Sunday, September 27, 2015

mommy anak tiga

rindu nak update.

update dengan cepat sambil layan anak anak.
musim jerebu, pls stay indoor, minum air banyak banyak.

kesian musim anak anak demam batuk selesema jugak. cuaca tak elok, cepat je anak anak tak sihat. raudhah pun baru pas demam empat hari. isnin sampai khamis. nasib baik ngam ngam cuti sekolah tapi plan dating suami isteri terpaksa dibatalkan. hukhukhuk.

its okey la. asalkan anak mama sihat aje.
dating tu kita postpone hujung tahun ye b :)

ops panjang intro melalut.
sedikit updates mommy anak tiga.

1. keadaan rumah sangat huru hara. tahap skala taktau berapa. sepah sana sini. nak jalan kuis kuis mainan lepas tu buat tak nampak.

2. its okey. anak anak sedang membesar.

3. hati mama akan kosong kalau anak anak takde. sepah pun sepah la. mama is redha.

4. damia baru celebrate 5th birthday 20.09.2015 lepas.

5. farhah akan celebrate birthday ketiga 07.11.2015 nanti.

6. raudhah akan masuk 7 bulan 28.09.2015 ini.

7. raudhah baru start solid food hari ni. yey. makan puree lobak. makan sikit je. takpela. masih belajar kan.

8. esok monday 28.09.2015 adalah cuti jerebu. yang kedua untuk bulan ini. 15.09 hari tu dah cuti.

9. yey but kepala serabut. 5.10 will be anugerah koko. kena siapkan sijil but bawak balik sijil kosong sikut je. camne nak pegi ambik sijil kosong dengan tiga handbagsss ini? musim jerebu tak lalu plak nak bawak dorang keluar.

10. selamat hari raya aidiladha. balik johor hari tu sempat masak spagethi, nasi arab dan daging dendeng untuk family. happy :)

11. banyak benda sebenarnya nak cerita. hari tu dapat apc belum cerita..bday celebration anak anak belum cerita. kisah raudhah dan kahak kenapa entah dah taip tapi takmau published. projek kat sekolah dan macam macam.

tapi tu la..susah sangat nak on lappy. kalau on pun sibuk buat keje jap, pastu off.
tapi fb dan instagram updated selalu.haha.
tu sebab fb dan insta boleh update sambil baring baring susukan anak. blog susah nak buat camtu.

nah belanja la gambar mommy anak tiga yang serabut.

No comments:

Post a Comment