Tuesday, August 16, 2016

bawa anak anak naik LRT

actually LRT depan rumah ni dah beberapa bulan jugak beroperasi.

sejak bulan Jun kalau tak silap.

tapi yelah, masa tu kan puasa, raya..memang tak sempat la nak ajak anak anak pegi naik LRT.

sy dan suami pun excited bila LRT dah start memulakan operasi. haha berkurun kot tak naik LRT :p
last naik rasanya zaman belajar dulu hehe.

then ahad lepas kami pun menunaikan janji kepada anak anak :)
bukan main seronok lagi dorang.


si kecik saya tuuuuuu..
sekarang ni dah taknak kena dukung.
pegi mana mana semua nak jalan sendiri.
nak join group kakak kakak.

balik dari taska pun dia mintak pakaikan kasut dia dan nak jalan sendiri masuk lif dan masuk rumah.
biasanya sy kan akan bawak banyak gilerrr beg, plus dukung dia sekali.

ni bila dah nak bjalan sendiri, sy macam..
ehh baby mana baby? haha :)
 

ok sambung cerita LRT.
actually rumah sy kat puchong permai, stesen LRT ada kat puchong perdana dan puchong prima.
dekat je pun dua dua stesen ni, tak sampai tiga minit drive dari rumah boleh sampai.

so suami drive ke puchong perdana dan park kat situ.
naik LRT ke IOI Mall je pun haha.


laluan LRT.
excited gile weyy sy bila tengok dari stesen Puchong Perdana ni, boleh direct ke Plaza Rakyat (pudu), boleh ke PWTC (wah best la kalau ada pesta buku) dan boleh direct ke Bandaraya (sogo) tanpa perlu tukar train.

bahhahahhahaah---dah tau apa dalam otak saya?


sampai sekarang anak anak bila bergaduh je, mula la.

"mama, kaklong buat kakngah. kaklong tak payah naik LRT kan?"

"mama, kakngah taknak tengok sama sama (youtube). kakngah takpayah ikut kita naik LRT kan?"

haha, seronok sangat agaknya naik LRT ni sampai boleh jadi modal masa bergaduh adik beradik ^_________^

No comments:

Post a Comment