Friday, April 3, 2015

kelahiran TIJU dan review pusat rawatan islam azzahrah bangi

lama tak update :)
tau tau je anak dah tigaaaaa.
weeehehe rasa tak caya je kan.

pandang pandang encik suami dan kata "belum cukup 6tahun, alih alih dah keluar tiga orang kan'"
;p

kronologi kelahiran-- dah cerita kat fb.
copy paste aje la ye.malas nak taip semula ;p
tapi seriously kelahiran kali ni paling seronok kot.
sy banyak baca pasal gentle birth, visualising, macam mana nak handle contraction (istilah gb surge)
positive mind dll.

masa damia dulu sy ingat sy merintih sakit..sakit--pastu dapatla gas entonox.haha.
masa farhah leh cover lagi.sebab dah tau macam mana tahap kesakitan tu kot.tapi memang sangat sakit sebab masa tu menahan surge atas katil--sy genggam selimut je kuat kuat masa surge datang.
dalam labour room memang ada menjerit sakit masa dah dekat sgt baby nak keluar.heh.

tapi kelahiran kali ni semuanya smooth je.
dah sakit sangat pun masih boleh bertahan, takde jerit ke, nangis ke..dan memnag sy rasa tak sesakit sebelum sebelum ni.
agaknya sebab mindset kita kan :)
dan sy masih boleh recall semula sepanjang proses tu.

27 feb 2015.

lepas zohor ada blood show.surge ada tapi tak sakit sangat.

7.00pm.
sakit makin kuat tapi masih bearable.
set timer dalam 13 min-10min-8min.

tunggu sampai 12.00am, pukul 1.00am decide ke hosp since hosp jauh dan kena bawa dua anak dara bersama.

28 feb 2015.

sampai hospital tunggu dalam kereta sampai 2.00am.
surges every 7mins.
decide naik hosp dan check.
buat ctg dan ve--dilate 4cm.
ward penuhhhh so nurse suruh tumpang kat labour room.
suami dan anak-anak decide checkin hotel belakang hosp.
tapi mama decide nak ikut suami dan anak-anak.takmau duk hosp lelama, tak bebas nak layan surges.

3.00am checkin hotel--layan surges yang makin kuat.
mandi bawah shower air panas,jalan jalan,menari nari (haha)
okey seriously melayan surges di bawah air panas dan smbil berdiri jauhhhhhhh lebih menyenangkan dari terbaring atas katil.
now i know the power of gravity ^__^

berulang kali ingatkan diri sendiri yang tubuh wanita memang dicipta untuk bersalin.
sikit je lagi..sikit je lagi.
setiap kesakitan maksudnya masa berjumpa baby semakin hampir!

6.00am dah tak tahan,pegi hosp semula.
buat ve dah 6cm,nurse terus bawak ke labour room.jalan kaki,takmau naik wheelchair.

6.10am masuk labour room, terus nak teran.
6.33am baby selamat keluar dari rahim mama.

tanpa episiotomi,tanpa apa apa iv drip, tanpa sebarang painkiller.
first degree tear,doc kata takpayah jahit.yeay!

syukur alhamdulillah.
kelahiran yang sangat dipermudahkan.
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

so ni gambar fresh baby lepas dibersihkan semua.


alahai..semua wanita akan melting bila tengok newborn baby kan.
dapat je baby dalam pangkuan, rasa sebak, happy, syukur--macam macam perasaan.
hilangggg semua sakit yang ditanggung.
baby yang ditunggu selama 39minggu 6hari.
jenuhhh nak tunggu dia keluar.paling lambat antara tiga orang ni :)
kakak damia lahir 39minggu 4hari, kakak farhah 38minggu 5hari.

so officially named--NUR RAUDHAH BINTI MUHAMAD FATHI SYAFIQ.

atas kuasa veto mama yang bagi nama tanpa sebarang kompromi.haha.

oh ya kali ni sy bersalin kat azzahrah bangi.
setelah menambah tolak darab bahagi semua pro dan cons, kali ni decide nak ke swasta.
sebab utamanya, kami ni ibubapa berdikari.
hehe, since kakak kakak memang hantar nursery(so takde babysitter yang boleh ditumpang rumahnya), parents semua jauh, takde orang boleh tolong jaga anak-anak masa kami ke hospital.
even masa bersalin farhah kat hospital serdang, encik suami bawak gak kakak damia ke hospital tau.
tapi tak boleh masuk la.

