Friday, September 9, 2016

Deposit rumah oh deposit rumah



Sambung cerita beli rumah.
Since mamajihan bercuti banyak masa ye nak update blog haha.

Personally sy agak kurang bersetuju dengan idea membuat personal loan untuk deposit rumah.
Tak tau la kenapa sejak azali sy ni agak anti dengan personal loan--haha matilanakkk kena kecam--

Bagi sy, personal loan ni macam kita pinjam duit cash kat orang. Which is sebenarnya kita boleh je tahan keinginan dan ambil sedikit masa untuk kumpul dulu kan?

*pendapat ini tidak terpakai utk kes kes emergency cthnya nak bayar kos operation-which is melibatkan nyawa ok*

Kebanyakan orang sekeliling sy mempunyai personal loan. Paling glamour dua benda ni-buat loan utk kawin atau buat loan utk bisnes.

Bacalah mana mana otai kewangan, anda akan dapati kedua dua langkah ini adalah salah sama sekali. Hoah.berani kau jihan.
Tak tak..ini cuma nasihatttt.
Sy tau ada adik adik yg membaca blog sy.

Sama jugak utk membayar deposit rumah.ada orang sanggup buat personal loan yang banyakkkk sebab takde deposit utk beli rumah.

Adik adik yang disayangi, kiranya anda membaca blog akak yang tak seberapa ini, sudilah kiranya mendengar sedikit pendapat akak ye..ye..tak terima pun takpe.

Kalau nak beli rumah, mohon sediakan cash money at least 15% dari harga rumah.
10% akan digunakan sebagai deposit.
5% akan digunakan sebagai kos guaman-kos utk s&p la, MOT la dll.

Tak mampu ke?

Mampu.
Bila kita merendahkan kemahuan kita.

Semua orang mahu membeli rumah seawal mungkin kan?
Tapi masa tu pulak gaji kita kecik lagi. Simpanan pun alahai berapa la sangat.

Maka satu caranya ialah rendahkan lah expectation kita.
Untuk rumah pertama, tak perlu la kita aim nak landed house, kalau boleh nak paling paling pun teres dua tingkat. Best kalau dapat yang corner lot.

Paling best kalau dapat semiD atau banglo.
Amboi kau dikkkk. Banyak sangat tengok cerita tv pukul 7 malam ni.

Wake up adikkk.
Ukur baju di badan sendiri.

Untuk rumah pertama, beli je rumah murah murah.
Yang penting selesa di poket dan boleh dijadikan investment.
Rumah rumah macam flat atau apartment terutamanya di kawasan yang hot (dekat dengan kemudahan awam) memang akan menjadi satu investment yang sangat menguntungkan.

Serius dik. Tak rugi beli properties yang nampak macam busuk ni.

Esok esok..bila gaji dah naik sikit, kewangan dah makin stabil, boleh la cari rumah landed idaman kalbu itu.

So katakan adik nak beli rumah harga 150k, cuma perlu sediakan rm22 500 sebagai deposit dan bayaran peguam.

Berbanding kalau beli rumah harga 400k, kena sediakan rm60 000.

Rumah rumah jenis flat dan apartment ni, boleh jadi pasif income kita di masa akan datang. Masa masa dah pencen nanti, sewakan dan dapat duit bulan bulan.

Atau pada zaman anak anak kita nak belajar, nak kawin..boleh la kita jual rumah rumah kecil ini utk dapatkan tunai yang banyak.
Jangan bagi anak berhutang ptptn tettttt. Hutang kawin pun jangan buat.

Tapi kak camne plak nak simpan rm 22 500 tu?

Ikat perut la dik.
Honestly cakap, sy asingkan duit gaji utk simpanan lebih banyak dr apa yg sy belanjakan. Utk dua buah rumah ni, sy memang banyak ikat perut sebab nak simpan duit.

Sbb sy pk takpela, benda ni investment utk sy bila dah pencen dan investment utk anak anak.

Bukannya tak boleh nak buat personal loan..boleh..

Cuma personal loan, terutama yg ikat lama tu akan menurunkan DSR kita. Lelagi kalau jenis culas membayar, memang buruk la rekod ccris.

Hadkan hutang kita kpd hutang hutang baik sahaja. Elakkan personal loan, credit card, courts mammoth ke aeon ke..

Pengurusan kewangan perlu bermula dari awal.
Pastikan kita ajar anak anak kita nanti ok!




No comments:

Post a Comment