Sunday, September 18, 2016

Prosedur permohonan pembiayaan perumahan

.
.
.
Sambungan dari cerita kelayakan hari tu.
Jom sembang pasal prosedur permohonan pulak.

1. Lepas dah semak kelayakan, dah berjaya jumpa rumah idaman, boleh la proceed dengan bayaran booking atau deposit (jika perlu)

2. Then silakan tanda tangan S & P (sale and purchase agreement)

Sale and purchase agreement

3. Lepas dah sign s&p, peguam kena pegi buat stamping hasil semua, tunggu sehingga dapat salinan di tangan kita.

4. Bila dah dapat salinan, boleh la isi borang permohonan di laman web LPPSA.

Note : better isi borang lepas ada s&p di tangan kita. Tak perlu tergesa gesa nak isi sebab banyak info diperlukan cth mcm details pemaju, details unit yg dibeli..semua info ni ada dalam s&p tu.

5. Pastikan borang permohonan diisi dengan teliti. Sebab once dah submit nanti, kalau tetiba baru sedar ada kesilapan, dah x boleh betulkan dek nonnn.

Nota : hari tu sy silap isi borang sob sob sob. Patutnya tarikh sah jawatan 16.12.2010 tapi sy terisi 16.12.2008.

Kalau nak betulkan kesilapan ni, kena buat secara manual. Sy buat satu surat rasmi dan kepilkan bersama borang permohonan yang dicetak.

6. Lepas dah siap isi borang permohonan secara online, print out dan dapatkan tandatangan bos.

7. Lengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Banyak jugak dokumen dia nak masa ni. Bergerak cepat sikit ok. Lelagi yang bos dia spesis macam bos sy--kejap ada kejap takda dalam opis. Pengetua cemerlang katakan  jenuh jugak nak kejar dia masuk opis nak mintak sign banyak benda.

Sign bosku yang mahal ya amat 😊

8. Borang permohonan beserta dokumen yang lengkap hendaklah dihantar ke LPPSA dalam masa dua minggu lepas kita hantar permohonan secara online tu.

Nota : pastikan dokumen semua lengkap selengkapnya supaya takde kuiri dari pihak LPPSA. kalau ada kuiri, akan drag la masa kita.uhuhuhu.


Dokumen siap utk dihantar 😊

9. Sila lah menunggu kelulusan pinjaman anda. Biasanya kalau takde kuiri pape, kejap je boleh lulus.

Macam sy, hantar borang dan dokumen ke LPPSA 30 ogos(selasa) , then 31 ogos cuti..weekend lagi..tup tup 7 september(khamis) check laman web, dah lulus.

Alhamdulillah 

Surat kelulusan alhamdulillah

10. Lepas dah lulus, print out surat kelulusan dan surat setuju terima. Surat ni ada disediakan dalam laman web lppsa tu.

11. Dapatkan tandatangan bos untuk surat setuju terima tu. Surat ni perlu dikembalikan ke LPPSA dalam masa 30 hari lepas kelulusan loan okay.

** saya baru sampai step sini. So sambungan step seterusnya akan dibuat kemudian **

Semoga bermanfaat uolls  ❤

1 comment:

  1. fuh sekejap je lulus..harap saya punya pon cepat lulus..baru je submit 14/10/16..

    ReplyDelete