Sunday, December 20, 2015

2015 review


hehe update blog pun jarang, ada hati nak review---> gelakkan diri sendiri.

dah nak habis dah 2015. duk termenung kejap apa la yg aku dah buat sepanjang 2015 ni ye.
banyak kenangan sebenarnya.cuma banyak tak tertulis kat sini.

banyak yang update kat fb dan insta je.
ye la, yang tu mudah dicapai dek tangan kan.
sesambil menyusu anak pun boleh update gambar kan fb dan instagram :)

so apa yang best tahun 2015?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1. kelahiran ahli baru

yey alhamdulillah--ini rezeki paling besar untuk 2015.


nur raudhah binti muhamad fathi syafiq.
dilahirkan pada 28 februari 2015 di pusat rawatan islam azzahrah bangi.
merasa la nak anak bangi sorang kan.
hehe, sy dan encik suami memang suka bangi--tempat pertemuan katanyaaa..kuikuikui.

hujung bulan disember ni raudhah masuk 10 bulan.
alhamdulillah sihat walafiat seadanya.
walaupun masa bulan januari tahun ni, masa raudhah dlm perut, doc kata ada air dalam kepala, alhamdulillah raudhah lahir sihat walafiat ^________________________^

2. family vacation ke labuan dan sabah

antara moment seronok tahun ni.
biasanya memang tiap tahun family sy akan pegi berjalan beramai-ramai.
kalau tak sempat pegi jauh, kita pegi yang dekat dekat je.
memang dasar kaki merayap kan ;p


sejak bersalin farhah dulu, dalam cuti bersalin tu sy suka ajak sncik suami pegi bjalan.
yela, bila lagi nak merasa cuti yang bukan waktu cuti sekolah kan.
tau je la cikguuuu..kalau nak bercuti kena tunggu cuti sekolah.
dan semua orang tahu kalau cuti sekolah je..dari hotel bawak ke makanan, semuanya naik jadi mahal ya ampunnnnnn..ambik kesempatan sangat.

jadinya masa cuti bersalin je la sy boleh merasa cuti di luar cuti sekolah ni :)


flight kami ke labuan dan balik ke semenanjung dari labuan.
so boleh jalan labuan dan boleh jalan-jalan sabah.

maaf la entry sabah dah tertunggak lama dah takde mood nak sambung.haha.

3. aidilfitri 2015

tahun ni raya belah suami.
maknanya apa?

maknanyaaaa..tahun depan adalah turn johor pulak. kuikuikui. keji gila statement.


bukan tak seronok raya belah suami, tapi siapa tak happy kalau raya dengan family sendiri kan kan kan.
biasalah hidup berumahtangga kena bertoleransi.
raya bahagi bahagi tu adatlaa..ala, bukan lama mana pun.
raya sehari dua je. pastu balik ke rutin kehidupan asal.
takde benda pun nak digaduhkan sangat tang balik beraya mana ni.

janji ada suami dan anak anak di sisi--raya mana mana pun seronok! :)

4. APC

alhamdulillah, naik je dari cuti bersalin tiga bulan, dapat perkhabaran pulak yang tahun ni dapat apc (actually prestasi utk 2014)

bagi yang tak tau, apc ni anugerah penuh kontroversi--haha takdela, anugerah perkhidmatan cemerlang.
masuk tahun ketujuh perkhidmatan, Allah bagi rezeki merasa apc pulak.


november 2016 ni nanti genap 8 tahun perkhidmatan, dan boleh naik DG44.
yey alhamdulillah..rezeki banyak jugak tu kan :)

bercerita tentang kerjaya, rasanya tahun 2015 ni antara tahun paling happy sy mengajar.
mengajar kelas pt3 tahun ni, memang all out dengan budak budak.
kelas tambahan la..projek la..kelas dalam wassap la.
sangat seronok melayan bebudak ni. macam adik adik sy je semuanya.
dorang pun nampak happy--rajin stayback kelas tambahan.suka nak share share cerita semua :)

