Thursday, July 2, 2015

sabah day 1


ok cerita jalan jalan pulak.
cerita dah separa basi--lama baru nak update.haha.

masa dalam pantang hari tu sy dah bodek bodek encik suami untuk bawa sy pergi berjalan.
reward la kunun sebab sy penat bersalin tau.haha ye la tu ;p

takdelah..sebab sy fikir, masa dalam cuti bersalin la sy boleh pergi berjalan tanpa perlu tunggu cuti sekolah. boleh pergi weekday tanpa perlu apply cuti :)
cikgu kan kedekutttt cuti--7 hari je setahun.

mulanya sy plan nak ke langkawi je.tiap kali bersalin pun nak pegi langkawi ;p
eh tapi serius langkawi tu best.
boleh shopping...
ada Haji Ismail Group..
ada coklat..

eh silap.
sebenarnya mana mana je tempat shopping adalah best ;p
termasuk bandung kan b?hahahahhahahha.

tapi bila bincang punya bincang, rasa nak ke labuan pulak.
sy ada makcik kat sana. dah bertahun janji nak g rumah dia, tak sampai sampai jugak.
so ada masa dan kesempatan baik la kita pergi sekarang.
tunda tunda kang sampai anak sepuluh tak pegi pegi jugak.
ceahhhh cita cita anak sepoloh kau adooo.

sekali bila bagitau mak ayah dan adik beradik sy, semua pakat nak ikut---dah sudah, marilah berombongan cik kiah kita ni yeee :)

so macam biasa, kalau ada trip family kami suami isteri akan jadi tukang arrange.
beli tiket untuk semua orang--ni encik suami punya kepakaran ;p
ayah sy kontek anak murid lama dia masa kat tawau dulu.
sebab anak murid dia pernah janji nak sponsor penginapan kami sekeluarga kalau kami nak ke sabah--wehuuuu jimat banyak di situ :)

tapi disebabkan nak pergi ramai dan ramai jugak ahli rombongan yang bekerja, terpaksa la bercuti di waktu public holiday jugak.
kebetulan cuti hari pekerja hari tu bersambung dengan wesak kan.
maka pilih je la date tersebut.

kami ambil flight hari rabu 29 april.
naik air asia dari KLIA 2 ke labuan, seorang dewasa plus makan plus insurans bagai dalam RM 360 pergi balik.
kanak kanak harga sama, infant RM100 pergi balik.

kami naik flight pagi, pukul 7.35am.
tips travel nak banyakkan masa di tempat percutian tanpa perlu menambah kos penginapan, ambik tiket sangat awal pagi, balik semula ambil tiket lewat petang/malam.
so kami sampai di labuan dalam pukul 10 lebih pagi, petang tu dah bleh ronda ronda labuan :)

tapi yang tak bestnya ialah pukul 3lebih dah kena bangun bersiap, naik van ke KLIA 2 pukul 5 pagi.
mencabarnya dengan anak anak kecil sebab susah nak kejut.hihi.kesian nak suruh mandi, maka anak anak tak mandi.
malam tu pulak entah kenapa kakak damia muntah muntah.
ah sudahhh..risau sangat kalau dia demam.
tapi alhamdulillah esoknya dia sihat je, seronok sangat tengok anak anak happy dapat berjalan.

tambang limo pun mahal la sebab waktu lepas tengah malam ke subuh kan.
kami ambik van besarrr yang muat 14orang tu, RM280.
nak drive dan tinggal kereta kat KLIA 2 tu tak berani la pulak kan :)

KLIA 2 sementara menunggu nak check in

my SIL--nak boarding dah masa ni

airport

oh ya, kami solat subuh kat masjid KLIA 2 tu je. tak makan sebab nanti dalam flight akan makan kan.

dalam flight
haaa..ada drama dalam ni.
ye la, dah kena kejut awal pagi, meragam la anak anak dalam flight.
kakak damia mengantuk, mengamuk apa entah, nangis dalam flight.
kena tegur dek flight attendant pun lagi kuat dia nangis.
mengantuk la tuuu..dah puas mengamuk elok je dia tido sampai labuan.
kakak oh kakak..nanti kalau kakak dah pandai baca, ha ni mama cerita perangai kakak dalam blog ;p

dalam flight makan nasi lemak pak naser yang glamour ituuu..
tapi bagi sy biasa biasa je.
sy ni tak cerewet sangat pasal makan..apa pun bolehhh :)

dah sampai labuan :)
sampai labuan pukul 10 lebih, pakcik sy dah tunggu nak ambik kami.
dekat je rumah dia dengan airport, lima minit drive dah sampai.
kami ke rumah dia, rehat rehat..makan tengah hari then petang kami keluar ambik angin kat pantai.
tak plan nak shopping masa ni sebab masih boleh shopping masa nak balik nanti :)

makan tepi pantai depan sek sains labuan

us :)
ahli rombongan cik kiah

mak, adik dan anak buah sy

malam tu pakcik sy ajak makan kat luar.
tapi kami anak beranak tak join sebab nak bagi anak anak rehat.
yela seharian dah travel, esok nak ke sabah pulak.
risau anak anak penat sangat esok meragam plak masa berjalan.

so malam tu kami rehat kat rumah, yang lain pergi makan.

tu je cerita hari pertama.

bersambung lagi cerita esoknya.
ye sabah here we comeeeee!!!

No comments:

Post a Comment