plus damia dan farhah tak pernah tido dengan orang lain.
sy pun tak pernah tido berpisah dengan anak-anak.
so the best choice is ambik single room kat hospital swasta dan bawak la anak-anak tido hospital sekali. senang encik suami takpayah ulangalik hospital ke rumah nak uruskan anak-anak.
*kakak damia panggil hotel klinik sebab rupa dah macam hotel*

survey punya survey, sy pilih azzahrah sebab islamik dan semua gynae perempuan.
so kalau doktor pilihan sy tiba-tiba unavailable pada saat sy bersalin, doktor gantinya tetap perempuan :)
dan lagi kali ni sy buat birthplan.
kata bayarrr mahal kan.marilah kita request maciamm maciammm ;p

ok jom layan bilik hospital.






kami dapat bilik jebat.
single room dengan kadar RM200 satu malam.
ada yang lebih mahal dan ada yang lebih murah.

ada satu katil pesakit dan satu sofa.
pastu kami bawak toto untuk anak-anak tido.
bilik memang luas dan sangat selesa.
encik suami pun sangat puas hati :)

sy minta utk rooming in dengan baby.
oh ya, kalau nak fully bf kena bagitau siap-siap ye.
sini kan bukan macam hospital gomen yang akan paksa kita bf anak--haha.
jadi akan ada tagging khas kat bassinet baby tu utk remark baby kita ni fully bf, so dorang takkan bagi fm.


so far kami sangat suka dengan servis azzahrah.
staf baik, doktor baik, keadaan selesa.
tapi azzahrah pun dah start pack.
masa sy bersalin tu wad penuh.
sy kena tunggu kat labour room sampai tengahari baru la dapat bilik.
bertabah je laaaaa -____-

total kos percutian dua hari satu malam (kahkah) termasuk consultation doktor, makanan dll ialah RM 2378.
agak murah la berbanding yang sy survey kat tempat lain.
kalau ambik pakej bersalin yang disediakan, dalam RM1800 lebih lebih la.
tapi pakej ni untuk bilik berempat je. bilik single takde pakej.
masa sy survey tanya harga, pekerja kaunter tu kata bajet bilik single dalam RM 2500- RM 4500.
agaknya sy murah sikit sebab sy tak ambik segala painkiller tu.

so far so good.
next baby bolehla ke azzahrah lagi.
haha bila next tu?

^____________________^

15 comments:

  1. Nak bertanya.. puan bersalin dengan doktor apa ye namanya? Trm ksh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dgn dr masyitah.

      tuan tanah malas nak log in.hehe

      Delete
  2. Salam sis, boleh share birth plan sis? Kalau boleh, emailkan ke norazura.ma@gmail.com ye.. Doc Mashita ok ye if kita datang bwk birth plan?

    ReplyDelete
  3. Salam sis, boleh share birth plan sis? Kalau boleh, emailkan ke nadhirah@heritage.gov.my tq :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Saya due this October. And insyaAllah dekat Az Zahra Bangi jugak, tapi dengan Dr Noraini. Saya ada pergi class Hypnobirthing Gentle Birth segala tu. So nak tanya, Az Zahra diorang takde masalah ya dengan GB ? Sebab saya nak bagi doc birth plan, tapi takut. Hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm.dulu dulu sy dengar dr noraini ni x pro gentle birth.tp xtau la skrg cmne kan..hihi

      Tuan tanah malas login.

      Delete
  5. Ohh yeker ? Hahahaha. Kalau macam tu tukar Dr Masyitah la. Hahahaha. Dr Masyitah memang takde masalah dengan GB ? So boleh tunjuk birth plan dengan aman nya ? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm..nak kata tunjuk dgn aman pun x jugak.dia xsetuju pun dgn dcc tu.tp dia x setuju, dia x de la marah2.dia explain baik2 je huhu..
      sy dpt yg skin to skin lepas bsalin je kot.haha.

      Delete
  6. Yeker ? Hahaha. Tapi, ada bagitahu doc memang taknak episiotomi, taknak IV drip n painkillers tu semua tak ? And yang tu dia tak argue ? Kena cakap nak bf right after birth ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa yg tu ada..dr masyitah kata biasa dah anak ketiga dah x buat epi..xmo drugs semua tu dia agree..

      Delete
  7. Awak ada bagi doc Birth Plan ? Or cakap gitu je ? Sorry banyak tanya. Sebab takut. Hahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..memang ms checkup tu ada bg dia tgk birthplan.masa nak bsalin staple birthplan kat muka depan buku pink haha.

      Delete
    2. intan syafinaz, skrg dah Nov.. awak dah bersalin ker ni? (kata due October)..share skettt camne bersalin kt Azzahrah dan birth plan etc.. :)

      Delete