Tuesday, August 16, 2016

bawa anak anak naik LRT

actually LRT depan rumah ni dah beberapa bulan jugak beroperasi.

sejak bulan Jun kalau tak silap.

tapi yelah, masa tu kan puasa, raya..memang tak sempat la nak ajak anak anak pegi naik LRT.

sy dan suami pun excited bila LRT dah start memulakan operasi. haha berkurun kot tak naik LRT :p
last naik rasanya zaman belajar dulu hehe.

then ahad lepas kami pun menunaikan janji kepada anak anak :)
bukan main seronok lagi dorang.


si kecik saya tuuuuuu..
sekarang ni dah taknak kena dukung.
pegi mana mana semua nak jalan sendiri.
nak join group kakak kakak.

balik dari taska pun dia mintak pakaikan kasut dia dan nak jalan sendiri masuk lif dan masuk rumah.
biasanya sy kan akan bawak banyak gilerrr beg, plus dukung dia sekali.

ni bila dah nak bjalan sendiri, sy macam..
ehh baby mana baby? haha :)
 

ok sambung cerita LRT.
actually rumah sy kat puchong permai, stesen LRT ada kat puchong perdana dan puchong prima.
dekat je pun dua dua stesen ni, tak sampai tiga minit drive dari rumah boleh sampai.

so suami drive ke puchong perdana dan park kat situ.
naik LRT ke IOI Mall je pun haha.


laluan LRT.
excited gile weyy sy bila tengok dari stesen Puchong Perdana ni, boleh direct ke Plaza Rakyat (pudu), boleh ke PWTC (wah best la kalau ada pesta buku) dan boleh direct ke Bandaraya (sogo) tanpa perlu tukar train.

bahhahahhahaah---dah tau apa dalam otak saya?


sampai sekarang anak anak bila bergaduh je, mula la.

"mama, kaklong buat kakngah. kaklong tak payah naik LRT kan?"

"mama, kakngah taknak tengok sama sama (youtube). kakngah takpayah ikut kita naik LRT kan?"

haha, seronok sangat agaknya naik LRT ni sampai boleh jadi modal masa bergaduh adik beradik ^_________^

Wednesday, August 10, 2016

Mc pertama 2016

Kecundang jua akhirnya.

Haha sy konon azam taknak mc tahun ni.
Tapi akhirnya sy demam jua isnin lepas.

Agaknya sebab penat sangat travel.
Dari bulan puasa tak berhenti travel.

Bulan puasa tu dah tentu tentu la kena balik dua dua belah family (johor dan perak) utk buka puasa sama sama.

Then bulan puasa tu jugak atuk suami meningal, so balik jugak ke felda ijok, selama sana. Bukan ijok selangor tau.

Pastu raya, balik dua dua belah family jugak.
Minggu ketiga raya (23 julai) adik sy nikah kat melaka.
Minggu berikutnya (30 julai) kenduri kat rumah mak ayah sy.

Ingatkan dah dapat rehat, sekali takdir Allah, ayah sy pulak accident..sob sob.
Teruk jugak sampai masuk wad.

Then balik jugak la ke johor walaupun badan penat tak terkata.

Balik ke kl semula 7 ogos, sampai pun dah malam sebab petang ahad tu ayah sy boleh discharge, kami urus uruskan dia discharge dulu baru kami gerak balik kl.

Pagi isnin 8hb sy dah mula rasa lain macam.
Hmmm..kita ni tau kan bila badan kita nak mula demam.

So ambik je la mc.
Walaupun asalnya memang dah bangun pukul 4.30am, dah siap mandi pun sebenarnya nak pegi kerja.

Malas sebenarnya nak mc.
Leceh satu hal, sebab bila nak mc kena inform bos--sy ni bab nak kontek bos memang ya ampunnnnn.
Pastu kena call office utk inform orang yg buat relief.
Kang nanti naik office semula kena p mengadap bos serah mc.bukan boleh main serah kat kerani je..adoi.

Tapi dah terpaksa hukhukhuk.

Sekali tengahari tu memang betul demam.
Sakit sakit satu badan.jenuh cari klinik sebab kami keluar tengahari, doktor semua pegi lunch.

ada satu klinik tu ya ampun ramainya. Siap org kaunter tu kata nak kena tunggu lebih sejam. Tak sanggup saya.

Haaaa satu lagi sebab yg malas nak mc ialah sebab sy tak makan pun ubat ubat tu. Membazir je kan.

Dapat banyak ubat, ubat demam la, ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik--total rm35 tapi tak makan.
Goneeeee sekian.

Demi mu sekeping mc kan 😂

Tapi mc mc pun sy pegi gagahkan jugak uruskan pendaftaran damia masuk darjah 1.
Pegi jumpa lawyer sign s&p sebab memang dah set appoinment-tu pun dah tertunda sejak minggu lepas. Tak boleh nak tunda tunda lagi. Kang lagi lambat prosesnya.

Nasib baik la encik suami ambik el demi isterinya yg tercinta.
I is jeles ok encik suami senang senang je boleh cuti sob sob.

(Tapi masa cuti sekolah i pulak jeles jeleskan dia sebab dia kena masuk opis haha keji betul perangai)

To date bilangan cuti rehat yg dah ambil adalah 3 (dua sebab anak demam, 1 sebab atuk suami meninggal)
1 mc.
0 lewat.

Takpelah nak buat camne kan.
Saja je dia nak bagi ioll rehat 😊😊

Tuesday, August 9, 2016

Our dream house?

Amboi apa ke benda la pulak ni.
Bagi teaser je la dulu ye.
InsyaAllah kalau semuanya berjalan lancar, boleh cerita panjang di sini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Haaa nak buat spekulasi la tu?
