Tuesday, November 10, 2015

update anak anak

update progress anak-anak.
simpan untuk kenangan.

1. damia dan farhah akan ke pasti mulai 2016. ada pasti baru betul betul depan taska sekarang. alhamdulillah Allah mudahkan. tak payah risau nak naik bas sekolah ke apa.

pagi ke pasti, tengah hari sampai petang duk taska sampai mama balik sekolah :)

2. farhah dah wean off beberapa hari menjelang usia 3 tahun hari tu. farhah sambut birthday seven-eleven. alhamdulillah, pun dipermudahkan.

tak payah paksa bagai, anak dah besar dia boleh faham sendiri bila kita terangkan elok elok.

3. raudhah dah boleh duduk sendiri :) kekadang jatuh gak ke belakang. risau kepala asyik terhantuk je. raudhah dah mula makan solid food, tapi nampak macam tak minat sangat. makan dua tiga sudu, lepas tu taknak dah. berat taktau berapa--sebab ioll kan tak checkup anak. haha ;p

masih menyusu ibu sepenuhnya.

minggu lepas kena measles kalau tak silap (tak pegi klinik)
khamis malam tu memang naik merah merah, ingatkan alergik. esoknya cikgu taska kata campak, tapi tak demam pulak.

rupanya dia demam masa hari sabtu birthday kakngah (7/11). tengah hari start demam, suhu tinggi 38.5 macam tu--naik sampai 39. asyik menangis sepanjang hari, bawak main air pun nangis..menyusu pun nangis.

tapi kejap je demam, maghrib dah kebah. terus sihat. tapi ni tengah batuk dan selesema pulak. hopefully naik cuti deepavali ni akan sihat sepenuhnya.

ah mujur jugak anak sakit masa mama cuti hampir seminggu ni. tak susah hati nak pegi kerja.

4. seminggu ni rasa moody je. ada banyak benda dalam kepala yang tak terluah.

tapi entahla..hopefully perasaan akan kembali seperti sediakala. biasalah hidup mesti ada up and downnya kan.

nah belanja gambar anak-anak dara :)
till then.


1 comment:

  1. Cutenya yg kecik tu.bole pinjam ka hehe

    ReplyDelete