Friday, June 10, 2016

Update 5 ramadhan

Wah sejak sejak berhibernate dari fb maka kat sini la mama jihan membebel bebel ye.

Haha bukan apa..gian kot nak menulis nulis, nak share pape.

Padahal benda nak share nya xde pekdah.
Lagha semata mata 😁

Uolls buka makan apa?

Setakat lima hari puasa ni iolls makan simple simple je.

1 ramadhan - kat kampung johor. Maka memang meriah gile makanan sebab semua org ada kat rumah atok nenek.yey!

2 ramadhan - iolls masak sup tulang. Encik suami dah beli tulang sejak sebelum puasa hari tu..baru la berkesempatan nak masaknya.

3 ramadhan- iolls masak nasi lemak. Simple je. Nasi lemak, sambal ikan bilis, telur rebus. Sayur semua non hado.

4 ramadhan - masak ayam paprik. Request dari encik suami. Baik pak hencek..mak hencek menurut perintah. Sonang sap sap soi je sebab ioll masuk je semua segala sayur mayur dalam tu. Satu lauk cukup.

5 ramadhan - masak kari daging. Sayur plak iolls celur je sawi pendek (apakah sawi pendek memandai je kau bagi nama kan?) Dengan bunga kubis..pastu buh oyster sauce. Siap!

Semua masakan takde gambar. Iolls malas nak snap gambar. Tau nak makan je.bahaaa..

Kaklong semangat gila nak buka puasa sepanjang lima hari puasa ni. Makan sampai tiga pinggan hari hari. pdahalnya dia tak puasa ponnn haha. Puasa sekerat sekerat hari, tapi buka puasanya lebih dari org puasa.

Tapi takpelah, tandanya mama masak sedap kan.baha matiklaa nak..puji diri sendiri 😰

Sepanjang seminggu puasa ni rasa okay. Mentang mentang cuti sekolah kan. Tapi bagus jugak, 1 ramadhan selangor tak cuti. Kalau bukan cuti sekolah, dah tentu tentu kena kerja 1 ramadhan. Rasanya 1 ramadhan la paling mencabar heheh.

Next monday dah naik kerja. Harapnya mampu la bertahan dengan baik. Dengan nak mengepam segala 😥😥

Cuak jugak ni. Dah relax sangat duk rumah dua minggu.

Oh ya. Tadi timbang dah turun lagi. Ni yang iolls suka bulan ramadhan 😀😀

Nak tips?
Rasa dah banyak dah tips kurus yang iolls bagi.
Masalahnya uolls follow tak tips tu?

1 comment:

  1. Sedap2 lauknya....patut la kak long makan sampai. 3 pinggan
    selamat berpuasa Ghan
    tahniah berat dah turun

    ReplyDelete