Wednesday, February 10, 2016

cara memohon laporan ccris melalui email

salam semuaaaaa..

apa khabar anda anda semua?

sy baru berkesempatan nak update blog utk tahun ni.
padahal setiap hari berazam utk share info info dengan anda semua.

tapiiii...tapiiii...
cikgu busy katakan.
tahun ni dengan spa 21 la, erph la, vlefrog la..tak sompek mak nak mengejar semuanya.
buat apa yang termampu je la kan :)

ni nak share cara nak minta laporan ccris secara online.
haaa..laporan ccris ni menatang apanya?

laporan ccris ni adalah laporan tentang hutang piutang dan tabiat pembayaran kita.
hutang hutang secara rasmi la--hutang mak ayah tak kira..apatah lagi hutang along.
dia kira hutang macam hutang rumah, hutang kereta, personal loan, credit card..

kalau nak apply next loan, bank akan check laporan ccris kita dulu.
nak tengok berapa banyak hutang yang kita dah ada..nak tengok kita ni jenis bayar hutang on time ke idok.

kalau laporan ccris tak memberangsangkan, maka sila la berhenti berharap yang loan akan diluluskan ;p

hari tu kan masa cuti sekolah, sy saja saja je check ccris ni.
walaupun dah tau sy ni pembayar hutang yang baik. kehkehkeh--oii masuk lif tekan sendirik!

oh ya, cara nak check laporan ccris ni, sama ada walk in je ke bank negara, kat situ ada kiosk yang boleh print laporan kita, cuma bawak kad pengenalan dan cap jari je.
cap jari jangan tinggal kat rumah ye--haha tak lawak ;p

cara kedua..boleh dapat melalui email, macam yg saya buat.
duduk duduk besarkan bont** kat rumah, maka buat la kerja berfaedah ni skit.

cara-caranya ialah :

1. download borang di sini.
   
 http://www.creditbureau.com.my/jsp/DownloadArea/SELF%20ENQUIRY%20REPORT%20APPLICATION%20FORM%20V5%20%28Individual%29.pdf

2. isi borang secara manual dan tandatangan--sign ni penting sebab ni benda sulit kan. tak boleh hantar borang tanpa tandatangan.

rupa paras borang tersebut
3. sertakan sekali dokumen yang diperlukan. salinan ic wajib rasanya. dan dua lagi dokumen sokongan. saya bagi lesen memandu dan bil elektrik rumah. jangan lupa palangkan semua dokumen ye. edit je guna paint ;p
4. ada satu surat akuan yang dikepilkan bersama borang ni, kena sign kat bahagian atas. sila rujuk gambar di bawah.

sign bahagian atas kertas yang ni
5. scan semua borang dan dokumen---emailkan ke info@creditbureau.com.my

6. bayar RM 2.12 secara online ke akaun maybank credit bureau.
    no akaun :  512352604549
    nama : Credit Bureau Malaysia

7. sila la tunggu balasan email daripada pihak credit bureau :)

senang je kan. tak payah susah susah nak drive kereta pegi bank negara la..nak bayar tol segala apa.
sekarang ni semuanyaaaa di hujung jari :)

jadi apa keputusan yang sy dapat?



Credit grade saya dapat AA!

yey, macam dapat result exam pulak kan.

yang kosong-kosong-kosong tu menunjukkan record pembayaran kita.
kosong maksudnya takde bulan yang tak bayar. semua on time cun!

katakan ada tak bayar sebulan, atau terkurang bayar, maka wujudlah nombor 1 ---> menunjukkan tak bayar sebulan. kalau tak bayar dua bulan, ada nombor 2.

berapa banyak loan yang kita ada, semua akan disenaraikan.

saya ada satu loan je--loan rumah. sebab tu ada satu report je.

oh ya, sekarang PTPTN pun masuk ccris tau.
jaga jaga siapa yang tak bayar tu.

jika laporan ccris tak cun, maka rendahlah kebarangkalian utk loan diluluskan.

sekian  semoga bermanfaat  ^______________^

2 comments:

  1. Assalam. Sekarang caj untuk mohon ccris masih rm2.00 lg ke.tq

    ReplyDelete
  2. Assalam. Sekarang caj untuk mohon ccris masih rm2.00 lg ke.tq

    ReplyDelete