Tuesday, June 23, 2015

oh duit

siapa tak suka duit meh bagi semua duit awak kat saya ;p
hahahha.


semua orang suka duit. itu pasti!
cuma ada orang bersederhana, gembira je dengan duit yang ada atau ada yang berhempas pulas untuk dapat duit yang baaaaanyak.
persoalannya banyak itu berapa?

kalau masa masa takde duit, RM100 tu pun dah kira banyak.
kalau masa dapat durian runtuh, ribu ribu masuk akaun, RM100 nampak kecil.

sedekah RM100 tu banyaknyaaaa la hai-bagi sikit sudahla.
tapi bila beli baju tudung harga RM100, amboi murahnya baju tudung ni. wajib beli ni ;p
*eh macam familiar je*

"akak simpan duit berapa?"
bahaa..terkedu kejap sy nak jawab soalan cepucemas ni.
nervous i tau ;p

actually pengurusan kewangan sy tak la perfect.
sy masih manusia normal biasa.
time beringat banyakla sy tolak masuk akaun simpanan.
bila tak beringat laju jeee nak klik sana sini beli naelofar. eh?

tapi macam macam mana pun sy cuba sedaya upaya untuk maintainkan simpanan kecemasan 3bulan gaji.
selalu ingatkan diri, sy ni anak ramai, kecik kecik lagi.
kalau setakat sy dan suami, bila time sesak, tak makan pun takpe.
haha, ingat zaman bercinta kat ukm dulu, dah takde duit sangat kitorang puasa je sesama :)

tapi tu duluuuuuu..
sekarang dah ada anak tak boleh la nak gamble je macam tu.
kena ada backup kecemasan dalam bank.
kita taktau apa yang akan datang lepas ni kan.
memangla kakitangan kerajaan kekonon macam secure la.
susah la kunun nak buang kerja segala bagai kan.
but sy masih rasa mempunyai simpanan sekurang kurangnya amaun 3 bulan gaji adalah perkara yang mesti dilakukan oleh orang yang bekerja.

tu minimum tau--ada orang buat simpanan 6 bulan, setahun, bertahun tahun pun ada.
kalau rasa gatalll je tangan bila banyak cash, boleh juga tukarkan simpanan dalam bentuk emas atau mintak orang lain simpankan untuk kita.
pengalaman sy, simpan emas tu best.sebab sesak macam mana pun kita akan rasa sayanggggg je nak gadai emas.
ops tapi jangan la sepenuhnya simpan emas.kena ada cash jugak sebab emas ni kan ada susut nilainya, pastu ambik masa gak kalau nak jual balik emas dan dapat untung.

sebut menyimpan tu sangat senang kan.
nak laksanakannya oh mak aiiiiiii---ye sy tau kesusahan menyimpan wang itu ;p
duit ni panas, kalau ada dalam tangan, semedangggg je nak pakai.
ada je laa tetiba jadi keperluan yang mendesak (la sangat! padahal sendiri bikin alasan)

dulu sy mula menyimpan pun dengan amaun yang sikit.
sebulan potong RM150 je masuk akaun tabung haji.
tapi lama kelamaan dah potong makin banyak la.
dah mula disiplin bila dapat bonus terus tolak masuk akaun simpanan.
kenaikan gaji tahunan, maka simpanan wajib bertambah!
selagi simpanan kecemasan belum cukup, toksahla berangan buat list panjang panjang nak beli itu ini ye.

baju anak anak beli yang murah sudeh.
baju sendiri pun jarang nak beli baru.
seb baik suami pun jenis bukan nak baju or barang berjenama sangat.
pakai je apa yang ada :)
bila sy buat kira kira balik, sebenarnya banyak je ruang untuk kita berjimat.
cuma nak taknak je--tahan sikit la kot orang nak mengata kita asyik pakai baju tu je.
 ada aku kisah? ^____^
sabar la sikit bile nafsu mata kita sakit bila tengok asyik rasa ulang pakai baju samaa je.


percayalah, memiliki simpanan kecemasan akan buat anda lebih tenang.
tidur malam lebih lena.
walaupun hujung hujung nak tunggu gaji tu macam sengkek takde duit je, anda masih boleh senyum sebab yang sengkek tu dompet je. dalam bank masih sihattttt :D

yang penting hidup bahagia dan happy.
takla meroyan sangat nak survive hidup lagi lagi kat bandar ni :)
 
 
 

2 comments:

  1. Gaji saya kecik..tp bt potongan tbg aji utk mak dan saya
    alhamdulillah..lama2 jd byk jugak.akaun mak.saya x pernah ambik tau.itu bahagian mak...waktu kami kecik2 dl mak.usaha utk saving dlm akaun tbg aji kami.walaupun 10 rgt sebln

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah bagus sangat tu..memberi kepada parents memang sangat berkat kan :)
    gaji kecik atau besar tak penting..macam mana kita mengurus tu yang lebih penting kan.

    ReplyDelete