Monday, June 22, 2015

rutin puasa dan anak tiga

rajin pulak mengupdate blog akhir akhir ni kan.
semacam je tengok bilangan entry makin berkurangan.
senduuu..haha

sebenarnya sy nak update cerita bercuti ke sabah hari tu.
tapi tak sempat lagi nak susun gambar.
belum transfer dari handphone, maka bertabah dulu la ye.
sila la baca cerita kosong tak berfaedah ;p

so macam mana rutin harian sejak seminggu berpuasa ni?

saya?

hectic gilaaaaaa!!



rasa mak dah transform tangan sotong. haha.
biasala mak anak tiga kan.
plus raudhah baru nak masuk empat bulan beberapa hari lagi.
fully bf ni faham je la, asyik nak memerap je kalau mama ada. suka betul duk bawah ketiak mama :)

jadi marilah kita berderita rutin ramadhan kita.
untuk ramadhan ni sy bangun tidur macam biasa--- 4.45am.
terus ke dapur, masak air, panaskan nasi dan lauk.
pergi fridge dan susun ebm raudhah nak ke taska.
sesambil pusingkan mesin basuh baju.
oh mujurlah rumah sy kecik je. masa ni la rasa bersyukur je rumah kecik sebab beberapa langkah dah sampai dapur..beberapa langkah dah sampai bilik.
mesin basuh sebelah peti ais--semuanya serba mudah ;p

sambil tunggu nasi hangat dan air masak, sy cepat cepat mandi.
biasala, mak mak ni kena multitasking.
sementara tunggu air masak mana boleh melanguk duduk dapur kan.

biasanya habis mandi dalam pukul 5, ambik la masa 10 minit untuk mengepam.
neno neno neno, dalam 5.15am saya akan kejut encik suami untuk sahur.

habis sahur dalam waktu imsak, sementara tunggu subuh kemas kemas dapur, basuh apa yang patut, keluarkan bahan mentah nak masak petangnya.

masuk subuh je terus solat dan bersiap.
siapkan beg susu, barang anak anak.
biasanya pukul 6.00am dah siap la.

ambik masa 10 minit untuk directfeed anak anak pulak.
susukan raudhah, kejut farhah kejap suruh susu.
sebab kalau tak nanti dia bangun akan nangis cari mama.
mama plak waktu tu dah gerak pegi kerja.huahuahua.

pukul 6.10am turun bawah, masukkan barang anak anak dalam nissan, then gerak pergi kerja.
encik suami akan hantar anak anak ke taska.
bulan ramadhan ni ramai orang keluar awal, jalan memang dah agak slow la masa ni.
perjalanan 18km pun ambil masa lebih setengah jam.
biasanya sy clock in 6.50am camtu. 

sekolah sekarang memang busy.
jadual sy 26 masa-- ke sana sini siapkan kerja plus ambik masa mengepam segala..

balik sekolah dalam pukul 2.30, ambik anak anak terus, sampai rumah hampir pukul 4 gak.
terus baring, rehat rehat jap dengan raudhah--biasanya memang tertido--deep sleep sebab penat sangat ;p

encik suami sampai rumah dalam pukul 5 lebih, sy bangun solat asar dan terus masak.
sambil masak tu terus kemas dan basuh la peralatan yang dah digunakan untuk masak.
so takdela sinki tu penuh memanjang kan.
encik suami pulak take turn jaga anak anak.
sesambil dia mandikan anak anak semua.
iyeeeee..tugas mandikan anak memang tugas hakiki encik suami sejak dahulu kala.
bonding time katanya kannnn ;p
jemur kain pun biasanya kerja encik suami :)
 
then pukul 6 lebih dah siap masak, dah kemas dapur semua boleh mandi dan rehat rehat sementara tunggu berbuka.
biasa mengempeng je la dengan dak raudhah tu ;p

mencabar hoi puasa dan menyusu dua orang anak ni.
rasa kering kontang mamanya :)
raudhah pulak jenis lepas maghrib je mesti nak tido.
dah beberapa hari puasa ni, sy mesti makan lewat.huhu

azan maghrib je sy teguk air manis, pastu masuk bilik tidokan raudhah.
dia dah tido baru sy boleh makan.

solat maghrib--kemas kemas--basuh segala botol yang banyak--simpan ebm mana yang terlebih yada yada yada sampai la masuk waktu isyak.

solat isyak, solat tarawikh, kemas baju anak anak nak ke taska esoknya dan tidoooooooo.
biasa sy memang tido awal. selagi boleh pukul 10 saya nak tido dah.
sepanjang hari berkejar ke sana sini, berpuasa, mengepam, menyusu dua anak memang extra penat!
tu pun banyak je kerja rumah yang sy tutup mata je.
contohnya mainan anak anak yang bersepah saya kuis kuiskan ke tepi je.haha
tunggu hujung minggu baru sy kemaskan semuanya.
tapi kekadang kalau roh rajin tu datang sy kemas je.
tapi tu laa..kekadang je la nye punnnnnn...

ada kawan sekolah tanya saya macam mana sy manage anak tiga kecik kecik.
so jawapannya kena multitasking.
mahu atau tidak ibu ibu ni kena belajar buat kerja dengan cepat. eh extra cepat.
takde dah kesempatan nak lengah lengah ambik masa longlai lemah gemalai nak kemas itu ini.
semua mesti lajuuuuuuuu je.
kalau tak, harapannnnn la nak siap.
kang takleh nak rehat.
rehat tu penting tau--demi kesihatan..mak mak ni kena sihat sebab nak jaga ramai orang kan.

kerja rumah tu mana yang boleh tangguh, contohnya lipat kain, memang sy tangguhkan.
tunggula hujung minggu untuk siapkan semua.
tu pnn selalu tak siap jugak! uhuk.

tapi ni rutin kalau raudhah tido elok.
kekadang datang angin dia nak bangun awal, maknanya bersahur la saya sambil meriba dia.
pastu duk mengempeng, maka sesi mengepam terpaksa dilakukan di sekolah sahaja :)

buat masa ni raudhah belum minum frozen ebm.
so ringan sikit kerja sy sebab takde rutin nak cairkan ebm bagai.
setakat ni mana yang sy perah hari ni akan dibawa ke taska esoknya.
alhamdulillah setakat ni masih mencukupi.
lepas ramadhan ni kena gak ajar raudhah minum frozen ebm.
kang melambak dalam peti tu siapalaaa nak habiskan kan kan..

so till then.
jumpa lagiiiiiii.

mommy busy ^___^


No comments:

Post a Comment