Wednesday, June 15, 2016

edisi throwback hari raya

Siapa siapa yang fren kat facebook agaknya dah biasa tengok gambar-gambar ni kan.
hehe tetiba pulak mamaJihan tu terfikir untuk compile semua gambar raya sejak kahwin dengan encik suami.

tergelak gelak sensorang tengok perkembangan keluarga yang ada patternnya.
amboi mentang mentang cikgu, family planning pun bersistematik sangat okey! :)

okey kita mulaan dengan tahun 2010.
oleh kerana kami kawin Disember 2009, maka raya bersama kali pertama ialah tahun 2010 lah.


ini picture berdua bersama. satu satunya tahun berdua kot.
eh sebenarnya ni pun sedang bertiga.
mamaJihan sedang mengandungkan damia--tunggu hari je ni.
dan damia lahir 12syawal. seb baik sempat bagi mama beraya :)

raya tahun 2010 ni tak meriah mana pun.
sebab May 2010 tu kan abang saya eksiden dan meninggal. so ini first time raya tanpa dia, i is sooo sad. huhu.
baju raya encik suami pun recycle baju kami masa bertunang, baju raya saya pun beli sehari sebelum raya. mujurlah mengandung tak besar sangat so masih boleh pakai baju kurung pahang kot tu kalau tak silap.
cumanya kain tak boleh kancing la.
welll, as usual la kalau mengandung. 

next tahun 2011 turn beraya belah encik suami pulak.
balik kampung atuk encik suami kat felda ijok selama. tapi dok korek korek takde pun gambar kami sekeluarga.
huhu encik suami aii is busy ambik gambar orang lain. mana nak ingat ambik gambar bini sendiri :p

ni ada gambar beramai ramai dengan MIL dan adik adik ipar aje.

 

then raya kedua gerak balik johor, raya ketiga baru la ada proper family picture bersama cik damia yang raya for the first time. yey :)


tahun 2012, beraya kat johor lagi, dengan perut second round. bahahaha.
tak ingat masa ni mengandung berapa minggu.
tapi dalam 28 weeks gitu jugak.
sebab masa ni pun kain takleh kancing.
kaklong damia dah besar sikit masa ni.
umur setahun lebih kot sebab kaklong dapat adik masa umur 2tahun 1bulan++


kemudian tahun 2013 beraya dengan anak dua pulak :)
turn raya belah suami, tapi masa ni mak mertua decide taknak balik kampung.
nak beraya rumah sendiri je.
so beraya la kami kat simpang pulai. 
tema coklat uolls.


tahun 2014 raya kat johor lagi dan mengandung lagi.
haha..sungguh la tak aci. setiap kali raya johor, setiap kali tu la mamaJihan preggy uolls.
tapi masa ni early pregnancy lagi. around 9weeks macam tu.

ada masalah sikit sebab awal awal tu spotting la..bleeding la.
even sehari sebelum raya ni pun bleeding banyak jugak. 
memang susah hati sangat, plus macam dah rasa yang baby tak survive.
tapi nak pegi scan, haruslah semua klinik tutup di hari raya.
nak ke hospital malas pulak sebab hospital jauhhhhhh lebih 30km.

then raya ketiga masa on the way balik perak, singgah hospital batu pahat jap, pegi scan.
alhamdulillah semuanya okey je.
dah nampak jantung baby berkelip kelip masa tu :)


then tahun 2015 raya dengan baby baruuuu.
raudhah umur 4 bulan lebih kot masa ni.
takleh nak pakai baju kurung pun. takut dia tak selesa, so pakai baju biasa aje la ye. 


tahun 2016 raya kat mana?
mestilah raya johor pulak..weeeeee..

kita mengamalkan konsep bergilir gilir ye.
tak kesah la kalau viral kat fb yang duk kata isteri kena raya rumah suami...rumah suami dan rumah suami tu.
weoll tak macam tu.

beraya ni nak gilir gilir ke, nak belah suami je ke, nak belah isteri je ke, ikut muafakat kita suami isteri la.
tak semestinya kena ikut cara orang lain kan.

even ada pasangan yang sy kenal, raya asing-asing suami isteri setiap tahun. yang suami balik rumah mak suami, yang isteri balik rumah mak isteri.
bahagia je tengok.
yang penting masing masing redha kan.
raya sehari dua je pun..jangan la bergaduh sangat.
balik kampung tiga empat hari, lepas tu kembali kepada rutin asal kan.
why soooo serious?

so..so..so mamaJihan mengandung lagi ke 2016 ni?
hahahhahahhaaaa belum okey..belum. 

tapi taktau la kalau tiba tiba raya 2017 ada baby baru.
haha larikkkkkkkkkkk!

No comments:

Post a Comment