Monday, December 8, 2014

cuti cuti pengkalan balak

cuti sekolah bermula!
yeay maka entry pun berbaur cuti cuti malaysia :)
gitewww la kau kan--tak menyempat tarik napas dah sibuk pegi bercuti ;p

actually sy arrange satu percutian dengan kawan-kawan.
sorang kawan saya akan bertukar ke kuala selangor mulai januari ni.
bajet asalnya sy just ajak dia pegi shopping, atau hi tea je.
just nak spent masa sama-sama.
lepas ni tak tau bila lagi boleh berjumpa kannnn.

tapi kak masz suggest untuk pergi bercuti.
wau, ini sudah bagussss :)
makyong ni pantang diajak berjalan--sokmo gatal kaki yee ;p

plan asal nak ke PD je.
tapi makyong yang itu banyak pulak demandnyee..
nak chalet tepi pantai la pulakkk.
maka ke pengkalan balak la kita :)

actually sy tak pernah tau kewujudan tempat ni.
padahal dekatttttt sangat dah dengan matrik melaka nun.
haha, dasarrrr sangat walaupun setahun duduk kat matrik melaka kan.
yela..acik duk matrik jadi budak baikkk--study je bagi dapat 4-rata (baca 4 flat ;p ) dua dua semester kan.
mana sempat nak berjimba ria ke sini sana ni ;p

baca blog orang lain, call sana sini sebab chalet banyak penuhhhh.
maklomla coti skolah semua org nak coti kan kan..
tu pun sy cuma dapat 5 bilik je.
lagi dua bilik terpaksa sewa kat chalet lain.
jangan risauuuu..kat sini ada banyak chalet sepanjang menyusur pantai.

maka sabtu pertama cuti sekolah ke sini la kami.
7 keluarga--14 dewasa dan 14 kanak-kanak.
memang meriah! :)

ok kita mulakan dengan penginapan.
kami menginap di Seraya Pantai Chalet.
walking distance dengan pantai.

syok weiiii..nak mandi takyah renyah renyah cari tempat tukar baju.
semuanya tukar di bilik saja.
anak-anak lagiiiiii la suka.
tak cukup petang sabtu, ahad pagi pun mintak mandi laut lagiiii.

dapat bilik dengan tiga katil single macam ni.
lengkap aircond, tv.
satuuuuuu je takde.
water heater!
ayoyoyoyoyoyo..nasib baik la ni bercuti versi mandi pantai tak hingat.
bukan edisi honey buney moon ;p
maka ia tak menjadi masalah sangatlah!
tapi kalau berhajat nak honeymoon, sila la jangan ke sini.
gigil korang wei nak mandi kang takde heater ;p

harga bilik RM150.
ha ah, murah!
padanla penuhhhh memanjang.
sampai habis cuti sekolah dia dah fully booked tau.

 

kat chalet ni dia tak benarkan masak memasak.
jadi kalau anda anda berhajat nak buat BBQ dengan kawan-kawan, sila buat di tepi pantai.
tapi kami tak buat pun..
sebab ramai baby kecik, risau pulak kami nak bersuka sukaan di tepian pantai waktu malam.

more info tentang chalet ni, sila klik sini.
recommended untuk family day dan bercuti dalam kelompok ramai :)

 
jadi sabtu tengahari tu kami janji untuk berkumpul kat tepi pantai.
lebih kurang pukul 12 ke pukul 1, kami buat lunch secara potluck kat sini.
memang best!
makan makan ditemani desiran bayu laut.haha--ambik kau dah kena kenan laut.

anak-anak nampak laut je dah menggeletis.
tak dan nak makan dah..nak terus terjun laut je.
lepas tu masing masing pakat demam sebab mandi tengah tengah panas.hehe..






kami buat potluck sampai la ke maghrib.
malam tu aktiviti bebas.
masing-masing masuk bilik je terus terbongkang sebab dah letih mandi laut ;p

esoknya (ahad) kami breakfast tepi pantai je.
ala tak susah pun..kat sini banyak gerai jual sarapan.
beli je nasi lemak bungkus dan makan la beramai-ramai di tepi pantai.
nama pun bercuti dengan anak-anak kan.
anak-anak je yang syok mandi laut lebih lebih.
mak mak duk bergosip sakan.
maklumla..antara kami ni ada yang dah lama berpindah ke sekolah lain, baru ni berjumpa semula.

kira acara kali ni sebenarnya reunion dan farewell jugak laa :)
sampai ke tengahari, kami checkout dan berpecah mengikut destinasi masing-masing.

yang makyong tu sambung ke klebang cari coconut shake ;p

so itu je la versi percutian pendek kami kali ni.
next vacation pun dah ada ura uranya tau.
kemahennnnn kan cikgu cikgu kalau dapat berjalan :)

till then, selamat bercuti kawan-kawan :)

3 comments:

  1. sis, nak tny..pantai jauh ye dari bilik?

    ReplyDelete
  2. sis, nak tny..pantai jauh ye dari bilik?

    ReplyDelete
  3. x jauh..jalan kaki lima saat sampai.hihi

    ReplyDelete