Tuesday, June 30, 2015

dia naik lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

harga minyak naik lagi.

*sila bubuh emoticon gerammm di sini*

tipu la kalau tak terasa dengan segala kenaikan harga kan.
lepas ni semua barang naik harga--alasannya minyak naik harga.
tol pun tengah ura ura nak naik kan.



kuih seciput kecik je pun lima biji dua ringgit.
dengan kualiti yang tak seberapa.

okey, mungkin pilihannya tak payah beli kuih.
tapi barang mentah nak masak tetapla kena beli kan.
ikan, ayam, beras, sayur-- apa yang murah sekarang?
then kita membayar mahal dengan kualiti entah apa apa.

sy berusaha untuk tidak membebel pasal kenaikan kenaikan ini.
bersabarrrrrrrrr.

tapi kalau dah selalu terkena orang bisu pun boleh bercakap kan.

lain ceritanya kalau kita semua sama-sama bersusah.
sama-sama berjimat.

yang akan menimbulkan kemarahan bila ada yang di atas sana masih boros dalam perbelanjaan.
orang bawahan dikerah habis habisan.

kesian kat orang yang hidupnya kais pagi makan pagi.
sampai dah taktau tang mana nak berjimat.
yang selalu viral kat newsfeed.
yang terpaksa bagi anak minum susu pekat manis sebab dah tak mampu beli susu anak.

ini bukan isu ha tu la ko orang suh berniaga ko taknak berniaga.
orang lain boleh je berjimat--mak aku dulu besarkan anak doblas orang relax je.

*sigh*

ini isu penindasan.
sedang banyak ruang dan peluang untuk buat penjimatan, tapi orang orang atasan masih taktau nak berjimat.
semedang guna duit macam dia tukang cetak duit.
nilai ringgit makin menjunam, hutang negara makin bertambah.
penyelewengan berlaku depan mata tapi rakyat tak mampu buat apa apa.
rakyat jugak terpaksa tanggung segala jenis kenaikan dan cukai.

tengok mangsa banjir kat kelantan yang sampai sekarang takde rumah pun cukup menyayat hati.
anak anak kecil yang masih dibiarkan berpanas dalam khemah, dengan cuaca panas luar biasa sekarang.
Allahu padahal hari tu dah janji nak binakan rumah dan bagi bantuan segala bagai.

plus pak menteri suka buat statement tak berapa cerdik menambah sakitkan hati.
huarghhhh memang penderaan jiwa raga rasanya.
meningkat tahap stres baca statement pak menteri!

bersabarrrr mama jihan. bulan Ramadhan ni.
semoga ada kebaikan yang Allah nak bagi melalui ujian macam ini.

mari ingat semula janji Allah--di sebalik kesusahan pasti ada kemudahan.
orang orang zalim yang melakukan penindasan takkan terlepas.

ingat juga Allah kata--kejahatan sebesar zarah pun akan dihitung di akhirat kelak.
bersedialah orang orang yang tak percayakan janji Allah.

ok dah sabarrrrrrrrrrrr.
mari teruskan berdoa.

tarik nafas dan senyummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.
^_____________________________________^

Thursday, June 25, 2015

berhati hati lah ibu

gambar sy ambik depan taska masa nak jemput anak anak balik rumah.

seorang parent membiarkan bonet kereta terbuka macam tu..kereta kosong takde orang.
dia kat dalam taska tengah ambik anak.

tolong la ibu ibu.
memang la macam ni memudahkan kita.
kot la barang anak nanti banyak..senang terus masuk dalam bonet kan.
mana nak angkat barang..mana nak dukung anak lagi.

tapiiiiiii..aduhaiiiii nya punnnnn..
tak baca ke lately ada baaaaaaaanyak sangat kes culik anak anak ni.
yang larikan kereta la..yang rentap anak dari pegangan ibu bapa la.

tolong la jangan buka peluang walau sikit pun untuk penculik penculik ni buat kerja.

sentiasa la beringat. sekarang ni tak boleh leka walau sesaat.

kalau rasa banyak barang pun..angkat barang dulu..masuk dalam kereta..kunci balik elok elok..baru p masuk taska semula dukung anak.

takpela rasa macam leceh punnn..
asalkan kita semua selamat.

orang jahat sekarang dah tak berperi kemanusiaan.
dia bukan nak barang, lepas tu lepaskan kita.
no..no..no..
kalau dia terpaksa tikam kita masa tu pun dia tikam je.
setakat nak cederakan dah biasa sangat kita baca kat fb kan.

tolongla..tolongla..

