Monday, April 6, 2015

Aktiviti homeschool : boling

Salam.

Minta maaf sgt kepada yg komen kat entri homeschool hari tu.sy tak sempat nak reply-busy mak beranak tiga dah mengalahkan power rangers merah jambu.

Actually aktiviti homeschool agak perlahan ada masa semput macam kereta mini usia 40 tahun.lebih tua dari jet peribadi jadi boleh beli jet baru.eh?

Hari tu masa mengandung 33 minggu,kandungan sy bermasalah sket.terus semangat down..tiga minggu jugak sy berhibernasi.bila dah okey masa minggu 36 tu terus busy buat persiapan barang baby plak.sebelum tu tak buat pun -__- kesian raudhah.

Eh panjang intro.
Ok nak share lagi aktiviti homeschool,mungkin boleh membantu ibu ibu yang tengah mencari idea kan.

Sy percaya semua anak kecil ada permainan boling ni kan.
Damia punya pun dah lama ni. Main kejap lepas tu peruk semuanya dalam bekas mainan.
Dari 10 pin bila kumpul semula dah tinggal 8.
Eh camne korang simpan mainan anak anak ye? Sy tak reti betul nak mengemas mainan yang banyak ni. Yela..satu set mainan tu kan banyak items. Set masak masak je pun dah ada pinggan la cawan la sudu la periuk la..taktau macam mana nak simpan. Last last semua sekali sy masukkan dalam satu bekas besar.
Takde masa nak pilih satu satu nak simpan ikut kategori.
Tapi jadinya semua jenis mainan akan bercampur, hilang dan rosak.
Kalau korang ada tips sila bagitau okey.

Balik kepada aktiviti boling.
Senang je. Jadikan permainan boling ni satu sesi pembelajaran.

Susunkan pin.
Minta anak balingkan bola.
Anak akan kita bilangan pin yang berjaya dijatuhkan.
Anak menulis mata yang diperolehi pada board.

Jadi dalam satu permainan ni ada banyak kemahiran.
Menyusun, mengira, menulis.
Senang kan?
^___^

No comments:

Post a Comment