Wednesday, July 1, 2015

risau ke dengan hubungan susuan?

lama tak bercerita tentang penyusuan susu ibu.

actually kami suami isteri sedang fikirkan untuk ambil anak susuan lagi.
ni raudhah dah 4 bulan, stok susu sejak sy mengepam bulan tiga hari tu tak gerak langsung.
raudhah minum chilled ebm je setakat ni.

ye..mak anak tiga kali ni malas ya amat nak cairkan frozen ebm -__-
jadi hari hari bekalkan chilled ebm je.huhu.
tu pun dia minum sikit. masih ada lebih yang sy bekukan hari hari.

alhamdulillah murah rezeki susu anak anak.
sebab tu jugak sy berfikir untuk cari anak lagi.
tak gamak rasa nak buang buang susu kalau expired.

setakat ni kami dah ada empat anak susuan.
dua orang dapat masa menyusu damia, dua orang dapat masa menyusu farhah.
ni menyusu raudhah kena cari anak lain.haha :)

tapi disebabkan dah ada ramai anak susuan sebelum ni, sy banyak berfikir cara untuk maintain hubungan sesama saudara sesusuan ni.
so sy cakap kat husband, kali ni nak cari anak yang betul betul memerlukan susu ibu.
sama ada anak yang sakit atau anak yang premature.

bukan sy taknak bagi ibu ibu yang low supply. ada jugak ibu hamil yang bertanya kepada sy.
satunya stok sy ni takla melimpah ruah sampai tak cukup space deep freezer.stok sy biasa biasa je.tapi ada la lebih sikit sikit yang boleh disedekahkan.

then sy tau sy tak mampu nak fully supply kepada anak susuan.
maksudnya sy tak mampu la kalau ibu tu mengharap sy akan supply 20oz sehari untuk anak dia.
sy taknak baby tu bergantung sepenuhnya dengan susu sy--sy akan rasa bersalah kalau tak dapat nak supply nanti.
sekarang ni sy cuma pam dua kali sehari.
sy takut bile raudhah makin besar, demand dia makin banyak dan sy terpaksa stop supply susu kepada anak susuan.

bagi sy, kalau ambil yang betul betul memerlukan, contohnya premature baby atau baby yang sakit, dorang memang sangat kritikal perlukan susu ibu--tak kira sikit atau banyak.
sedikit pun sudah memadai..mana tahu keajaiban susu ibu membantu anak anak kecil ni untuk survive.
kita semua tahu kebaikan susu ibu kan :)

eh faham ke reason sy ni?bahahaha beriya iya sy explain kan ;p

semalam ada seorang kawan bertanya sy untuk anak sepupunya.
baby yang dalam icu sakit jantung.
sy dah sepakat dah dengan husband nak bagi susu.

tup tup parents baby tu cancel semula.
alasan, sebab baby tu baby boy, anak sy semua girl.
takut satu hari nanti dorang berkenalan.

ya Tuhannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn..

hehe satunya memang sy frust bila dengar alasan tu (but still, sy tetap respect keputusan parents tu.sy tak boleh paksa kan)

inilah masalah dalam masyarakat kita bila kita sebut tentang hubungan susuan.
TAKUT TERKAHWIN.

come on--terpengaruh sangat dengan drama atau novel ni -______________-

then let me explain.

1. Allah takkan pernah silap membuat sebarang hukum. dalam alquran sendiri Allah kata kalau tak mampu susukan anak, bapa boleh upah wanita lain untuk menyusukan anak tu.

cuba fikir dalam dalam..kenapa mesti susu ibu juga? bagi je la susu formula.kan senang takde masalah nak jaga jaga hubungan ni.

jawapannya, pasti ada 'sesuatu' dalam susu ibu ni yang takkan boleh diganti dengan benda lain.

tak dapat susu ibu kandung, carilah ibu susuan.
nampak tak betapa Allah nak juga kita bagi anak anak kecil ni susu manusia?

2. hati ini milik Allah sayang sayang sekalian. Allah yang jaga hati kita. bila kita berbuat sesuatu kerana menuruti apa yang Allah suruh dalam quran, adakah kita merasakan Allah akan biar kita lalui perkara yang menyusahkan kita kelak?

jaga hubungan dengan saudara sesusuan sekarang ni cukup mudah. internet hujung jari hari hari boleh contact, boleh send gambar. jadi celah mana kita rasa kita boleh lost contact dengan saudara sesusuan tu?

3. kita berusaha--simpan salinan birth certificate, terangkan kepada anak anak kita semasa mereka membesar. anak anak kita sampai masa akan faham tentang hubungan susuan ni. minta mereka berjaga jaga sampai tiba masa mereka mahu berumahtangga.

kenapa? kita takut anak kita jatuh cinta at the first sight kemudian cinta terhalang gituuuu. hehe.
kalau memang dari kecil sentiasa keep contact, sesekali bawa jumpa keluarga susuan, tak timbul kot isu cinta terhalang sebab hubungan susuan ni.

macam adik beradik tiri jugak laaa..mak pak bercerai, kawin lain dan ada anak lain.tak duduk serumah tapi masih boleh kenalkan supaya tak terkawin sesama adik beradik kan kan kannnn.

4. yakinlah sepenuh hati, apa jua yang Allah sebut dalam quran adalah yang terbaik. akal fikiran kita tak tercapai untuk hadam apa yang Allah tahu. tapi lama kelamaan kita pasti akan nampak hikmah di sebalik apa yang Allah dah tetapkan.

ilmu Allah seluas lautan, dan Dia cuma bagi kita setitik je.
(tu pun dengan setitik kita selalu bongkak, rasa kita maha tahu)

sekalipun kita rasa macam menyusahkan, jangan sampai terkeluar perkataan perkataan yang seolah olah mempertikaikan apa yang Allah dah tetapkan. bahaya tauuuuu ;)

lastly, selalu sy pegang kata kata ni,

JAGALAH ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGAMU ;)
lepas kita dah berusaha untuk menjaga hubungan sesama keluarga susuan, maka bertawakkal la kepada Allah.

till then.

siapa nak jadi anak susuan saya?

spread the love <3

*macam banyak sangat je susu.padahal nak cari sorang je*

No comments:

Post a Comment