Friday, January 9, 2015

homeschool : nombor 1 - 20

dekat taska damia dah belajar banyak benda.

semua huruf dah kenal. huruf kecil, huruf besar, huruf jawi.

nombor pun dah kenal.

menulis je belum cantik.
membaca pun belum.

jadi boleh la mama skip aktiviti mengenal nombor.
terus mengira je.


templat comel ambik kat link ini.

print atas kertas warna sebab kanak-kanak memang suka warna warna ceria ni.

eh jangan kata anak..mak pun suka tau ;p


kira.

dan tampal nombor mengikut bilangan yang betul.


kejap je damia dh boleh siapkan.

sy tengok damia lebih suka nombor berbanding huruf.
dia suka mengira.
pernah juga ajar simple addition--kira guna jari.
kejap je dia boleh tangkap.

ehem.masa mengandung kan mak dia cikgu math ;p

homeschool : menggunting, menampal, mengenal bentuk, menulis

kesian damia tak pernah diberi peluang memegang gunting.
haha, biasala kita mak mak.
takut sangat kalau anak terluka kena benda tajam.
semua gunting pisau sorok jauh jauh taknak bagi anak main.

tapi kali ni sy dah mula dedahkan damia dengan gunting.
agak terlambat kot tapi bolehkan ajeeee :)

templat tak ingat ambik kat mana.
tapi rasanya sy google je kot.
biasanya sy google je bahan nak beraktiviti ni :)

sediakan template.


mulakan dengan bentuk yang paling mudah---square!

gunting.


bubuh gam di tepi tepi.


tampal!


tuliskan nama bentuk---square, triangle, star, circle.


yang si kecik belum boleh pegang gunting tu sy suruh dia buat aktiviti tampal tampal je :)

:)

Wednesday, January 7, 2015

aktiviti homeschool mama

assalamualaikum wbt *sambil labuhkan tudung*
hihihihi--okey joke. jangan marah ;p

dah janji nak share pasal homeschool kan.
so marilah kita berpenglipur lara di sini.

kenapa nak homeschool?
basically kami memilih homeschooling untuk membina bonding dengan anak-anak.
nak terlibat dalam perkembangan anak-anak.
nak encourage kemahiran, membina self esteem.

sebab bagi kami penglibatan ibu bapa dalam perkembangan anak-anak sangat la penting.
bukan menidakkan peranan sekolah, tetapi kami tidak meletakkan tugas mendidik anak-anak tu kepada pihak sekolah sahaja.

kami mahu menjadi ibu bapa yang kekal dalam memori manis zaman kecil dalam minda anak-anak.
dan mereka akan bercerita kepada anak cucu meraka "eh dulu atuk fathi dengan nenek jihan tu sukaaa ajak kami main tau.macam macam aktiviti kami buat. menconteng, mewarna, menulis, main games"

gituuuu la lebih kurang ;)

dan honestly, sy lebih ingat cikgu sekolah tadika yang buat pelbagai aktiviti dengan saya berbanding cikgu sekolah yang mengajar straightttttttttt.

duduk diam jangan bercakap.
dengar je.
tulis ni.
buat homework ni
tak siap denda -___- 
...
........
............
.........................
...................................

last last tiru homework kawan.heheh.

so bila nak homeschool kena ada silibus ke? nak ajar apa?
kalau kita google blog ibu-ibu yang buat homeschool di rumah, ada yang ada spesifik silibus, ada yang takde.

terpulang pada objektif kita sebenarnya.

untuk permulaan ini, sy tak meletakkan sebarang objektif yang skema sangattttt.
contohnya,
bulan ni mesti pandai baca.
bulan depan mesti pandai tulis.
bulan lagi satu mesti pandai teorem pythagoras. ops!

saya mahu develop skill anak-anak dulu.
menconteng, mewarna, belajar menulis, menggunting.
apa apa sahaja aktiviti yang melibatkan penggunaan deria, kemahiran tangan, mengikut arahan.

