Saturday, April 9, 2016

Cikgu jihan dalam utusan

Wewiiiitt 😁

Saja nak simpan kenangan dalam ni.

Esok esok boleh kakak damia dan adik adik baca.

23 mac tu sy bawak budak ke program kat UM ni. Sempena sambutan UM ke 111 tahun.

Ada tiga pertandingan, amazing race, smart city concept, dan kuiz.

Actually semua pertandingan tu kitorang tak menang tiga tempat teratas pun.

Tapi bila penganjur tambah tambah semua markah, secara keseluruhannya samad tempat kelima dari dua puluh sekolah yg join.

Not bad la kan 😀😀😀

Actually masuk paper ni pun kebetulan.
Sy nak pegi breakfast lepas taklimat pagi tu, tetiba plak wartawan ni tahan saya kat pintu then kata nak interview.

Sembang sembang cerita pasal tenaga boleh diperbaharui apa semua--dia snap gambar guna hp dia je. Wah, zaman canggih ni wartawan dah takyah kelek dlsr ke mana mana kan.hihi.

So merasa la sy masuk paper.
Haha dulu masa sekolah ada la jugak pernah masuk paper tempatan sabah.
Masa menang bahas wakil peringkat apa tak ingat dah. Keratan paper tu ada dlm album kat kampung. Nanti la kalau teringat nak korek balik khazanah lama semua tu 😆😆

Friday, April 8, 2016

Full settlement viva

Cerita dua bulan lepas.

Antara azam kewangan kami tahun ini ialah menyelesaikan hutang cik viva.

Beli september 2009, ikat 9 tahun sepatutnya habis bayar sept 2018 😀

Lamanya kan..tapi tu la, masa beli kereta tahun 2009 tu (tiga bulan sebelum kawin), tu je la yg mampu dibayar. Itu pun beli kereta paling murah la kot.

Lepas grad, dapat kerja, sy dan encik boyfren memang tak terus beli kereta. Sebahagian besar gaji memang simpan utk kawin sebab taknak buat loan semata mata nak kawin (kawin setahun lepas sy kerja).

So sebelum kawin tu sy memang naik motor la pegi kerja. Cari bilik sewa dekat dengan tempat kerja dan jadi minah rempit. Apa ada hal kan 😊

Tips graduan : jgn tergesa gesa beli kereta sebaik sahaja bekerja. Naik motor/ pengangkutan awam bukan dosa pun.

Selepas 6 tahun lebih ni, terasa nak bayar habis viva tu. Penat nak tunggu lagi tiga tahun. Lepaskan satu komitmen, lega bulan bulan 😃 matlamat bebas hutang katanyaaaa 😁

Kalau ikut kira kira, ingatkan bulan sept 2016 ni baru nak bayar habis, tapi sebab tak sabar sangat nak habiskan bayar, kami korek jugak la sikit simpanan yg ada.haha. takpe nanti boleh kumpul semula.

So encik suami call bank, kalau nak bayar habis, sebelum habis bulan february tu kena setelkan RM 13k ++..

Jadi laaa kan. Kereta kecik asalkan dah habis bayar. Lega dan happy sgt rasa bila dapat geran dalam tangan. Dan rasa poyo poyo bila drive kereta habis bayar.

Haha bertabah je la korang baca kan 😅