Friday, October 30, 2015

mana nak mula?

assalamualaikum :)

jihan, saya ni baru nak mula belajar menguruskan kewangan. jadi mana nak start?

pertama, berhenti membuat hutang.
berhutang ni ibarat mengorek lubang. makin banyak kita hutang, makin dalam lubang yang kita korek. akhirnya kita terjerumus ke dalam lubang yang lebih dalammm dan sangat susah untuk keluar semula.

cukup cukuplah dengan hutang kereta, hutang rumah, kad kredit, ansuran sana sini. hentikan tabiat berhutang dan mula berazam untuk melangsaikan hutang satu demi satu.

kedua, kebanyakan pakar kewangan akan menyarankan kita mempunyai minimum simpanan sebanyak tiga bulan gaji (atau tiga bulan amaun perbelanjaan--kalau takde gaji tetap). ini sangat penting supaya bila berlaku sebarang kecemasan, tidak la kita meminjam sana sini. (dan menambah kedalaman lubang kita)

jadi mari perlu mulakan dengan ini.

kalau gaji RM 2000, so simpanan kena ada minimum RM 6000.
kalau gaji RM 4000, simpanan kena ada minimum RM 12 000 la..

ni minimum je tau. kalau ada lebih, laaagi bagus :)

macam mana nak buat? banyak tu amaun nak simpan. lagipun asal simpan mesti korek..asal simpan mesti korek balik.

haaa..cara mengatasi masalah korek balik tu ialah.......


bak mai duit awak sini sy tolong simpankan ;p

haha, okey salah satu cara kalau kita tak boleh nak disiplin sangat menyimpan ialah dengan bagi orang lain simpan duit kita.

be it mak kita ke..mak mertua ke..kawan kawan yang anda percayai.
tapi kalau kita yakin dengan diri sendiri, boleh la menyimpan dalam bank, tanpa perlu ada kad atm (yang akan menaikkan kebarangkalian kita mengorek semula duit simpanan)

macam mana nak menyimpan? sekarang pun tak cukup nak belanja.

haa..di sini lah pentingnya kawal nafsu, downgrade kehidupan.
sebenarnya banyak je ruang untuk kita menyimpan, tapi masalah kita ialah sangatttt sukar menolak kehendak.
semua kehendak nampak macam keperluan yang mendesak.
kita kekurangan skil untuk menangguhkan kehendak tu.

selagi masalah yang satu ni kita tak boleh nak handle, memang sampai sudahlaa takkan berjaya menyimpan wang.
walaupun kita ada dua tiga empat side income, percayalah kalau pengurusan kewangan kita fail, maka amaun dalam bank pun takkan pernah menaik.

jadi apa cadangan saya supaya anda boleh menyimpan dengan lebih banyak?

1. berhenti shopping baju, tudung, beg, jajan dll. catat segala sen yang anda belanjakan.

2. jual barang prelove yang tak pakai di rumah anda. mesti ada je barang yang boleh dijual. join grup menjual barang prelove di fesbuk tu.

3. simpan kenaikan gaji tahunan. kalau selama ni anda boleh je hidup dengan sekian amaun, so bila ada pertambahan gaji, simpan lah semuanya.

melainkan ada kenaikan kos kehidupan. tapi tu pun still kena menyimpan selebihnya. contoh, kenaikan gaji adalah RM 225, anak masuk sekolah tahun depan yuran sebulan RM 140. so lebihan RM 85 tetap kena masuk akaun simpanan.

sentiasa ingatkan diri bahawa selagi matlamat menyimpan tidak tercapai, jangan harap nak berjoli sakan.

4. hidup seadanya. makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan. jika anda mencatat segala perbelanjaan anda, pasti anda terkejut bila melihat amaun yang digunakan hanya untuk makan. belajar berjimat bab makanan.

5. belajar menukar cara untuk reward diri. jika selalunya anda akan reward diri anda dengan membeli barangan baru, cuba tukar mindset. reward diri anda dengan membeli emas contohnya. atau masukkan duit lebih (yang konon kononnya nak beli baju atau beg baru tu) dalam akaun simpanan, dan katakan pada diri anda, ini lah reward anda kerana penat bekerja.

sangat rugi rasanya bila setiap hari keluar awal pagi, balik lewat petang/ malam, tapi at the end, setiap penghujung tahun kita dapati simpanan dalam bank kita tidak bertambah kan -____- dah banyak kali naik gaji, tapi kita tetap berasa sempittt sepanjang masa.

okeyyyyy, mama jihan bagi lima tips dulu. tips lain akan menyusul kemudian :)

baru lepas baca buku ni. tentang orang yang dulunya berhutang keliling pinggang, apa yang dia lakukan sehingga boleh selesaikan semua hutang-hutangnya  :)

No comments:

Post a Comment