Friday, July 17, 2015

pesanan khidmat masyarakat di hati raya

assalamualaikum wbt dan selamat hari raya :)

sedikit pesanan kasih sayang sempena hari raya ni.melalui pemerhatian sy, ada beberapa perkara kita perlu buat sedikit perubahan semasa beraya.

semoga segala ibadah yang kita laksanakan tidak sia sia.
semoga madrasah ramadhan berjaya mendidik diri dan nafsu kita agar mendahulukan perintah Allah.

sebagai peringatan bersama..semoga syawal kita tidak mengundang kemurkaan Allah.

1. tak perlu didik anak anak bersalam dengan semua orang.
ye tahu..anak anak kecil disuruh bersalam dengan semua orang untuk mendidik rasa hormat.
tapi bagi sy memadai kalau kita suruh anak bersalam dengan yang mahram sahaja kan.
sepupu sepapat, pakcik makcik yang jatuh kategori ajnabi tu takpayah la suruh anak kita salam. kang dah besar pun tetap tak boleh bersalaman kan.

2. jaga aurat wahai kaum wanita. balik kampung duduk serumah beramai ramai..jaga la aurat kita.even dari kecil kita dah terbiasa buka aurat depan sepupu sepupu, tak salah bila dah tau ni kita tutup aurat kita. jangan malu untuk melaksanakan apa yang Allah perintahkan.

3. kaum lelaki..ayah ayah dan suami suami..bantulah isteri dan wanita wanita jagaan anda supaya auratnya terpelihara. usahakan la tempat tidur yang tertutup..kesian isteri isteri dan anak anak anda..kang anda pun menanggung dosa sama kan.tak minta bilik khas pun.cukup kalau sudut sudut terpencil..buh tirai sikit supaya terselindung.lagi lagi ibu yang menyusu anak.laaagi la perlu privacy.

4. jaga ikhtilat..pergaulan lelaki perempuan walaupun sedara mara.

5. jangan la over excited nak beraya.yang mana anak anak kecil..yang tak sihat tu bawak bawak la kuarantin kat rumah..kesian kat orang lain kalau kita bawak virus ke sana ke mari.

6. berpada pada dalam semua perkara. baju raya yang menutup aurat mengikut definisi yang sepatutnya..kuih raya yang tidak berlebihan dan melakukan pembaziran.

7. bak kata prof muhaya..apa sahaja yang kita mahu lakukan..jangan fikirkan apa orang akan cakap..tetapi fikirlah apa Allah akan kata.

nah belanja gambar raya sekeping :)
tahun ni masuk geng raya rumah mak mertua.
eh sebenarnya bukan kat rumah mak mertua pun..balik kampung atuk belah encik suami.

No comments:

Post a Comment