Tuesday, December 16, 2014

cameron highland !!

cerita cameron highland pulak.

ayoyoyooooo..asyik berjalan je kan.
sampai kawan sy tegur memang suka berjalan ke?

hehe--sy ni tak dapat beli baju baru, takde tudung baru takpe.
tapi kalau tak dapat pegi berjalannnnnn....alamatnya meroyan tarik muncung panjang la sy kat rumah tu ;p

sy memang kaki berjalan.
dari kecik memang mak bapa sy suka ajak jalan..tido hotel katanya ;p
setiap kali cuti sekolah mesti pegi berjalan mana-mana biarpun dekat je.
tu yang sampai ke besar tabiat suka merayau tu melekat dalam diri.
aih nasib baik laaa encik suami pun suka pegi berjalan.
begitula..jodoh kan *tetiba*

sampai damia pun akan excited setiap kali sy kata nak pegi berjalan tido hotel ^___^

so kali ni kami buat group ke cameron highland.
haha--cameron je pun kecoh semalaysia kan.
macam laaa pegi paris. eh?

plan dengan adik beradik sy dah lama. sejak bulan 10 ke 11 macam tu.
tempah satu apartmen kat brinchang dan finally here we areeeeeeeeeeeee!!!!

tepek gambar sefamily sikit ^_____^



kami stay di sini.
crown imperial court.
betul betul atas petronas brinchang tu.
sy ni kekonon nak penginapan yang walking distance je ke pasar malam brinchang.
tau je la pasar malam tu sesakkkkkkk ya amattt.
malas nak drive dan cari tempat park kereta.
jalan kaki lagi bagus.
plusssss sy nak apartmen yang kepunyaan Muslim.




kisahnya dulu kami pernah naik cameron dan duduk kat tanah rata.
jauh la dari pasar malam, dan apartmen kepunyaan cha ya nun alif.
so macam ragu ragu je nak pakai segala pinggan mangkuk kan.

tapiiiiiiiii apartmen kami kali ni tak best mana pun.
agaknya sebab banyak sangat permintaan kat area sini, so keadaan apartmen pun so so je.
maka tak boleh la sy nak recommend kat korang semua.
tapi kalau korang jenis tak kisah nak duduk apartmen tak berapa nak cantik, yela, sepanjang masa berjalan sana sini, balik apartmen just nak tido je kan.
boleh la try google apartmen kawasan ni.

kami gerak dari KL hari sabtu pagi, dalam pukul 8.
ke kota damansara ambik adik ipar dan anak-anak buah adik sy.
lepas tu singgah R&R Sungai Buloh dan sarapan.
then direct naik cameron, ikut simpang pulai.

okey, makyong itu mabuk jalan.
nasib baik la anak-anak tido sepanjang jalan naik tu.
selamattttt la sy boleh lelapkan mata.

sampai cameron, masuk apartmen kejap, unload barang.
lepas tu terus cari makan sebab dah lapoooo gile.
makyong kalau lapar nanti dia bad mod.
baik bagi dia makan cepat-cepat ;p

*gambar makan takde sebab lapa sangat.haha*

lepas makan kami solat kejap kat masjid.
masa ni pun dah pukul 5 lebih kot.

gambar gedik di masjid.
muka happy sebab dah kenyang.haha.
 

then kami ke cactus valley.
weehooooo..bersinar sinar mata makyong tengok strawberry.
yela, sepanjang mengandung ni sy selalu sangat nak makan strawberry.
cicah cokelattt gitu. fefeeeling macam dato CT.kahkahkah.



lepak lepak makan aiskrim stroberi then kami gerak ke pasar malam.
hehe, akhirnya ke pasar malam naik kereta gak.
non hado nak jalan kaki okey.
dah alang alang kat luar kan..takdela nak balik apartmen pastu nak keluar balik.

kakak damia meroyan tengok bulu bulu ini.
semuaaaaaa dia nak.
nak topi kepala rabbit tu--nak sarung tangan warna warni.
tu pun dia nak beli sweater frozen tapi sy tak bagi.
tak boleh nak bagi semua..rasa membazir je sebab lepas ni bukan pakai punnn.
kita beli yang murah murah je ye ;p



kat pasar malam beli makanan, then balik apartmen.
*gambar dalam apartmen tak ambik--sy kata tak cantik kannn..hehe*

esoknya kami bersiap dalam pukul 9, adik adik sy keluar beli breakfast, then kami ke agrofarm.
kekonon dorang ni nak petik stroberi.
lorrr sy ingatkan dorang tau aktiviti petik petik strawberry ni biasa awal tahun, februari ke mac macam tu.
hujung hujung tahun ni bukan musim strawberry, so kebanyakan tempat memang tak boleh petik pun strawberry.
jadi kita lepak makan makan je la yeee.

strawberry coklat lagi. yey!
 

begitu tauuuuu..strawberry ni sangat membuatkan makyong teruja.
makan la puas puas ye adik baby..sementara ada ni.

then kami ke sg palas boh tea centre.
gigih mak yong itu memanjat bukit.
sampai atas terus mengah.
haha ;p

rabbit dengan abah.
sweater ni dah pakai masa first time sy naik cameron tahun 2010 dulu.
so saja nak ambik gambar ni sebab nak compare dengan gambar tahun 2010 tu.
rabbit dah besarrrrr ^___^


ni la gambar yang sy compare tu.
ingatkan nak duduk kat port yang sama gak.
sekali port tu dah ada orang.
takpela -__-


 

makan nasi lemak, mushroom soup, minum teh.
aah, told youuu--makyong kalau lapar dia badmood.haha.

 

adik sy dengan wife dan baby hamzah :)
 



group photo sketttt :)
ni la group bercuti sy kali ni.
meriah dengan budak budak je.


jam pun dah hampir pukul 2.
kami pun decide nak turun je la.
kekonon sy teringin nak ke ladang lavender yang baru tu.
tapi fikir balik, takpela, sekadar nak tengok je tak payah.
lagipun sy ni bukan pencinta bunga sangatttt pun.kahkah.
plus tempat tu pack sangat dengan tourist.
susah nak parking, maka tak payah la pegi.

so turun ke simpang pulai, makan kat megoplex medan gopeng dan kami berpecah.
sy balik rumah MIL kat simpang pulai.
adik adik sy ada yang balik KL, ada yang balik johor terus.

dan tamatlah cerita percutian singkat kami kali ni.

next ke mana kita?
haha ^__________________^


dasar!






No comments:

Post a Comment