Monday, November 3, 2014

detail scan @ klinik aisha

assalamualaikum wbt.

hai mommies :)

okey, seperti yang dijanjikan dalam entry lepas.
lepas survey punya survey punya survey, saya dapat tahu klinik aisha ni menyediakan perkhidmatan detain scan.
doktor perempuan muslimah yang sangat keibuan.
tq my bff azimah for the info :)

so sabtu lepas kami terjah la klinik ni.
patutnya kena buat appoinment tapi sepanjang minggu call tak dapat dapat.
tiba tiba pulak sabtu pagi tu saya saja je try call lagi.
eh dapat pulak.
tanya petugas klinik yang jawab call sy tu, dia kata boleh je nak walk in hari tu sebab orang tak ramai.
oh ya, sabtu pun dia bukak sampai pukul 1pm tau.

maka yeay!
ke bangi la kitaaaaaaaa :)

banyak gambar sebenarnya..tapi tak larat nak upload masuk semua.
simpan dalam cd je la yeh ;p

check heartbeat

backbone


tangan tutup muka

kaki kiri, kaki kanan

kepala

hati, diafragma, peparu

plasenta

saya tak reti sangat nak tengok gambar gambar ni.
tapi saya dengar la setiap explanation doktor tu.
memang best!

check jantung--cukup 4 chamber ke tak.
takde percampuran darah (sy assume dara beroksigen dan terdeoksigen kot)
maklomla dulu kelas biologi selalu tido.
ambik spm pun baca bio tak habis.
maka sila la redha dapat gred C5.
haha, habis cacat result spm.
satu subjek tu je la sangkut C.
eh eh apa pulak melalut masuk result spm nih?

ok sambung bab check baby :)
doktor kata insyaAllah takde jantung berlubang.
check ginjal ok..
check saraf--insyaAllah semua normal, takde terkeluar kat leher atau kat tulang belakang.

check kepala, bahagian hidung dan mulut insyaAllah takde cleft palate.
semua normal.
takde sumbing, bibir dah terbentuk elok dah.
plasenta okey, air ketuban ok.
banyak lagi la yang dia check.
scan pun lama..dalam 30 ke 60 minit camtu.

alhamdulillah alhamdulillah..
setakat scan tu doktor tak jumpa sebarang abnormality.
semuanya baik baik saja mengikut perkembangan yang sepatutnya :)

dan jantina............................

doktor tanya kat damia "kakak nak baby apa?"
laju je kakak damia jawab "nak baby perempuan ;p "
hehe, damia memang nak baby girl since dia ada dua sepupu lelaki.
belah encik suami ada baby lelaki, belah saya pun baby lelaki baru lahir julai lepas.
so damia rasa macammmmm eh baby boy kan dah ada.
nak baby perempuan pulak.
gituuuuuuuuuuu :)

 
i tengok jantina--tapi sy tak reti tengok.haha
sekali doktor kata "pandai kakak teka"
memang baby girl.
siap doktor boleh check bahagian klitoris baby.
so insyaAllah confirm, mama jihan akan dapat sorang lagi powerpuff girl!

syok kan detail scan ni :)

so kepada mommies yang nak buat detail scan kat sini, ni sy bagi alamatnya.

KLINIK AISHA,
NO 60 GROUND FLOOR,
JALAN 7/7B
SEKSYEN 7
BANDAR BARU BANGI.

call : 03 89122663

kliniknya sebelah dengan speedmart.
harga detail scan RM 70 tanpa CD dan RM 90 dengan CD.
boleh la pilih nak yang mana.
ada jugak dia printkan beberapa keping gambar :)

till then, jumpa lagi :)