Wednesday, January 7, 2015

aktiviti homeschool mama

assalamualaikum wbt *sambil labuhkan tudung*
hihihihi--okey joke. jangan marah ;p

dah janji nak share pasal homeschool kan.
so marilah kita berpenglipur lara di sini.

kenapa nak homeschool?
basically kami memilih homeschooling untuk membina bonding dengan anak-anak.
nak terlibat dalam perkembangan anak-anak.
nak encourage kemahiran, membina self esteem.

sebab bagi kami penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak-anak sangat la penting.
bukan menidakkan peranan sekolah, tetapi kami tidak meletakkan tugas mendidik anak-anak tu kepada pihak sekolah sahaja.

kami mahu menjadi ibu bapa yang kekal dalam memori manis zaman kecil dalam minda anak-anak.
dan mereka akan bercerita kepada anak cucu meraka "eh dulu atuk fathi dengan nenek jihan tu sukaaa ajak kami main tau.macam macam aktiviti kami buat. menconteng, mewarna, menulis, main games"

gituuuu la lebih kurang ;)

dan honestly, sy lebih ingat cikgu sekolah tadika yang buat pelbagai aktiviti dengan saya berbanding cikgu sekolah yang mengajar straightttttttttt.

duduk diam jangan bercakap.
dengar je.
tulis ni.
buat homework ni
tak siap denda -___- 
...
........
............
.........................
...................................

last last tiru homework kawan.heheh.

so bila nak homeschool kena ada silibus ke? nak ajar apa?
kalau kita google blog ibu-ibu yang buat homeschool di rumah, ada yang ada spesifik silibus, ada yang takde.

terpulang pada objektif kita sebenarnya.

untuk permulaan ini, sy tak meletakkan sebarang objektif yang skema sangattttt.
contohnya,
bulan ni mesti pandai baca.
bulan depan mesti pandai tulis.
bulan lagi satu mesti pandai teorem pythagoras. ops!

saya mahu develop skill anak-anak dulu.
menconteng, mewarna, belajar menulis, menggunting.
apa apa sahaja aktiviti yang melibatkan penggunaan deria, kemahiran tangan, mengikut arahan.

kan saya kata kami cuma nak membina bonding dengan anak-anak.
bukan nak anak yang masuk darjah satu nanti kena dapat nombor satu dalam kelas tau!

tapi sy cakap jugak kat encik suami, kalau boleh dalam tahun ni biar kakak damia boleh membaca. itu je :)

apa aktiviti homeschool?
sy masih blur macam mana nak susun aktiviti.
buat masa ni sy masih google apa aktiviti yang orang lain buat.
google juga templat yang boleh sy download dan print.
ingat balik aktiviti apa yang sy sukaaaaaaa sangat nak buat masa tadika dulu.

dan sy masih belajar mengendalikan homeschool ini :)

apa yang sy suka masa tadika?
hehehehhe.

1. buat kolaj

masa baru kenal gam, sy memang suka buat kolaj ni.
rasa macam seronok gila buat bentuk epal, bentuk daun masa tadika dulu.



tapi masa send gambar ni kat wassap adik beradik, sakan dorang gelakkan sy okey.
kata daun rupa macam handphone.
konghajo kannnnnn.
murka beta mendengarnya ;p

2. menulis ABC



setakat ni untuk aktiviti menulis sy guna buku ni je.
tapi untuk mengelakkan bosan, fleksibel kan aktiviti.
menulis di mana saja.
atas katil pun boleyyyyyy :)

3. mewarna guna warna air.

bosan kan kalau aktiviti mewarna asyik guna pencil colour jeee.
maka pelbagaikan aktiviti.
ajar guna berus pulak.
melatih anak menggunakan tangan.
fokus dan mewarna ikut ruang--jangan keluar kawasan.

encik suami melayan anak-anak mewarna.


hasil tangan farhah :)
 
 

hasil tangan kakak damia :)
 
 

warna yang lebih tu kita main cop cop jari.
fun activity :)
 

4. pukul telur

haaaa..jangan ingat 'belajar' tu macam kat sekolah je.
ingat apa jua sesi adalah pembelajaran anak-anak.
yang penting penglibatan kita masa aktiviti tu berjalan.



libatkan anak dalam aktiviti harian kita.
bagi peluang untuk mereka tolong.
memanglah kecah sikit.
kena sabar demi pembelajaran anak-anak kan :)

so mommies, kalau terasa nak mula berhomeschool dengan anak-anak, boleh la cuba empat aktiviti mudah ni dulu.

mana tau ada mommies sedang blogwalking cari idea tentang homeschool kan.
next time sy share apa lagi aktiviti yang sy dah buat dengan anak-anak ye :)

3 comments:

  1. Salam..sy tgh bcdg u bt hs ni..tjmpe ur blog..thnks 4 da tips..,in shaa allah akn cb follow..ad whtsapp/telegram or seangkatan dgnnya x?sy nk follow up.,nk mmta tnjk ajar.,,ap yg perlu dbuat..ni no sy 0129499244...klau xkbrtn mohon share ilmu...sy nk hs ank 4y n 2y,,,terima kasih

    ReplyDelete
  2. Wah menarik sangat.
    Best.. bagi idea untuk saya jugak nak buat aktiviti homeschooling.

    ReplyDelete
  3. Good job mommy. Teruskan usaha untuk homeschooling anak anak. Pls share more ideas.

    ReplyDelete