Friday, July 3, 2015

sabah day 2

day two. 30 april 2015. khamis.

bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi.
lalallalalla.

okey bangun pagi sangat happy sebab nak ke sabah :)
yey, sy sangat suka sabah.

membesar selama 17 tahun di sini, buat sy rasa macam.........................................

sabah tanah airku..
negeri kita yang tercinta, 
pemuda pemudi semua marilah,
bangunla bersatu semuaaaa..
*eh eh siapa ikut sy nyanyi tuuuu*

pepagi lepas breakfast kami terus ke jeti.
nak naik feri ke menumbok.
pakcik sy dah siap siap belikan tiket untuk kami.
siap pakej pinjamkan dua buah kereta untuk kegunaan kami.
bahaaa terbaiklah percutian kali ni kan ;p

oh ya, kami naik feri yang boleh bawak kereta.
kalau tak bawak kereta boleh naik speedboat direct terus ke KK.
naik feri ni akan turun kat menumbok, perjalanan sejam setengah, pastu kena sambung naik kereta dalam dua jam lagi untuk ke KK. 

harga tiket?
adui dui dui..tak sure.
tapi murah je rasanya--dalam RM 5 sorang kot. eh yeke RM 5? 
*sorry ini tak membantu*

atas feri
 
 
feri ni ada tiga tingkat, bawah sekali untuk kenderaan, tingkat 1 untuk tempat duduk penumpang.
atas sekali kawasan lapang boleh lepak lepak.
masa kami naik ni orang ramaiii..penuh tempat duduk kat tingkat 1 tu.
so kami naik ke atas dan lepak kat sini je sesambil menjoyah ;p

haaa sila la tengok bukti kejoyahan kami ;p

 

 
 

sampai je menumbok kami singgah beaufort jap.
ke SMK Kota Klias, sekolah ayah sy dulu.
kami tinggal kat beaufort ni dua tahun, dari saya darjah 4 sampai darjah 6.
so ada la jugak kenangan bersekolah kat sini :)

ayah sy janji nak jumpa kawan lama dia, kami follow je pegi makan kat beaufort central.



 then singgah sekolah lama saya---SK St Paul.
masa sy sekolah sini nama dia SRK St Paul. kali ni dah tukar nama pulak.
tapi rupa masih adaaaaa.
masih berbukit bukau macam dulu.


 memijak kembali tempat tempat di mana saya membesar adalah sangat seronok!
siap bawak suami dan anak anak tu double seronok!!
teringat ingat masa berlari larian kat sini.
yela, nama pun sekolah rendah kan.
sekolah kami ni ada gereja. tapi serius orang orang sabah ni tak pernah timbul isu keagamaan.
sepanjang sy membesar kat sini, kami semua relax je hidup aman harmoni takde nak gaduh pasal isu agama.
tak pernah la nak ejek ejek agama atau bangsa kami.
takde pun nak berpiket suruh turunkan salib nanti rosak akidah okey tetttttttttttttttttttttttttttttttttt ;p

ok dah.
lepas melawat sekolah lama kami terus gerak ke KK.
malam ni akan bermalam di KK sebelum esoknya ke ranau dan kundasang.

petang tu kami makan kat tepi pantai.
apa nama tempat makan tu ek?
anjung senja ye?
 
 


makan kat sabah ni agak mahal kalau nak bandingkan dengan semenanjung.
contoh nasi goreng seafood dalam RM 6 macam tu, tapiiiii percayalah seafood dia fresh tak macam semenanjung.
haha kalau kat KL mintak la nasi goreng udang ke..seafood ke..maka anda dapat seafood yang alahai--ni makcik ikhlas nak masak ke tak ni ;p
bahahahha.


kami siap makan, dah malam.
sini maghrib cepat ye..pukul 6 lebih dah maghrib.

malam tu kami stay kat seri borneo hotel.
hotel bajet kot sebab kecik je.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiii yang penting berdepan je dengan pasar filipin.
dan betul betul di tapak pasar malam.

hahaaaa menarik gila nak shopping!
memang heaven duduk sini nak shopping turun bawah je.
so balik makan malam tu sy singgah pasar malam cuci mata dan poket.

oleh kerana banyak ni nak beli *cheaaaaaaa ada orang tu memang aim nak shopping sampai lebam kat sabah*
so malam ini round pertama shopping.
 
rambang mata tengok mutiara
 okey tips lagi, beli kat pasar malam ni lagi banyak choice dari pasar filipin.
cantikkkkkk dan murah kalau pandai tawar.

plus kalau ko speaking speaking sabah lagi murah ko boleh dapat tu.
*baca slang sabah*

oh sy suka..sy suka..sy suka.
oh ya, jangan lupa beli kuih cincin dan ampalang jugak ek.
kat semenanjung susah nak jumpa ni :)

bersambung lagi esok day 3 :)


No comments:

Post a Comment