Friday, October 14, 2016

Exam kemasukan sekolah agama

Entry sementar menanti kaklong exam.

Kaklong ada ujian kemasukan ke sekolah agama ni.
Sekolah mana biarlah rahsia ye 😊😊
Ala kat puchong jugak. Tak jauh mana.

Lama jugak examnya..dari 8.30am sampai 11.00am.

Pening bila anak nak masuk darjah 1 ni. Memang lah semua mak ayah mestilah nak yg terbaik utk anak anak kan.
Tapi jgn lupa yg terbaik utk anak kita mungkin bukan yg terbaik utk anak orang lain.

Tadi jumpa seorang cikgu sek menengah jugak.
Duk la menyembang.
Tetiba keluar soalan--kenapa tak hantar anak ke sekolah kebangsaan?
Terus masing masing gelak dan krik krik krik.hihi 😁😁

Takpela, hopefully ada rezeki kaklong nak sekolah kat sini.
Kalau dapat pun kejap je la kot.
Setahun je sebelum pindah ke tempat lain.

Hmmm..anak masuk darjah satu ni mak rasa tua uollsssss.
Rasa kejapnya masa berlalu.
Tapi tulah kehidupan kan.
Kita makin tua, anak anak makin dewasa..generasi bertukar generasi.

Ok dah siap membebel. Ada sejam lagi ni baru exam habis. Mata dah mengantuk 🙀


No comments:

Post a Comment