2015 jugak tahun sy buat kajian tindakan.
yeah rajin-la-sangat.
ketua panitia sy ada phd tau. so memang sy rasa sangat produktif bekerja dengan dia.
dia selalu push sy untuk buat something yg bg benefit kpd sy sendiri.
tu yang buat kajian tindakan tu.
boleh gak jadi bahan nak masuk fail peribadi.

ni pun dia tengah offer untuk buat workbook.
sedang dlm perbincangan lagi.
kalau jadi, ada la produk akan datang sy ye.kalau tak jadi tu buat senyap je la.
kita tunggu peluang lain :)

5. short vacation sempena 6th anniversary

 

haa yang ni kena million thanks kat encik suami sebab belanja ke grand lexis :)
actually start dari bulan 10 tu encik suami memang busy gileee..anak anak dah merungut abah asyik keje, mama pulak dah start nak tarik tarik muka. haha perangai sangat tuuu ;p

maka abah kena la bawa kami pegi vacation.
kaklong pun sejak tunjuk gambar hotel kolam, asyik tanya hari ni hari apa..bila nak jumaat..nak pegi tido hotel kolam :)

so sambutan anniversary keenam kami di sini.
alhamdulillah..enam tahun dah. dikelilingi dengan tiga puteri yang menyejukkan mata.
maka nikmat mana lagi yang mampu sy dustakan.

entry enniversary sy buat lain la ye.
(ye la tuuuuuuu...)

6. simpanan

haa part ni kan part kegemaran ;p

tahun ni buku bertambah lagi satu.
sempena bertambahnya seorang lagi ahli baru.

sy, encik suami, kaklong dan kakngah dah daftar haji.
tinggal raudhah je belum daftar.
ingat nak pegi daftarkan masa cuti sekolah ni, memanjangnye tak sempat.
insyaAllah minggu depan masa sibuk meeting kat sekolah tu boleh kot menyinggah kejap.

so bila tengok buku rasa nak senyum ke nak nangis?

awal awal tahun tu nak nangis la jugak.
yela, bersalin kan memang guna banyak duit.
lagi la sy pilih bersalin swasta kali ni. tapi syukur juga bila company encik suami tanggung sebahagian besar bil.
selebihnya sy bayar la kan..kena la korek sikit duit tabung.
tu pun sy memang simpan banyak jugak sebelum bersalin tu just in case sy terpaksa czer masa bersalin.
tau je la kalau dah namanya czer kat hosp swasta.mahal ya ampunnnn.
nasib baik sy bersalin normal akhirnya :)

tapi lepas tu catch up balik.
simpan semula mana yang boleh simpan.
segala bonus raya (ada eh bonus masa raya ari tu?), mana duit lebih lebih tiap bulan, kenaikan gaji..memang terus sy masuk dlm tabung haji.

maka hujung tahun boleh la senyum semulaaaa ^__________________^

tiada aset yang bertambah. emas ada la sikit.
rumah tetap satu, kereta tetap jugak yang itu.

rasanya itu je yang menarik tahun 2015.
takde yang gempak sangat pun..semuanya biasa biasa saja.

so apa azam 2016?

honestly belum fikir pun lagi.
ada jugak beberapa target nak buat, tapi belum jot down betul betul lagi.

kena ambik masa, feeling feeling tenang dan mula menulis impian 2016 pulak :)

kewangan 2016 dijangka lebih mencabar, dengan permulaan kenaikan tol la, tambang pengangkutan awam la..harga barang naik mendadak dadak la..
huii nak sebut pun terasa semputnya.

yee..walaupun orang kata kakitangan kerajaan patut bersyukur la, gaji banyak la..hoi, terasa jugak tau dengan segala kenaikan ini.
dengan nilai ringgit yang makin jatuh, kebanyakan bisnes pun macam slowww je bunyinya.

dah bersedia ke kita ni nak menempuh 2016?
semoga semuanya baik baik saja.

mari teruskan berdoa dan bertabah.
mula cut benda benda yang tidak perlu.
makan la seadanya dan jangan membazir ok!



No comments:

Post a Comment