Tuesday, November 10, 2015

bukan anak susuan

lama tak sembang pasal susu ibu.

alhamdulillah anak ketiga ni masih diberikan rezeki untuk terus berjuang.
ia bukan satu perjalan yang mudah, tapi ia juga bukan mustahil untuk dilaksanakan.

ni cerita beberapa bulan lepas.
sejak raudah lahir 28 februari lepas, sy start mengepam bulan mac.
tapi kaedahnyaaa, kali ni sy memang 'rajin' sangat nak cairkan susu.
maka raudhah minum chilled ebm sepenuhnya.

ya ampunnnn tak tau la kenapa vitamin M sangat menguasai diri kali ni.
saya malas nak cairkan susu, malas nak tuang tuang dalam botol, malas nak nomborkan botol.
jadi stok susu memang tak gerak langsung. raudhah tak pernah minum frozen ebm.

sampai bulan ogos, susu dah 5 bulan dalam deep freezer.
nak buang memang sayanglaaaa..so sy ajukan kepada encik suami untuk ambik anak susuan lagi (sebelum ni dah ada 4 anak susuan kan)
encik suami okey je, so sy proceed la. post je kat grup ibu menyusu.

then ada sorang mommy pm sy.
nakkan susu tu, tapi anak dia dah lebih 2 tahun.
kiranya kalau dia ambik susu sy pun, takkan jadi anak susuan lah.

hmmm menarik jugak idea tu.
actually sy tak kisah pun kalau ada anak susuan lagi.
asalkan tak terbuang susu yang ada.

so ini keluarga baru kami.
anak baru nama adel, minum susu mama jihan tapi tak jadi anak susuan mama jihan.
pun bolehhhhh la ye!



alhamdulillah 699oz ebm bertukar tangan.
stok mac - julai.
sy tinggalkan stok ogos je untuk raudhah.
sampai sekarang pun masih belum pakai. haha. stok ogos, sept, okt dan nov masih dalam deep freezer.
tak la banyak sangat tapi bolehlaaa kalau ada kecemasan.

rasanya raudhah kali ni kurang minum susu berbanding kakak kakak.
biasa dia habiskan kat taska pun 12oz je.
kakak kakak dulu pernah sampai 18oz.

perjalanan penyusuan kali ni jadi slow and steady.
pam hari ni untuk esok.
sehari target 12oz je. kalau tak cukup, sy sambung pam kat rumah.
bila ada lebih je baru bekukan.

till then :)

update anak anak

update progress anak-anak.
simpan untuk kenangan.

1. damia dan farhah akan ke pasti mulai 2016. ada pasti baru betul betul depan taska sekarang. alhamdulillah Allah mudahkan. tak payah risau nak naik bas sekolah ke apa.

pagi ke pasti, tengah hari sampai petang duk taska sampai mama balik sekolah :)

2. farhah dah wean off beberapa hari menjelang usia 3 tahun hari tu. farhah sambut birthday seven-eleven. alhamdulillah, pun dipermudahkan.

tak payah paksa bagai, anak dah besar dia boleh faham sendiri bila kita terangkan elok elok.

3. raudhah dah boleh duduk sendiri :) kekadang jatuh gak ke belakang. risau kepala asyik terhantuk je. raudhah dah mula makan solid food, tapi nampak macam tak minat sangat. makan dua tiga sudu, lepas tu taknak dah. berat taktau berapa--sebab ioll kan tak checkup anak. haha ;p

masih menyusu ibu sepenuhnya.

minggu lepas kena measles kalau tak silap (tak pegi klinik)
khamis malam tu memang naik merah merah, ingatkan alergik. esoknya cikgu taska kata campak, tapi tak demam pulak.

rupanya dia demam masa hari sabtu birthday kakngah (7/11). tengah hari start demam, suhu tinggi 38.5 macam tu--naik sampai 39. asyik menangis sepanjang hari, bawak main air pun nangis..menyusu pun nangis.

tapi kejap je demam, maghrib dah kebah. terus sihat. tapi ni tengah batuk dan selesema pulak. hopefully naik cuti deepavali ni akan sihat sepenuhnya.

ah mujur jugak anak sakit masa mama cuti hampir seminggu ni. tak susah hati nak pegi kerja.

4. seminggu ni rasa moody je. ada banyak benda dalam kepala yang tak terluah.

tapi entahla..hopefully perasaan akan kembali seperti sediakala. biasalah hidup mesti ada up and downnya kan.

nah belanja gambar anak-anak dara :)
till then.


terlepas temuduga cbbptb

salam :)

mid july hari tu ada apply cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa.

salahkan kpm sebab tak alertkan pemohon (kami satu sekolah, yg apply semua terlepas interview)
dan salahkan diri sendiri sebab tak semak kat laman web kpm.
surat tawaran ni tarikh 15 oktober (interview 29 oktober).
masa tu pulak busy dengan bebudak pt3.
dengan duk kalut cuti jerebu la.

minggu lepas tu dah sibuk dengan moderasi, marking pt3.
sekali ada satu hari tu, tergerak nak check laman web kpm.

haaaaaaa...memang nangis tak berlagu laaa gamaknya.


takpelah, Allah tak izin sambung belajar tahun ni kot.
tahun depan nak apply lagi.
masa tu nak bersedia sepenuhnya.

tahun ni apply last minute.
sebab keadaan sekolah huru hara--pengetua bermasalah memang gegak gempita sekolah.
tu yg kelam kabut isi--konon nak lari dari sekolah kejap.

sekarang dah tukar pengetua, sangat okey--rasa sayang la pulak nak tinggal sekolah.huhuuuuu..

lagipun markah 2012 tak cantik sangat.
so kalau apply tahun depan, markah 2012 dah tak kira. haha :)

so cuti ni plan nak siapkan model soalan, nak cantikkan fail peribadi, nak semak semula kajian tindakan tu nak bagi comel lebih.
so tahun depan boleh apply dengan penuh kompiden.

semoga berjaya laaaa :)