Sunday, October 19, 2014

zoo negara!

minggu 21.
alhamdulillah..mama makin sihat :)
kebanyakan masa dah rasa cergas.
tapi ada jugak hari hari yang masih muntah.
especially kalau badan dah penat sangat menjelang hujung minggu.

actually lama dah janji dengan kakak damia nak pegi tengok binatang.
damia pun asyik tuntut je.
tapi sejak lepas raya hari tu weekend mama memang busy.
sibuk kena ganti sekolah setiap sabtu sebab deepavali nak ambik cuti seminggu.
tak sempat la nak pegi zoo hari ahad.
nanti tak sempat rehat isnin dah kena ke sekolah semula.

so tunggu punya tunggu..dapat jugak tunaikan janji sabtu lepas.
sabtu pertama cuti seminggu untuk deepavali.
yeay!

kemahen seronok kakak damia.
pagi-pagi dah rela bangun, mandi.
pegi sarapan kat mamak area rumah je, pastu terus gerak ke ampang.

layannnnn gambar jela ye :)

here we come!!


muka kakak cuak tengok zirafah yang tinggi


taman butterfly
gajah

harimau

cipanzi

orang utan
safari

tak banyak pun ambik gambar sebab sibuk layan soalan kakak damia.
excited sungguh dia.
siap ada list lepas ni nak tengok apa..lepas ni nak tengok apa..
gajah makan apa..singa makan apa..harimau makan apa..

mana badak sumbu, mana badak air, mana penguin.
uihhh dah macam lawatan budak sekolah ke zoo pulak ;p

so far memang seronok sebab bawak anak kecik.
kalau mama dengan encik suami je pegi memang tak seronok la.
haha :)

oh lupa..harga tiket RM30 seorang untuk dewasa.
kanak-kanak empat tahun ke atas RM10.
tu tiket biasa..
kalau nak tengok cik panda tu kena tambah extra sorang RM20.
tapi kami tak pegi tengok panda punnnnnn ;p
rasa tak berbaloi RM20 semata untuk si panda tu je.
(ha ahhhhh..memag tak patriotik punnnn)
dah banyak kot duit kita kerajaan ambik.opps!
dan memang dari awal sy rasa projek panda ni projek ntah papeeeeee la.
no offence---pandangan sy je ;p

apa pun seharian kat zoo memang penat.
lelagi makyongg ni kan.
nasib baik la banyak tempat duduk untuk berehat.
tu pun kami dah bawak 3 botol air tau.
habisssss semua--anak-anak kejap kejap mintak air.

masuk zoo dalam kul 11, keluar balik dalam pukul 2.
tak tunggu pun show anjing laut tu.
show tu pukul 11 dan pukul 3.
malas nak tunggu..hehe.


No comments:

Post a Comment