Tuesday, June 23, 2015

oh duit

siapa tak suka duit meh bagi semua duit awak kat saya ;p
hahahha.


semua orang suka duit. itu pasti!
cuma ada orang bersederhana, gembira je dengan duit yang ada atau ada yang berhempas pulas untuk dapat duit yang baaaaanyak.
persoalannya banyak itu berapa?

kalau masa masa takde duit, RM100 tu pun dah kira banyak.
kalau masa dapat durian runtuh, ribu ribu masuk akaun, RM100 nampak kecil.

sedekah RM100 tu banyaknyaaaa la hai-bagi sikit sudahla.
tapi bila beli baju tudung harga RM100, amboi murahnya baju tudung ni. wajib beli ni ;p
*eh macam familiar je*

"akak simpan duit berapa?"
bahaa..terkedu kejap sy nak jawab soalan cepucemas ni.
nervous i tau ;p

actually pengurusan kewangan sy tak la perfect.
sy masih manusia normal biasa.
time beringat banyakla sy tolak masuk akaun simpanan.
bila tak beringat laju jeee nak klik sana sini beli naelofar. eh?

tapi macam macam mana pun sy cuba sedaya upaya untuk maintainkan simpanan kecemasan 3bulan gaji.
selalu ingatkan diri, sy ni anak ramai, kecik kecik lagi.
kalau setakat sy dan suami, bila time sesak, tak makan pun takpe.
haha, ingat zaman bercinta kat ukm dulu, dah takde duit sangat kitorang puasa je sesama :)

tapi tu duluuuuuu..
sekarang dah ada anak tak boleh la nak gamble je macam tu.
kena ada backup kecemasan dalam bank.
kita taktau apa yang akan datang lepas ni kan.
memangla kakitangan kerajaan kekonon macam secure la.
susah la kunun nak buang kerja segala bagai kan.
but sy masih rasa mempunyai simpanan sekurang kurangnya amaun 3 bulan gaji adalah perkara yang mesti dilakukan oleh orang yang bekerja.

tu minimum tau--ada orang buat simpanan 6 bulan, setahun, bertahun tahun pun ada.
kalau rasa gatalll je tangan bila banyak cash, boleh juga tukarkan simpanan dalam bentuk emas atau mintak orang lain simpankan untuk kita.
pengalaman sy, simpan emas tu best.sebab sesak macam mana pun kita akan rasa sayanggggg je nak gadai emas.
ops tapi jangan la sepenuhnya simpan emas.kena ada cash jugak sebab emas ni kan ada susut nilainya, pastu ambik masa gak kalau nak jual balik emas dan dapat untung.

sebut menyimpan tu sangat senang kan.
nak laksanakannya oh mak aiiiiiii---ye sy tau kesusahan menyimpan wang itu ;p
duit ni panas, kalau ada dalam tangan, semedangggg je nak pakai.
ada je laa tetiba jadi keperluan yang mendesak (la sangat! padahal sendiri bikin alasan)

dulu sy mula menyimpan pun dengan amaun yang sikit.
sebulan potong RM150 je masuk akaun tabung haji.
tapi lama kelamaan dah potong makin banyak la.
dah mula disiplin bila dapat bonus terus tolak masuk akaun simpanan.
kenaikan gaji tahunan, maka simpanan wajib bertambah!
selagi simpanan kecemasan belum cukup, toksahla berangan buat list panjang panjang nak beli itu ini ye.

baju anak anak beli yang murah sudeh.
baju sendiri pun jarang nak beli baru.
seb baik suami pun jenis bukan nak baju or barang berjenama sangat.
pakai je apa yang ada :)
bila sy buat kira kira balik, sebenarnya banyak je ruang untuk kita berjimat.
cuma nak taknak je--tahan sikit la kot orang nak mengata kita asyik pakai baju tu je.
 ada aku kisah? ^____^
sabar la sikit bile nafsu mata kita sakit bila tengok asyik rasa ulang pakai baju samaa je.


percayalah, memiliki simpanan kecemasan akan buat anda lebih tenang.
tidur malam lebih lena.
walaupun hujung hujung nak tunggu gaji tu macam sengkek takde duit je, anda masih boleh senyum sebab yang sengkek tu dompet je. dalam bank masih sihattttt :D

yang penting hidup bahagia dan happy.
takla meroyan sangat nak survive hidup lagi lagi kat bandar ni :)
 
 
 

Monday, June 22, 2015

rutin puasa dan anak tiga

rajin pulak mengupdate blog akhir akhir ni kan.
semacam je tengok bilangan entry makin berkurangan.
senduuu..haha

sebenarnya sy nak update cerita bercuti ke sabah hari tu.
tapi tak sempat lagi nak susun gambar.
belum transfer dari handphone, maka bertabah dulu la ye.
sila la baca cerita kosong tak berfaedah ;p

so macam mana rutin harian sejak seminggu berpuasa ni?

saya?

hectic gilaaaaaa!!