kan saya kata kami cuma nak membina bonding dengan anak-anak.
bukan nak anak yang masuk darjah satu nanti kena dapat nombor satu dalam kelas tau!

tapi sy cakap jugak kat encik suami, kalau boleh dalam tahun ni biar kakak damia boleh membaca. itu je :)

apa aktiviti homeschool?
sy masih blur macam mana nak susun aktiviti.
buat masa ni sy masih google apa aktiviti yang orang lain buat.
google juga templat yang boleh sy download dan print.
ingat balik aktiviti apa yang sy sukaaaaaaa sangat nak buat masa tadika dulu.

dan sy masih belajar mengendalikan homeschool ini :)

apa yang sy suka masa tadika?
hehehehhe.

1. buat kolaj

masa baru kenal gam, sy memang suka buat kolaj ni.
rasa macam seronok gila buat bentuk epal, bentuk daun masa tadika dulu.



tapi masa send gambar ni kat wassap adik beradik, sakan dorang gelakkan sy okey.
kata daun rupa macam handphone.
konghajo kannnnnn.
murka beta mendengarnya ;p

2. menulis ABC



setakat ni untuk aktiviti menulis sy guna buku ni je.
tapi untuk mengelakkan bosan, fleksibel kan aktiviti.
menulis di mana saja.
atas katil pun boleyyyyyy :)

3. mewarna guna warna air.

bosan kan kalau aktiviti mewarna asyik guna pencil colour jeee.
maka pelbagaikan aktiviti.
ajar guna berus pulak.
melatih anak menggunakan tangan.
fokus dan mewarna ikut ruang--jangan keluar kawasan.

encik suami melayan anak-anak mewarna.


hasil tangan farhah :)
 
 

hasil tangan kakak damia :)
 
 

warna yang lebih tu kita main cop cop jari.
fun activity :)
 

4. pukul telur

haaaa..jangan ingat 'belajar' tu macam kat sekolah je.
ingat apa jua sesi adalah pembelajaran anak-anak.
yang penting penglibatan kita masa aktiviti tu berjalan.



libatkan anak dalam aktiviti harian kita.
bagi peluang untuk mereka tolong.
memanglah kecah sikit.
kena sabar demi pembelajaran anak-anak kan :)

so mommies, kalau terasa nak mula berhomeschool dengan anak-anak, boleh la cuba empat aktiviti mudah ni dulu.

mana tau ada mommies sedang blogwalking cari idea tentang homeschool kan.
next time sy share apa lagi aktiviti yang sy dah buat dengan anak-anak ye :)

Sunday, January 4, 2015

haikal's outdoor playgroup

antara azam sy tahun ni ialah nak lebih banyak aktiviti dengan anak-anak.
damia akan masuk umur lima tahun september ni dan farhah akan masuk 3 tahun november 2015.

kami (read : sy dan suami) decide untuk tak masukkan damia sekolah formal lagi.
antara sebabnya tahun ni sy akan cuti bersalin tiga bulan..tak sure lagi nak pantang kat mana.
dan sy akan ada banyak masa dengan anak anak.

plus mahu menjadi parents yang tidak terikut-ikut untuk sekolahkan anak lebih awal, kami decide untuk homeschooling tahun ni.
ahaa, actually homeschool ni dah lama berjalan.
cuma tu la, kadang buat aktiviti, kadang biar macam tu je.
so tahun ni kena lebih aktif beraktiviti bersama anak-anak.
lebih bonding gituuuuu ;)
aktiviti homeschool kita cerita lain kali ye.

kali ni nak cerita pasal playgroup yang kami attend hari ni.
sy dan suami percaya anak-anak kecil akan belajar semasa bermain.
di bawah lima tahun, play based education jauhhh lebih berkesan dari strict education.

pendedahan kepada pelbagai kemahiran, anak-anak akan belajar menggunakan deria semasa beraktiviti, sementara ibu bapa boleh ambil masa untuk mengajar anak-anak untuk mematuhi arahan.

