Monday, December 21, 2015

sixth anniversary @ grand lexis

11 Disember 2015.

alhamdulillah usia perkahwinan sy dan encik suami menyambut ulangtahun ke enam :)

untuk tahun keenam ini encik suami bawa kami ke grand lexis port dickson :)
sebelum ni dah dua kali pegi lexis. lexis dengan grand lexis ni sebelah sebelah je.
bezanya lexis takde private swimming pool, grand lexis ada swimming pool di setiap bilik.

haa..tu yang saja gatal kali ni nak mencuba grand lexis pulak.
lama pasang niat nak ke sini. nak la merasa syok sangat ke duk bilik yang ada swimming pool sendiri ;p

overall memang best la kalau bawak anak anak.
nak honeymoon pun seronok ni :)


kami gerak ke pd hari jumaat 11 disember tu.
untunglaaa..anniversary sama dengan hari keputeraan sultan selangor.
maka cuti umum untuk negeri selangor, tak payah la encik suami apply cuti lain.
puan isteri pulak dah tentu tentu cuti sekolah. ehem!

tapi yang tak bestnyaaa..bila cuti bersambung weekend, maka harga bilik pun wajib mahal la.
tambah cuti sekolah lagi kannn..
takpela setahun sekali kan B ;p

kami gerak pagi dari puchong, dalam pukul 10 camtu, singgah makan kat r&r dengkil.
shoot ke pd, jem plak kat tol tu. ramainya umat menghala ke pd.
dah la nak kena cepat sebab encik suami kejarkan nak solat jumaat.

memang ngam ngam kami sampai pd tu, time solat.
so encik suami pegi solat, kami tunggu dalam kereta.
sambil selfie ;p eh wefie!
 



lepas encik suami solat jumaat, kami singgah pekan pd kejap, beli telekung.
kisahnya..sy lupa bawak telekung dan biasanya memang ada spare telekung dalam kereta.
tapi nak jadi cerita beberapa minggu sebelum tu encik suami pegi outstation, dan keluarkan semua barang dari dalam kereta sebab nak buh barang kerja dia.
maka merasalaa beli telekung baru kan kan kan..sambil berhuhuhu~

lepas beli telekung, meh la kita ke grand lexis.
check in time pukul 3.00pm. checkout pukul 12.00pm.

sambil encik suami check in moh lerr kita ber-wefie dulu :)
 

kami ambil bilik deluxe pool villa- above the sea.
bilik atas laut, so sekeliling memang pemandangan laut.
selain dari bilik ni boleh jugak pilih yang kat tower ataupun nak yang garden.
cuma kalau ambik bilik above sea dan garden ni, jauh sikit la nak ke biliknya.
nak pegi breakfast pun jauh.

tapi apa susah, boleh call je buggy :)
guna la segala kemudahan yang ada.
 
 

so hello room 2005 :)
gambar gambar bilik diambil masa nak checkout dah.
nampak tak betapa tak sabarnya nak terjun kolam, tak sempat ambik gambar sebelum pun.haha ;p

 
 

ada satu katil king je. tapi muat tau untuk kami berlima. 
cermin kat lantai tu untuk tengok air laut bawah tu.
boleh la nak skodeng ada ikan sikit sikit.
sambil buat learning session dgn anak anak kan.

pintu menghala ke pool.
untuk safety, pintu ke kolam ni agak susah jugak nak bukak. kaklong pun takleh nak bukak pintu ni.
kena mintak mama atau abah yang bukakkan.
 
kecik je pool dia. tapi boleh la untuk kami berendam.
takyah berangan nak berkuak lentang bagai.

kolam ni dalam 4 kaki.
tapi airnya tu kurang dari 4 kaki kot.
sebab paras air tu bawah dada sy je. atas perut tapi bawah dada.


lepas je masuk bilik, sy solat zohor.
then semua orang tukar baju.
lepas tu apa lagiiiiiii...mandi manda laaa :)

 
 

kaklong merajuk masa mandi. ada je benda nak digaduhkan dengan kakngah tu.
kaklong penakut sikit dengan air dalam ni. even dah pakai pelampung tu pun dia takut nak masuk air.
lain pulak dengan kakngah, memang berani sangat.
paling tak boleh lupa, sebab dah suk puji puji kakngah berani, agaknya dia pun jadi over confident, boleh boleh pulak dia main terjun je kolam tak pakai pelampung!

haha sabar je la.nasib baik sy ada dekat dekat dengan dia.
gelabah ayam jugak nak tarik dia balik. 
mujur laa tak jadi pape kakngah weyy.

lepas mandi sy dengan raudhah tido, encik suami layan kakak kakak bina lego.
memang purposely bawak lego datang sini sebab nak anak anak ada aktiviti.
takla diorang bosan kan.
 ada je internet dalam bilik, tapi malas nak bagi anak anak main ipad je.

dan memang dah cakap awal awal kat encik suami, dah bayar mahal ni malas nak keluar bilik.
duduk laa dalam tu sampai checkout esok.haha.
 



 
 

malam tu encik suami keluar kejap.
cari makan.
ingat nak order tru room service je, tapi tengok menu tak menyelerakan.
tekak sy terasa nak yang berkuah kuah cenggitu..takde dalam menu.
so encik suami beralah la demi bini manjanya..wekk ;p
keluar kejap beli nasi kosong dan tomyam.
dia tapau kfc utk diri sendiri dan anak anak.

lepas makan tu ingat nak berendam kolam lagi, tapi dah pukul 11 kot.
esok je la sambung maka mentido aje la.

pepagi alam, bangun, basuh muka gosok gigi, tukar baju..moh la kita pegi breakfast.
saja taknak panggil buggy, nak ambik angin sekitar kawasan hotel.



memang cantikkkk dan menenangkan.
nama pun sekeliling laut kan :)
 
 lepas breakfast singgah main kat playground kejap.
layankan je anak anak ni.




balik bilik, tukar baju dan sambung mandi kolam lagi.
berendam sampai kecuttttt.
sampai la pukul 10 lebih baru naik, bersiap dan sedia untuk checkout!
 

lepas checkout semua, kalu ke pantai teluk kemang.
lunch..then bawak anak anak tengok pantai.
layankan anak anak yang nak main layang layang ni.
dah lama kaklong duk menyebut nak main layang layang je.

 sampai pukul empat gak kami kat pantai.
solat zohor semua, then balik ke pangkal jalan.
maka tamatlah percutian sempena anniversary keenam ini.
terima kasih encik suamiiiii sebab bawa kami jalan jalan.
dengan ucapan semoga tahun depan ada program cuti cuti malaysia lagi ye :) haha.

oh ya, masa kami pegi ni, hotel satu malam dengan harga RM800 lebih.
exact value tak ingat--pak hencik yang bayar kan ;p

berbaloi ke takkk?
sesekali boleh laa..nak selalu, rabak la poket nanti.haha.

till then :)

No comments:

Post a Comment