rasa mak dah transform tangan sotong. haha.
biasala mak anak tiga kan.
plus raudhah baru nak masuk empat bulan beberapa hari lagi.
fully bf ni faham je la, asyik nak memerap je kalau mama ada. suka betul duk bawah ketiak mama :)

jadi marilah kita berderita rutin ramadhan kita.
untuk ramadhan ni sy bangun tidur macam biasa--- 4.45am.
terus ke dapur, masak air, panaskan nasi dan lauk.
pergi fridge dan susun ebm raudhah nak ke taska.
sesambil pusingkan mesin basuh baju.
oh mujurlah rumah sy kecik je. masa ni la rasa bersyukur je rumah kecik sebab beberapa langkah dah sampai dapur..beberapa langkah dah sampai bilik.
mesin basuh sebelah peti ais--semuanya serba mudah ;p

sambil tunggu nasi hangat dan air masak, sy cepat cepat mandi.
biasala, mak mak ni kena multitasking.
sementara tunggu air masak mana boleh melanguk duduk dapur kan.

biasanya habis mandi dalam pukul 5, ambik la masa 10 minit untuk mengepam.
neno neno neno, dalam 5.15am saya akan kejut encik suami untuk sahur.

habis sahur dalam waktu imsak, sementara tunggu subuh kemas kemas dapur, basuh apa yang patut, keluarkan bahan mentah nak masak petangnya.

masuk subuh je terus solat dan bersiap.
siapkan beg susu, barang anak anak.
biasanya pukul 6.00am dah siap la.

ambik masa 10 minit untuk directfeed anak anak pulak.
susukan raudhah, kejut farhah kejap suruh susu.
sebab kalau tak nanti dia bangun akan nangis cari mama.
mama plak waktu tu dah gerak pegi kerja.huahuahua.

pukul 6.10am turun bawah, masukkan barang anak anak dalam nissan, then gerak pergi kerja.
encik suami akan hantar anak anak ke taska.
bulan ramadhan ni ramai orang keluar awal, jalan memang dah agak slow la masa ni.
perjalanan 18km pun ambil masa lebih setengah jam.
biasanya sy clock in 6.50am camtu. 

sekolah sekarang memang busy.
jadual sy 26 masa-- ke sana sini siapkan kerja plus ambik masa mengepam segala..

balik sekolah dalam pukul 2.30, ambik anak anak terus, sampai rumah hampir pukul 4 gak.
terus baring, rehat rehat jap dengan raudhah--biasanya memang tertido--deep sleep sebab penat sangat ;p

encik suami sampai rumah dalam pukul 5 lebih, sy bangun solat asar dan terus masak.
sambil masak tu terus kemas dan basuh la peralatan yang dah digunakan untuk masak.
so takdela sinki tu penuh memanjang kan.
encik suami pulak take turn jaga anak anak.
sesambil dia mandikan anak anak semua.
iyeeeee..tugas mandikan anak memang tugas hakiki encik suami sejak dahulu kala.
bonding time katanya kannnn ;p
jemur kain pun biasanya kerja encik suami :)
 
then pukul 6 lebih dah siap masak, dah kemas dapur semua boleh mandi dan rehat rehat sementara tunggu berbuka.
biasa mengempeng je la dengan dak raudhah tu ;p

mencabar hoi puasa dan menyusu dua orang anak ni.
rasa kering kontang mamanya :)
raudhah pulak jenis lepas maghrib je mesti nak tido.
dah beberapa hari puasa ni, sy mesti makan lewat.huhu

azan maghrib je sy teguk air manis, pastu masuk bilik tidokan raudhah.
dia dah tido baru sy boleh makan.

solat maghrib--kemas kemas--basuh segala botol yang banyak--simpan ebm mana yang terlebih yada yada yada sampai la masuk waktu isyak.

solat isyak, solat tarawikh, kemas baju anak anak nak ke taska esoknya dan tidoooooooo.
biasa sy memang tido awal. selagi boleh pukul 10 saya nak tido dah.
sepanjang hari berkejar ke sana sini, berpuasa, mengepam, menyusu dua anak memang extra penat!
tu pun banyak je kerja rumah yang sy tutup mata je.
contohnya mainan anak anak yang bersepah saya kuis kuiskan ke tepi je.haha
tunggu hujung minggu baru sy kemaskan semuanya.
tapi kekadang kalau roh rajin tu datang sy kemas je.
tapi tu laa..kekadang je la nye punnnnnn...

ada kawan sekolah tanya saya macam mana sy manage anak tiga kecik kecik.
so jawapannya kena multitasking.
mahu atau tidak ibu ibu ni kena belajar buat kerja dengan cepat. eh extra cepat.
takde dah kesempatan nak lengah lengah ambik masa longlai lemah gemalai nak kemas itu ini.
semua mesti lajuuuuuuuu je.
kalau tak, harapannnnn la nak siap.
kang takleh nak rehat.
rehat tu penting tau--demi kesihatan..mak mak ni kena sihat sebab nak jaga ramai orang kan.

