KL semata nak cari playground untuk anak anak.
taman tasik titiwangsa la..taman jaya kat petaling jaya la..sampai ke taman tasik shah alam kami pernah bawak.

bagus sebenarnya main playground ni. banyak benda anak anak boleh belajar walaupun pada mata kasar kita nampak eleh entah pape la asyik main je.


aktiviti sembilan-- main water colour

ni pun antara favourite anak anak. kadang tu sy siap print gambar, dorang tinggal warnakan, atau kadang bagi kertas lukisan kosong, pepandai la nak buat apa.

part yang paaaaaaling dorang suka, campur campur warna. anak anak suka sangat nak tengok bila campur warna ni dengan warna tu..apa akan jadi..

memang comot comot la jadinya. tapi tu lah, apa la sangat dengan lantai comot berbanding pengalaman yang anak anak dapat kan :)


aktiviti sepuluh -- main bubbles

ni pun antara yang anak anak suka tapi jarang dapat. maklomla kami duduk rumah atas awan yang takde balkoni. so memang takde tempat nak main.

main dalam rumah kang habis semua bersabun jadi singa pulak omak kang.

sesekali bila pergi taman taman, ada orang jual bubbles ni..baru lah anak anak boleh merasa.
eh sebenarnya boleh je buat sendiri campuran sabun tu. sy pernah tengok kat fb ramai je yang share resepi sabun tu (resepi?? haha)

so mommies, rasanya sepuluh aktiviti ni je la dulu sy share ye. sebenarnya banyak je aktiviti lain yang kita boleh buat dengan anak-anak.

yang penting bagi anak anak sebenarnya ialah keberadaan kita semasa beraktiviti dengan mereka. pastikan kita turut sama terlibat dalam aktiviti tu, sama sama bergelak ketawa dengan anak anak.
anak anak lebih menghargai masa kita bersama tu.

till then mommies. lain kali sambung lagi okeh!

Sunday, November 6, 2016

Happy 4th birthday farhah!

Alhamdulillah hari ni genap 4tahun dah farhah.

Happy birthday sayang 😍

Mama dengan abah sayang sangat kat farhah yang macam macam ni.

Farhah yang banyak ragam, suka nau buat abah marah pepagi..adaaaa je helah dia nak bagi lambat. Sian abah tau hehe.

Farhah anak no 2 yang dah nampak kerasnya.
Macam mama. Keras hati sob sob.

Tapi kita take it as positive way la kan. Keras hati tu akan membuatkan kita bersungguh sungguh bila buat sesuatu.

Kita tahu apa yang kita mahukan, kita fokus bila buat pape keje.

Mama doakan farhah jadi anak solehah penyejuk hati mama abah.
Moga dilindungi dan disayangi Allah selalu ❤