Monday, July 6, 2015

listen or ignore?

entry selingan sabah.
kenapa entah sy cuba nak download gambar day 3 sabah tak boleh pulak.
nanti la sy try semula.



kadang kadang (sekarang rasanya dah kerap ;p )
kita perlu ada sedikit perasaan dan perbuatan untuk ignore apa yang tidak penting dalam kehidupan.

contohnya, bila sy dah decide untuk unvac anak, sy akan ignore apa sahaja panggilan orang terhadap kami.
be it unresponsible la, arrogant la--even ada doc pernah sebut perkataan 'shame on you'

dulu dulu.....duluuuuu la.
sy ni pendebat sekolah, pastu sampai ke universiti la wakil U pegi pertandingan debat sana sini.
sy sedar dulu sy seorang yang kuat melawan.
kalau ada je benda tak sama dengan pemikiran sy, memang sy bahas la.
pernah la jugak beberapa kali duk gaduh gaduh kat thread kat facebook.
haha stupido! menyampah pulek bila ingat balik.

then lama lama (agaknya sebab dah kertu ni kan) sy belajar untuk senyap.
dulu kalau ada je post yang sy tak puas hati melintas kat newsfeed, lajuuuu je nak taip balik status balas.

tapi sekarang dah lain.
sy lebih memilih untuk diam.
dan hormati pandangan orang lain.
sambil skrol laju laju taknak baca sebarang pergaduhan ;p
namun sy tetap dengan keputusan apa yang sy yakin dan percaya.

untuk membuat hujah balas sekarang ni dah tidak la kotttt.
penat.

rasanya yang membaca segala perdebatan di laman laman sosial pun dah penat.
kalau malas sangat nak layan, sy unfriend atau hide je orang orang yang sy rasa penuh dengan negativity.

fokus sy sekarang untuk share apa sahaja kebaikan yang sy percaya :)
*orang nak terima atau tak tu terpulang*
masing masing ada pendirian kan.
dan berlapang dada menghadapi apa jua respon.
senyumkan aje kalau yang tak setuju tu :)

bagi sy berinteraksi di laman sosial, kita perlu lebih menjaga hati kita dari meminta minta orang menjaga hati kita.

faham ke?

maksudnya daripada kita duk tak puas hati orang tu cakap camni..orang ni cakap camtu..
baik kita sendiri yang berusaha untuk bertenang semasa membaca apa sahaja komen orang lain.
kalau suka ambil pengajaran, kalau tak suka banyak benda kita boleh buat.
skrol laju laju, hide, unfriend, block.
pilih je mana satu asalkan segala yang kita rasa negatif tu tidak mempengaruhi kita.

memang tak mudah..rasa bengkekkk je hati ni--lelagi kalau kita digelar macam macam.
tapi sebenarnya perasaan yang negatif ini hanya merugikan diri sendiri.

orang yang matang akan sentiasa bertindak positif terhadap perkara negatif yang datang kepadanya.

cheahhhhh nak kata diri sendiri matang la tu kan?
hahahhahahah :)

1 comment:

  1. macam2 pendapat. lebih baik berdiam diri dan baca je apa yang tertulis..hihi

    ReplyDelete