Thursday, June 23, 2016

result pertama kaklong

saja mama nak menyimpan kenangan kat sini.

khas untuk kaklong (dan adik-adik) bila sampai masanya kaklong pandai baca blog mama.

blog ni banyak pasal damia je kan. ye la, anak pertama excited sangat. kalau boleh semua benda nak cerita dalam blog.

anak kedua dan seterusnya..bukan tak excited..tapi sebab dah ada pengalaman kan--hihi maafkanlah mama ye farhah dan adik-adik :)

hari ni abah pegi ambik result exam kaklong.
wah pertama kali dalam hidup abah, pegi ambik result anak :)
maaf kaklong, mama tak boleh nak join sekali.
damia mesti faham mama susah sangat nak cuti. CRK 7 hari yang itu pun payah sangat nak apply.
sorry kakak--tapi mama happy dari jauh ye :)


abah wassap mama result kaklong.
alhamdulillah, senyum je mama hari ni.
kaklong memang anak bijak, sesuai dengan nama damia (maksud : bijak)

tapi kaklong.
mama nak kaklong ingat selalu, keputusan peperiksaan bukan nilaian utama kita.
ada banyak benda lain lagi yang akan menilai kita sebagai manusia, lebih-lebih lagi sebagai hambaNya.

kaklong tolong ingat, matlamat hidup kita dari Allah kepada Allah.
kita buat apa sahaja adalah untuk mendapat keredhaan Allah.

hidup dalam dunia ni tak lama kaklong.
dan mati itu sangat pasti.
dari dalam perut ibu kita ni dah ditetapkan bila tarikh kematian kita.
dan bila sampai masanya, takkan cepat ataupun lambat walau sesaat.

jadi kaklong..hidup di dunia kena sentiasa aim untuk penuhkan kantung pahala kita.
itu je bekal kita bawa 'balik' ke 'kampung' kita nanti.

buat apa yang Allah suka--solat, puasa, zakat--semua yang wajib kita buat.
tambah lagi amalan amalan sunat untuk menampung kekurangan ibadah wajib kita.

jangan lupa juga tanggungjawab sesama manusia. sentiasa cuba untuk buat baik kepada orang lain.

kena banyak sabar, buat baik kepada orang yang sayang kita memang senang.
tapi buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kita bukan semudah yang kita jangka.

sentiasa semat dalam hati, untuk sentiasa merendah diri.
pandai dan kaya bukan tiket untuk kita memandang rendah kepada orang lain.
hidup lah dengan kesederhanaan, sentiasa cuba menolong orang.
ingat selalu kaklong, bila kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan semua urusan kita :)

kaklong yang mama sayang,
kaklong kena jaga diri dan jaga adik adik.
kaklong anak sulung harapan mama.

jaga solat kaklong. mesti wajib solat cukup 5 waktu sehari semalam.
zaman ini kaklong, orang sangat ramai memperlecehkan ibadah solat.
jangan jadi macam tu ya.
biar kita jadi manusia berjaya dunia, berjaya juga di akhirat :)

Tinggi harapan mama agar kaklong sentiasa memelihara maruah diri.
jaga aurat..jaga diri sendiri.

bila mama dan abah dah takde, kami harap kaklong akan menjadi penyambung generasi yang mamaabah banggakan.
yang mana akan sentiasa mendoakan mamaabah di setiap solat kaklong.

mama doakan kaklong yang solehah akan sentiasa cemerlang dunia dan akhirat.
menjadi insan yang berguna kepada agama dan masyarakat.

mama abah sayang kaklong dan adik adik sentiasa :)



No comments:

Post a Comment