Sunday, October 23, 2016

rasa tertipu je dengan takaful

disclaimer : ini adalah pandangan peribadi berdasarkan pengalaman je. ejen ejen takaful takpayah nak datang buat serangan di sini ya.

korang ada takaful?
hihi sure la ada kot kan. majoriti rakyat Malaysia ada takaful dari sekecil baby sampai la orang tua.

actually dulu sy sangat percaya dengan takaful sampai la recently beberapa benda terjadi dan menghakis kepercayaan saya pada takaful ni.

pertama.

sy dan suami pernah ambil takaful polisi yang savings tu.
bulanan bayar rm150 (masa tu kan muda lagi..bayar bulanan tak mahal pun)

masa sign polisi tu, janjinya macam ni.
umur matang ialah 55tahun, masa tu kalau tak pernah claim apa-apa, sy dan suami akan dapat semula rm92k+ seorang.

mana-mana ejen takaful akan explain, kalau kita tamatkan polisi bawah 6 tahun, kita rugi, kalau tamatkan selepas 6 tahun kita untung-maksudnya akan dapat lebih banyak dari apa yang kita dah bayar.

tapi nak jadi kisahnyaaaaa.
oktober 2015 sy dan suami tamatkan polisi tu sebab nak tukar ke medical card.
plus masa tu saya nak ambik education plan untuk raudhah.

so kiranya start mac 2009 - oktober 2015 kami dah membayar sebanyak  rm 11850 seorang.
kalau ikut janjinya, dah lepas 6 tahun tamatkan polisi, boleh la dapat lebih dari yang kita bayar kan.
sy dan suami tak pernah claim apa-apa sepanjang membayar polisi ni.

tapi non hadoooooooo.
pihak syarikat bank in dekat encik suami sebanyak rm6k+ (tak sampai 7k)
dan saya tak dapat satu sen pun.

sy tanya balik ejen, dia kata duit sy tu dia guna utk bayar polisi baru sy, suami dan raudhah sepanjang setahun sehingga sept 2016.

then sy kira balik.
medical card baru sy rm175 sebulan.
medical card baru suami rm179.17 sebulan.
education plan raudhah rm125 sebulan.

total rm479.17 x 12 bulan = rm 5750.04

ye sila bulatkan mata--jumlah dapat balik kami cuma rm6k+ dan rm5750.04

sedangkan kami berdua dah bayar kepada takaful selama lebih 6tahun sebanyak rm 23 700.
*sigh*

masa ni sy ok lagi.
masih boleh sabar, teruskan takaful.
Mungkin ada service charge di mana mana yg sy tak tau.

Tapi masa tamatkan polisi ni memang takde pape statement black and white tentang berapa yg sy dah bayar, berapa amaun yg syarikat charge, berapa yang patut sy dapat semula dll. Menamatkan polisi semudah serah je balik polisi tu.
Wau 😜

kisah kedua.

ayah sy pernah beli education plan untuk adik sy.
sejak 2009 atau 2010 camtu la.
then janjinya macam ni, umur matang dalam 23tahun, boleh dapat dalam 17k kalau takde claim pape.
tapi sebab umur 23tahun tu dah nak habis universiti kot..so boleh keluarkan separuh dari nilai tu masa nak masuk universiti.

then ayah sy pun membayar seperti biasa. Dalam 6-7tahun jugak ni.

sehinggalah baru baru ni adik sy dapat masuk UIA.
ayah sy berhajat la nak keluarkan duit takaful dia.

pertama kali hantar dokumen----dokumen hilang.

minta hantar semula.

dah hantar--kata semua ok. tunggu je duit masuk akaun.

tunggu punya tunggu, nilai yang masuk cuma rm2k+ je.

wahhhh mengucap panjang kami mendengar cerita.
ayah sy punya dah berharap dapat la 7k ke 8k ke..sekali 2k+ je yg masuk.

then ayah sy tengah mintak penjelasan dari pihak takaful.
dah pihak takaful setakat ni buat senyap je.
So kita tunggu je la lagi.

Setelah dua kes ni, kepercayaan sy terhadap syarikat takaful adalah jatuh merudum.

dan sedang menimbang untuk tamatkan semua polisi yang ada.

ye..kami sekeluarga ada polisi masing-masing. anak anak semua ada education plan masing masing, sy dan suami ada medical card.

tapi berdasarkan dua situasi di atas, rasa dah tawar hati nak sambung bayar.

maybe kena istikharah dulu la kan.
Sy kena kuatkan hati utk bergantung sepenuhnya kepada Allah.
Dan akan fikirkan backup plan yang lain.

Aihhhh rasa geram pulak 😤


No comments:

Post a Comment