penglibatan ibu bapa juga akan menguatkan bonding dengan anak-anak.
ohooooo ini saaaaangat penting, terutama untuk parents yang selalu sibuk dengan kerja.
jangan lupa masa membesar anak-anak kita ni sekali je tau.

memangla secara kasar kita akan nampak macam "eh budak ni asyik mainnnn je."
"kalau asyik main je bila nak pandainya."
oh please..marilah kita mengubah mentaliti bahawa 'pandai' adalah dapat straight A dalam exam.
kita pun dah tau zaman sekarang ni punya ramai anak-anak dapat semua A masa exam tapi bila keluar dari universiti, langsung takleh buat kerja.

berada enam tahun dalam bidang pendidikan juga membuatkan sy sedar ada something wrong dalam sistem kita sekarang----sama ada sistem pendidikan mahupun sistem kekeluargaan (parenting skill) kita.
kebanyakan pelajar yang sy ajar tak boleh menyelesaikan masalah. bila dapat solving problem task, terus give up, malas nak buat even taknak mencuba pun.
sepanjang masa perlu disuap, asyik nak minta tambah markah bila exam dengan alasan "mak sy akan marah kalau markah rendah"
oh pleaseeeeeee la.kekadang penat mengadap students macam ni.
dan rasa marah gak dengan parents yang akan marah anak kalau tak dapat markah tinggi.
adoila..apalah makna markah tinggi atas kertas kalau itu cuma markah ehsan guru dan bukan ability sebenar anak-anak kita pun kan?

maka sy fikir kita semua perlu mengubah mentaliti terhadap anak yang pandai dan tak pandai, lebih involve dengan perkembangan anak-anak supaya kita dapat mengubah corak generasi akan datang.
generasi yang boleh survive walau dicampak ke mana sekalipun.
tak gitu?

eh okey. cikgu jihan dah melalut panjang.
sambung cerita playgroup.

sebenarnya sy dah lama follow blog adlil rajiah ni.
klik sini untuk baca.
kagum sebenarnya sebab seorang pelajar PHD sanggup meninggalkan pengajian demi anak yang sedang membesar.
dan sedang aktif dengan dunia parenting.
akhir tahun lepas jiji dah buat playgroup ni tiga kali, tapi masa tu tak dapat nak join.
bila tengok gambar-gambar dorang bermain, rasa cam teruja pulak nak join.

maka bila jiji bukak je sesi untuk tahun ni, sy cepat cepat daftarkan dua anak dara tu.
ambil sesi awal memandangkan lepas ni makyong nak menunggu hari pulak.
takut kalau ambil bulan februari atau mac, dah daftar tapi tak sempat nak join.heeee...

jom skrol apa aktiviti kami hari ni.

1. icebreaking

semua peserta kena datang depan, bagitau nama dan umur.
tetiba teruja tau bila damia boleh cakap "nama sy damia.umur empat tahun" guna microphone dan depan ramai ramai orang tanpa takut takut camtuuu---haha nampak tak kalau tak beraktiviti dengan anak-anak, kita pun taktau apa kebolehan anak kita.
mula mula malu

dah boleh pandang depan
tiba tang adik..ya ampunnnnnn..terus tak bercakap! haha.
farhah belum pandai bercakap depan public kot.
bagi dia peluang :)
senyappp je ;p

tapi dah berani pandang stranger. okey la kan ;)
kiranya aktiviti ni  boleh menaikkan self esteem anak-anak. berani ke hadapan dan bercakap depan orang ramai :)

2. brainstorming and singing

menyanyi nursery ryhme--acik jihan tak ingat lagu dia ;p
sambil menari.
untuk bagi anak-anak bersedia untuk bermain.
juga nak bagi anak-anak rasa selesa dengan persekitaran baru mereka waktu tu.


berkenalan dengan kawan-kawan baru :)


3. kinetic sand

permainan pertama yang kakak damia buat.
dalam pasir tu dorang letak guli, mutiara dan bunga kecil.


