Tuesday, June 30, 2015

dia naik lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

harga minyak naik lagi.

*sila bubuh emoticon gerammm di sini*

tipu la kalau tak terasa dengan segala kenaikan harga kan.
lepas ni semua barang naik harga--alasannya minyak naik harga.
tol pun tengah ura ura nak naik kan.



kuih seciput kecik je pun lima biji dua ringgit.
dengan kualiti yang tak seberapa.

okey, mungkin pilihannya tak payah beli kuih.
tapi barang mentah nak masak tetapla kena beli kan.
ikan, ayam, beras, sayur-- apa yang murah sekarang?
then kita membayar mahal dengan kualiti entah apa apa.

sy berusaha untuk tidak membebel pasal kenaikan kenaikan ini.
bersabarrrrrrrrr.

tapi kalau dah selalu terkena orang bisu pun boleh bercakap kan.

lain ceritanya kalau kita semua sama-sama bersusah.
sama-sama berjimat.

yang akan menimbulkan kemarahan bila ada yang di atas sana masih boros dalam perbelanjaan.
orang bawahan dikerah habis habisan.

kesian kat orang yang hidupnya kais pagi makan pagi.
sampai dah taktau tang mana nak berjimat.
yang selalu viral kat newsfeed.
yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis sebab dah tak mampu beli susu anak.

ini bukan isu ha tu la ko orang suh berniaga ko taknak berniaga.
orang lain boleh je berjimat--mak aku dulu besarkan anak doblas orang relax je.

*sigh*

ini isu penindasan.
sedang banyak ruang dan peluang untuk buat penjimatan, tapi orang orang atasan masih taktau nak berjimat.
semedang guna duit macam dia tukang cetak duit.
nilai ringgit makin menjunam, hutang negara makin bertambah.
penyelewengan berlaku depan mata tapi rakyat tak mampu buat apa apa.
rakyat jugak terpaksa tanggung segala jenis kenaikan dan cukai.

tengok mangsa banjir kat kelantan yang sampai sekarang takde rumah pun cukup menyayat hati.
anak anak kecil yang masih dibiarkan berpanas dalam khemah, dengan cuaca panas luar biasa sekarang.
Allahu padahal hari tu dah janji nak binakan rumah dan bagi bantuan segala bagai.

plus pak menteri suka buat statement tak berapa cerdik menambah sakitkan hati.
huarghhhh memang penderaan jiwa raga rasanya.
meningkat tahap stres baca statement pak menteri!

bersabarrrr mama jihan. bulan Ramadhan ni.
semoga ada kebaikan yang Allah nak bagi melalui ujian macam ini.

mari ingat semula janji Allah--di sebalik kesusahan pasti ada kemudahan.
orang orang zalim yang melakukan penindasan takkan terlepas.

ingat juga Allah kata--kejahatan sebesar zarah pun akan dihitung di akhirat kelak.
bersedialah orang orang yang tak percayakan janji Allah.

ok dah sabarrrrrrrrrrrr.
mari teruskan berdoa.

tarik nafas dan senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
^_____________________________________^

No comments:

Post a Comment