kerja rumah tu mana yang boleh tangguh, contohnya lipat kain, memang sy tangguhkan.
tunggula hujung minggu untuk siapkan semua.
tu pnn selalu tak siap jugak! uhuk.

tapi ni rutin kalau raudhah tido elok.
kekadang datang angin dia nak bangun awal, maknanya bersahur la saya sambil meriba dia.
pastu duk mengempeng, maka sesi mengepam terpaksa dilakukan di sekolah sahaja :)

buat masa ni raudhah belum minum frozen ebm.
so ringan sikit kerja sy sebab takde rutin nak cairkan ebm bagai.
setakat ni mana yang sy perah hari ni akan dibawa ke taska esoknya.
alhamdulillah setakat ni masih mencukupi.
lepas ramadhan ni kena gak ajar raudhah minum frozen ebm.
kang melambak dalam peti tu siapalaaa nak habiskan kan kan..

so till then.
jumpa lagiiiiiii.

mommy busy ^___^


Sunday, June 21, 2015

kasut

hi all.

berapa kerap anda anda sekalian membeli kasut?
ke pengumpul tegar kasut niii??
yang kasut penuh boot kereta sampai boleh buat showroom tu..hehe.

sy bukan jenis mengumpul koleksi kasut.
biasanya hanya ada satu sandel dalam satu masa.
yang ituuuuu la sy buat lenjan pegi berjalan, yang tu jugak buat pegi kerja.
pergi pasar beli lauk, pegi shopping complex.
pakai kasut yang sama.

apa? kakitangan kerajaan kasut bertutup?
lantak situ.hehe.

ce teka last sy beli kasut bila?

tetttttt..jawapannya disember 2013.
sebelum pegi umrah ari tu.
bahaaa lama gila kan.
masa beli tu memang aim nak beli yang berjahit tepi.
alkisahnya dulu sy selalu beli kasut,kejap je mesti terkopak bahagian tepi tu.

yela..biasanya tepi tu dia just gam je kan.
so bila terkena air senang la gam tu tanggal.
semedang je kena beli kasut baru.

so masa nak g umrah tu sy beli yang berjahit tepi.
tak lawa tapi lantak situ. asal pakai kasut.

maka lamaaaaa la kasut tu bertahan.
tu pun sampai tapak dia dah rosak sy masih pakai lagi.
nak cari yang baru tapi susahhhhnya nak jumpa berjahit tepi yang saya berkenan.

plus dah anak tiga ni memang kalau nak shopping tu bercintaaa rasa.
macam macam ragam! tak boleh nak membelek sangat.

tapi last weekend berjaya gak mencari kasut baru.
weeeeee...*haha jakun.org lain beli kasut tiap minggu tak heran pun ;p *

maafkanlahhh..acik ni dah setahun setengah tak beli kasut.mihmihmih.

Wednesday, June 17, 2015

selamat beribadah!

ramadhan datang lagi..alhamdulillah.
maaflah lama tak update (macamla orang kisah haha)

typical reason, anak ramai memang tak dan nak menghadap laptop.
ni pun update guna handphone je.
tapi tak feel ah.
tu jadi blog tak berupdate :(

so macam mana menyambut ramadhan kali ni?
sy insyaAllah tahun kelima berpuasa sebagai ibu menyusu.

2010- mengandung damia.puasa tak penuh-hutang 18 hari sebab masa tu kena kencing kotor.warded tiga hari dan doc tak bagi puasa sampai clear segala keton dalam air kencing tu.

2011- menyusu damia.

2012- mengandung farhah dan masih menyusu damia. alhamdulillah masa ni puasa penuh :)

2013- menyusu farhah.pun puasa penuh sebab period belum datang. lepas farhah setahun dua bulan baru datang period semula.

2014- mengandung raudhah dan masih menyusu farhah. kali ni dapat tahu mengandung(check upt) masa seminggu masuk ramadhan.memang mengharung morning sickness la..plus beberapa siri bleeding..maka puasa tak penuh.hutang 12 hari dah settle ganti dan bayar fidyah lepas pantang hari tu pun.

2015- kali ni menyambut ramadhan dengan masih menyusukan farhah plus menyusukan raudhah la.

rasa macam agak tough kot sebab raudhah belum pun empat bulan, belum makan maksudnya masih bergantung sepenuhnya dengan susu mama.

tapi setakat ni raudhah minum sikit je ebm kat taska.
tak sampai 9oz pun!
tapi malam akan kerap directfeed.
berdebar gak ni tapi rasanya semua akan okeyyyy saja :)

hopefully boleh berpuasa penuh since cik sahabat baik belum menjengah lagi.

till then.
selamat berpuasa semuaaaaaa.
selamat berpesta ibadah di bulan ramadhan.