parents kena involve masa anak-anak bermain.
so oleh kerana kami daftar dua anak, encik suami kena la jaga farhah sementara sy jaga damia :)
masa ni encik suami dan farhah main benda lain dulu.

main pasir ni bagus untuk perkembangan motor skill dan sensory skill anak-anak.
jadi sy dengan damia main cari guli dalam pasir ni.lepas tu sy arahkan damia masukkan guli tu dalam bekas telur yang dinomborkan.
kalau sy kata masukkan dalam number 4, dia akan masukkan guli tu dalam petak 4.
sambil main, sambil belajar mengikut arahan.

then cari pula biji mutiara, masukkan dalam botol yang disediakan.
hanya biji mutiara je.
belajar grouping objek.

4. hair band and straw challenge.

ini station untuk hairband and straw challenge.
yang putih tu batang paip pvc. pastu disediakan banyak hair band dan bebola bulu bulu tu.

aktiviti yang boleh dilakukan, masukkan bola bulu bulu tu dalam batang paip pvc.
farhah suka yang ini :)
khusyuk je kan.




then kakak damia pulak main hairband.
regangkan dan masukkan susun pada batang paip tu.


lepas tu main straw, masukkan straw yang dah dipotong pendek pendek ke dalam seutas tali yang disediakan.
oleh kerana nampak macam senang, sy minta damia buat sequence pulak.
susun ikut warna.
hijau-merah-kuning.
hijau-merah-kuning.

 

boleh nampak ke damia tengah masukkan straw dalam benang?

5. clothes line and clothes pegs.

hehe, seumur hidup agaknya damia tak pernah main sepit baju ni kot ;p
kat rumah jemur baju guna hanger je.

dalam permainan ni, dorang sediakan sepit baju yang kayu tu dan baju,seluar,skirt kecik comel comel.


untuk melatih koordinasi tangan yang betul masa tekan dan lepaskan sepit baju tu.
boleh belajar menyusun----baju, baju, baju then seluar, seluar, seluar.

ataupun boleh susun baju dan skirt  macam ni.


 

actually dalam playgroup macam ni, ibu bapa kena berperanan dengan aktif untuk guide anak-anak.
bagi arahan dan guide anak untuk ikut arahan tersebut.
tak boleh la bagi lepas je anak main.
play based education mementingkan penglibatan ibu bapa.
terangkan macam mana nak buat, terangkan apa yang sedang anak-anak buat.
more time and communication with kids--acik jihan is sukaaaaa :)


tak sedar jam pun dah pukul 11 lebih.
kitorang diberi bekas berisi kapas dan biji kacang hijau.
buat eksperimen sains.

bawak balik dan buat observation dengan anak-anak.


ni eksperimen damia dan farhah.
berdoalah semoga biji kacang ini akan tumbuh dengan jayanya okeh.
hehehhe.

last sekali kami ada sesi refleksi, tanya perasaan anak-anak dan feedback dari parents.
ambil group photo sebelum balik.
konklusinya damia dan farhah sangat happy join playgroup ni.
damia dah asyik cakap kat sy nak repeat ke sini.
waduh waduhhhhh..tunggu mama habis pantang la gamaknya ye anak-anak.

lepas ni insyaAllah nak pegi yang water activity plak :)

ops, kalau korang nak join haikal's opg ni boleh la follow adlil rajiah kat fb.
add fren, kalau dia tak approve sila jangan salahkan sy ye ;p
dan yuran RM 55 tu rasa sangat berbaloi la dengan aktiviti yang ada.
plus dapat pulak goodie bag yang macam-macam ada dalam tu :)

oh ya, dan ada seorang cikgu yang memang belajar dalam bidang early childhood education, boleh tanya apa-apa je kat dia tentang pendidikan awal anak-anak ni.
berbaloi kan :)

so till then.
lain kali sy sharing is caring lagi yeeeeeeeeeeee :)