Wednesday, September 28, 2016

entry kala bosan

kepala agak tingtong. maklumla dah khamis.
maksudnya esok dah jumaat haha :)

kemain kau ye jihan.

well 10 oktober ni dah start PT3.
wah i is nebes uolls.

bukan murid je nebes, cikgu pun tumpang nebes sama.
kalau budak tak score, cikgu yang kena marah hahahhahah.

lantokkan la situ.
takpela kut tak jadi guru cemerlang ke..tak naik pangkat ke apa ke.

janji di mata pelajar kita masih guru yang baik ^___________________________^

well u know, penilai kita yang sebenar of kos la anak murid kita kan.
pemantau yang lain tu, tengok kejap kejap je. biasanya time pemantau nak datang, semuanya mantap dan perfect haha.

tapi sebenarnya yang bersama kita sepanjang masa, tru ups dan down mood kita adalah murid kita. so nak nilai kita sebenarnya di tahap mana, sila la tanya anak anak murid kita :)

semalam viral pasal video anak Dato SM Faizal tu.
huwarghhh i pun ikut sama rasa sebak.

kesian anak anak kan.
bila bercerai, anak anak jadi mangsa.

sy baca jugak penjelasan Dato SMF kat IG dia tu.

tapi sy takde la nak judge pape.
sebab kita sendiri pun tak tau cerita sebenar kan.
even mereka yang terlibat secara langsung pun, mestilah mempunyai sudut pandang yang berbeza.
mestilah masing masing merasakan diri betul dan bekas pasangan tu salah kan.

cuma sy agak tak selesa dengan zaman facebook sekarang.
satunya mudah sangat orang share share sesuatu benda.
viralkan video isteri pukul suami la (memang lah kononnya nak memberi pengajaran, tapi tak boleh nak fikir ke dalam video tu ada orang dalam keadaan aib--memang la MUNGKIN sedang berzina, tapi aib tetap aib kan)

then lebih menyesakkan dengan kewujudan page page yang suka sangat dengan benda benda viral ni utk dijadikan bahan dalam page dorang, so that rating page dorang naik la bila dapat share sana sini.

even status biasa biasa pun kadang boleh jadi viral dek page page ni.
ada sekali tu sy terbaca pasal mak yang anaknya hidup 13 hari je..adoi benda tu pun nak jadi bahan ke dalam page?
adakah kematian anak tu sesuatu yang seronok utk diviralkan? -_____________-

di satu sudut pulak, timbul lagi isu copywriting la apa la. naik status sana sini pasal ciplak menciplak tanpa bagi kredit kepada penulis asal ni. *sigh*

kadang pening nak skrol facebook dah.
rasa nak deactivate je fb tu.
(tapi sy susah nak tinggal fb sebab ada group yang sy selalu masuk dan ambil info di dalamnya)

ni pun duk la menunggu encik mark tu--kan dia suruh tukar nama penuh supaya akaun tak di delete kan.

takde maknanya derrrr..mak taknak tukar nama pun.
kalau dia nak delete, maka agaknya sampai di situ je lah riwayat facebook sy.
malas dah nak ketagih dengan fb. tangan tak boleh berhenti dari skrol fb huhuhu.
quran taknak pegang lama lama macam pegang smartphone pulak. sobs.

so kalau dah tak jumpa fb sy tu..maksudnya dah kena delete so kita jumpa kat IG dan blog je la ye :)

ok lah dah banyak membebel.
tak berfaedah pun entry ni haha.
sekadar meluah perasaan tapi tetap rasa bengong ni.

menunggu longgggg weekend yey alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment