Friday, September 9, 2016

syarat permohonan LPPSA

syukur alhamdulillah.

permohonan pembiayaan perumahan sy dah diluluskan. so dah boleh share sikit sikit kot :)

disclaimer : segala perkongsian dengan niat semata mata perkongsian. semoga tidak disalahertikan dan semoga Allah melindungi hati sy dari sifat-sifat yang tidak baik.
dan maafkan sy kalau ada sebarang perkataan yang menyinggung hati tuan puan.

baiklah, pada yang rapat rapat tu mungkin dah tau yg sy dalam proses membeli rumah kedua.
rumah pertama masa beli apartment puchong tahun 2012 tu.
cerita di sini.

tiba tiba tahun ni macam tergerak hati nak cari rumah lain.
gomen loan sy pun tak pakai lagi.
actually sy kekonon berangan nak pegi korea hahaha :)
tapi bila fikir balik, dari sy spent belas belas ribu ke sana dan habis dalam masa beberapa hari..baik la sy spent belas belas ribu untuk satu property kan.

kata nak ada misi satu anak satu rumah kehkehkeh ;p

lagipun kalau beli sekarang, sy masih boleh ikat selama 30 tahun, takaful pun masih murah.
ye..sila ambil perhatian kalau dah berusia baru nak beli rumah, harga takaful yang perlu dibayar akan jadi lebih mahal ye.

so kali ni sy nak share langkah-langkag pertama pembelian rumah menggunakan loan kerajaan.
nama rasmi dia Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

1. sila semak kelayakan anda. sy sertakan jadual terkini setakat hari ini ye.





untuk pengetahuan, kelayakan adalah mengikut GAJI POKOK sahaja ye. tidak termasuk elaun segala bagai itu.

jadi kalau ikut jadual ini, kelayakan saya adalah 475k.

wauuuuu..bunyi macam banyak. tapi ops! nanti dulu. ada syarat lain perlu dipatuhi.

2. next, sila kira semua komitmen sedia ada (komitmen yang potong dalam slip gaji tau--nursery anak tak kira haha), plus komitmen rumah baru ni, pastikan nilainya tidak melebihi 60% dari JUMLAH PENDAPATAN (gaji pokok+elaun) anda.

cara kira begini :

(komitmen sedia ada dlm slip+komitmen rumah baru) / jumlah pendapatan x 100

Jihannnn..macam mana pulak nak tau komitmen rumah baru berapa?

sila la gunakan kalkulator yang terdapat di web LPPSA. masukkan segala details yang diperlukan, maka akan keluar lah anggaran bayaran bulanan yang kita akan bayar nanti.

rasional syarat yang ini ialah supaya kita kita ni tidak la terlibat dengan keberhutangan yang serius. kiranya lepas tolak tolak dalam slip gaji, masih ada 40% dari jumlah pendapatan untuk kita meneruskan kehidupan. ceahhh.

3. melalui syarat kedua di atas juga kita boleh anggarkan harga rumah yang mampu kita nak beli.
maka bolehlah teruskan survey rumah mengikut budget sedia ada yahuuuuu!

4. ni syarat tambahan- nak pakai, pakai. taknak pakai sudah.

kalau ikut kelayakan dan syarat 60% di atas tu, sy masih layak utk memohon sehingga harga rumah 475k tu. tapi sy tak cari pun rumah yang harga sebegitu.

kalau ada yang follow post post kewangan sy yang lepas lepas, sy selalu tekankan untuk meminimumkan komitmen.
jangan push yourself keterlaluan, mentang mentang kelayakan sampai 475k, kau pun pegi cari rumah harga ngam ngam 475k (bayaran bulanan 2300+ selama 30 tahun)

amboi sangat perangai macam itu tau!
memangla secara mata kasarnya lppsa boleh bagi kelulusan, tapi ingatlah, saban tahun komitmen luar slip akan bertambah.

anak bertambah, anak nak sekolah, tol naik la, harga barang naik la.
suka atau tidak kos hidup saban tahun akan meningkat.
jadi di sini lah pentingnya 'lebihan gaji' tadi.
supaya kita masih boleh rasa selesa.
idok la tercekik sangat semata nak bayar rumah saja.
ok?

Rasanya tu je kot syarat nya.
Syarat syarat lain macam kena sah jawatan dulu, bukan dalam tindakan tatatertib etc semua tu uolls boleh la tengok kat web lppsa ye.

Ni cuma pengalaman mak je. Mak pun memula nak apply tu duk google google jugak.

Tapi kalau uolls tak lepas syarat syarat di atas, tapi nak mencuba nasib jugak, silakanlah.

Cuma kalau lambat lulus atau tak lulus, jangan marah mak yeee.

Jangan kata mak tak payunggg 😁😁


No comments:

Post a Comment