Wednesday, June 17, 2015

selamat beribadah!

ramadhan datang lagi..alhamdulillah.
maaflah lama tak update (macamla orang kisah haha)

typical reason, anak ramai memang tak dan nak menghadap laptop.
ni pun update guna handphone je.
tapi tak feel ah.
tu jadi blog tak berupdate :(

so macam mana menyambut ramadhan kali ni?
sy insyaAllah tahun kelima berpuasa sebagai ibu menyusu.

2010- mengandung damia.puasa tak penuh-hutang 18 hari sebab masa tu kena kencing kotor.warded tiga hari dan doc tak bagi puasa sampai clear segala keton dalam air kencing tu.

2011- menyusu damia.

2012- mengandung farhah dan masih menyusu damia. alhamdulillah masa ni puasa penuh :)

2013- menyusu farhah.pun puasa penuh sebab period belum datang. lepas farhah setahun dua bulan baru datang period semula.

2014- mengandung raudhah dan masih menyusu farhah. kali ni dapat tahu mengandung(check upt) masa seminggu masuk ramadhan.memang mengharung morning sickness la..plus beberapa siri bleeding..maka puasa tak penuh.hutang 12 hari dah settle ganti dan bayar fidyah lepas pantang hari tu pun.

2015- kali ni menyambut ramadhan dengan masih menyusukan farhah plus menyusukan raudhah la.

rasa macam agak tough kot sebab raudhah belum pun empat bulan, belum makan maksudnya masih bergantung sepenuhnya dengan susu mama.

tapi setakat ni raudhah minum sikit je ebm kat taska.
tak sampai 9oz pun!
tapi malam akan kerap directfeed.
berdebar gak ni tapi rasanya semua akan okeyyyy saja :)

hopefully boleh berpuasa penuh since cik sahabat baik belum menjengah lagi.

till then.
selamat berpuasa semuaaaaaa.
selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan.

No comments:

Post a Comment