Tuesday, November 10, 2015

bukan anak susuan

lama tak sembang pasal susu ibu.

alhamdulillah anak ketiga ni masih diberikan rezeki untuk terus berjuang.
ia bukan satu perjalan yang mudah, tapi ia juga bukan mustahil untuk dilaksanakan.

ni cerita beberapa bulan lepas.
sejak raudah lahir 28 februari lepas, sy start mengepam bulan mac.
tapi kaedahnyaaa, kali ni sy memang 'rajin' sangat nak cairkan susu.
maka raudhah minum chilled ebm sepenuhnya.

ya ampunnnn tak tau la kenapa vitamin M sangat menguasai diri kali ni.
saya malas nak cairkan susu, malas nak tuang tuang dalam botol, malas nak nomborkan botol.
jadi stok susu memang tak gerak langsung. raudhah tak pernah minum frozen ebm.

sampai bulan ogos, susu dah 5 bulan dalam deep freezer.
nak buang memang sayanglaaaa..so sy ajukan kepada encik suami untuk ambik anak susuan lagi (sebelum ni dah ada 4 anak susuan kan)
encik suami okey je, so sy proceed la. post je kat grup ibu menyusu.

then ada sorang mommy pm sy.
nakkan susu tu, tapi anak dia dah lebih 2 tahun.
kiranya kalau dia ambik susu sy pun, takkan jadi anak susuan lah.

hmmm menarik jugak idea tu.
actually sy tak kisah pun kalau ada anak susuan lagi.
asalkan tak terbuang susu yang ada.

so ini keluarga baru kami.
anak baru nama adel, minum susu mama jihan tapi tak jadi anak susuan mama jihan.
pun bolehhhhh la ye!



alhamdulillah 699oz ebm bertukar tangan.
stok mac - julai.
sy tinggalkan stok ogos je untuk raudhah.
sampai sekarang pun masih belum pakai. haha. stok ogos, sept, okt dan nov masih dalam deep freezer.
tak la banyak sangat tapi bolehlaaa kalau ada kecemasan.

rasanya raudhah kali ni kurang minum susu berbanding kakak kakak.
biasa dia habiskan kat taska pun 12oz je.
kakak kakak dulu pernah sampai 18oz.

perjalanan penyusuan kali ni jadi slow and steady.
pam hari ni untuk esok.
sehari target 12oz je. kalau tak cukup, sy sambung pam kat rumah.
bila ada lebih je baru bekukan.

till then :)

1 comment:

  1. السلام عليكم
    Puan
    masih berlebih lagi ke ebm puan

    ReplyDelete