Thursday, December 11, 2014

5th anniversary :)

11 disember 2009 - 11 disember 2014.
alhamdulillah..hari ni anniverary sy dan encik suami yang kelima.

ayat cliche--kejap je masa berlalu kan.
kuikuikuikui..
alahai..apa ada dengan celebration yang sehari ini.

yang terpaling paling penting ialah kerjasama sepanjang tahun sepanjang berumahtangga kan.
si dia yang rajin tolong saya.
mandikan anak-anak setiap petang memang tugasan dia.
masukkan baju dalam mesin dan sidai pun tugasan tetap dia.
tolong uruskan dan hantar anak anak setiap pagi sebab sy keluar lebih awal.

kalau nak list kat sini, dah macam macam dia sacrifice untuk sy.
terima kasih hubby ^_______^

so sempena anniversary dengan ini sy umumkan seluruh selangor akan dapat cuti umum hari ni.
eh eh eh ;p
haha, kebetulan tarikh pernikahan kami sama dengan birthday sultan selangor.
dan kami sama-sama kerja di selangor.
maka setiap kali anniversary adalah cuti umum. yeay!

jadi sempena cuti hari ini marilah kita berjalan-jalan menghilangkan bosan setelah hampir seminggu memerap kat rumah.
haha, belum sampai seminggu fully duduk rumah dah bosan.
macam mana la ko nak berangan nak jadi full time housewife cik jihan oiii ;p

nah belanja gambar makyong masuk 29 weeks ini.
besar tak perut?
ramai tegur kecik je.
berat pun baru naik 6kg.

 
actually hari tu dah naik sampai 8kg, sekali minggu lepas sy demam 4 hari, maka berat turun 2kg.
jadi setakat ni average kenaikan baru 6kg.
dengan dah masuk trimester ketiga ni selera makan dah kurang sangat sangat.
setiap hari sokmo taktau nak makan apa -__-
takpela adik baby--mama doakan kamu sihat sihat je dalam perut.
takpayah la naik berat banyak sangat.
supaya senang mama nak slim semula lepas bersalin ye ;p

eh jauhnyaaa melalut.
ok sambung cerita anniversary.
hari ni ajak anak-anak ke ioi mall.
kesian dorang duk menyebut asyik nak naik kuda je.
baiklah hanak hanak. marila mama tunaikan permintaan korang.
sayang sikit! muah!

tapi sebelum tu kita makan dulu la ye.
isi minyak pape yang patut supaya ada tenaga nak pusing pusing mall ;p
 
 makyong makan kueyteow goreng aje. tu pun tak habis encik suami kena tolong habiskan.

 

ok dah.
sudah makan marilah kita terjah kuda marry go round ini.
sekali naik RM4 rasanya.
lama dah bebudak ni tak naik.
kalau tak tu tiap minggu memang acara wajib la naik kuda ajaib ni.
 

dah sudah naik kuda, mulanya bercadang nak ajak bebudak ni tengok wayang.
saja nak isi masa lapang taktau nak buat apa.
tengok iklan macam ada cerita kartun penguin tu kan.
tapi encik suami macam tak kompiden je nak bawak bebudak masuk wayang.
kot meragam kang potong stim je nak layan wayang.

maka plan seterusnya ialah main indoor playground.

reka zone ni dalam ioi mall je.
dah lama usha tempat ni tapi ingatkan untuk budak besar je.
sebab tengok dari luar dia ada main panjat tinggi tinggi.
sekali rupanya anak anak kecik pun boleh je masuk.
mak ayah siap tertido tido dalam tu menunggu anak anak siap main.

ops, nak masuk kena la bayar.
plus kena pakai stoking.
kalau tak bawak stoking sila la bertabah dan membeli stoking baru di kaunter tersebut. haha.
tiket masuk, sila refer gambar di bawah okey :)

 

mula-mula masuk farhah takut je nak main.
sokmo duk mengendeng kat abah.
paut je kaki abah.
dah lelama tu okey je.
seronok main ball banyak banyak :)
 

 banyak juga mainan dalam ni.
tapi mainan biasa je la.
gelongsor..bola bola api--eh bola bola kecik.
boleh main rumah rumah kalau ada geng.
ada tempat nak lompat lompat.

keseluruhan kawasan pun pasang alas lembut tu.
so takdela risau anak jatuh dan sakit kan :)





lebih dua jam jugak kami dalam tu.
sampai sy pun dah naik mengantuk nak tunggu dorang puas main.
tu pun tak puas puas gak.
tapi memandangkan belum solat zohor semua, maka sila la keluar ye anak-anak.
lain kali mama ajak datang lagi.

dah sudah solat, anak anak dah mengantuk.
sorang dah tido dalam stroller, sorang tido dalam dukungan abah.
so plan nak balik rumah.

sekali dalam kereta kakak damia terjaga dan taknak balik pulak.
dah sudahhhhh ko kenapa kak?
jadinya kami balik rumah kejap, ambik basikal dan bawak anak-anak ke dataran putrajaya.
gituuuuu tau.
hari ni memang hari melayan anak-anak je la.


tapi kejap je kat putrajaya sebab dah mula hujan rintik rintik.
dalam pukul 6 petang kami pun gerak balik.
tengok mood akak pun dah okey, dah dapat main puas-puas, so boleh la balik rumah ;p

yeay maka tamatla cerita anniversary kami.
hingga berjumpa lagi di anniversary akan datang.hehe.

kepada encik suami,
terima kasih untuk segalanya.
segala pengorbanan, kesetiaan, susah senang yang dilalui sepanjang lima tahun ini (sebenarnya dah couple 10 tahun ;p )
terima kasih atas segala kepercayaan, kasih sayang dan perhatian.
tak tau nak ungkap macam mana yang syg betul betul rasa bertuah dijodohkan dengan b sepanjang tempoh perkahwinan ini :)
semoga perkahwinan kita kekal bahagia sampai ke syurga.
sambung lagi hidup bersama selamanya di sana.

dan semoga biar 20 tahun akan datang sekalipun, b takkan jadi macam laki si mah yang nak kena sumpah tu.
eh eh?
;p

happy anniversary sayanggggg :)
i love u.


No comments:

Post a Comment