Saturday, October 4, 2014

financial milestones you should achieve by 30!


Tahun depan acik dah 30!
Lap peluh..lap peluh..

Kejap je masa berlalu.
Pastu ternampak pulak kawan kawan share ni kat fb.
Macam menarik je..macam menarik je..

so let's review!

1. Financially independent - alhamdulillah..sejak kerja memang dah takde nak minta duit parents dah. minta duit encik suami je in case duit habis dalam tangan dan malas nak ke atm. aci la kan..nama pun suami kiteee ;p


2. Good credit history - alhamdulillah..hutang ada cuma rumah. Bayar memang on time. Even memang awalkan dia. Patutnya kena bayar rumah setiap 25hb..tapi 25hb baru nak gaji kan..so memang bayar sebulan awal. 

ha macam mana tu?
dulu saya start bayar rumah Mei 2012. tapi bulan april lagi sy dah asingkan duit untuk bayar rumah. so gaji mei tu untuk allocation bayar jun. gaji jun buat bayar bulan julai. dan seterusnya.

So memang tak pernah lewat bayar langsung :)


3. Kick starting your retirement savings - err err..kalau ambik skim pencen boleh kira tak? saya kan goverment servant tetap dan berpencen (walaupun ada hati nak resign..kehkehkeh)

Oh lagi satu ambik plan takaful yang utk saving. Kalau tak jadi pape insyaAllah masa umur 55/56 tu boleh dapat dalam 90k+.

Tapi alah..masa tu 90k tu apa la sangat kan..
Hmmm..nak kena cari plan lain ni..tapi tu la..dalam kepala duk asyik fikir dana pendidikan tinggi anak-anak pulak..

plan nak simpan emas juga--kena tunggu simpanan kecemasan sy cukup---sikiiiiiit je lagi ye ;p

So kesimpulannya belum mantap lagi.adala sikit sikit ;)

4. Becoming an investor - investor lunatots kira tak? 

hehe, belum lagiiii la.hari tu ada gak survey nak invest kat public mutual. tapi belum yakin lagi nak buat langkah pertama.
eh simpanan kat tabung haji kira investment la jugak kan..cuma untung tak banyak je ;p

5. Establish emergency fund - hari tu dah usik sikit masa nak invest kat lunatots..tapi takpe, sebab agreement dengan lunatots tu bila bila masa boleh keluarkan semula duit. 

tapi stilllllll..sy sedang berusaha dengan gigih untuk topup semula emergency fund itu :)

6. Adequately insured - alhamdulillah dah ambik takaful sejak umur 23tahun. suami dan anak-anak pun semua dah ada dahhhh :)

7. Having a budget - eh ini mestiiiiiii. setiap bulan saya akan tulis wishlist apa nak beli. belum gaji dah buat dah :) saya catat juga semua perbelanjaan yang saya buat. jadi saya tahu ke mana wang saya :)

8. Know your net worth - hewhew..bunyi macam baaaaaanyak harta je. haha, sy takde apa-apa pun. kira-kira saya simple je. akaun bank ada public bank, cimb bank, tabung haji. aset ada rumah je. hutang pun ada rumah je. 

9. Understand personal income tax - yang ni saya taktau. kalau ikutkan kerani akan buat potongan cukai berjadual kan. tapi saya punya takde potong lagi. ke sebab saya buat potongan zakat banyak? sebab saya memang sengaja lebihkan bayaran zakat tu. malas nak isi borang setiap tahun. maklumla kenaikan gaji tahunan boleh tahan banyak jugak. 

tapi untuk cukai ni sy dah bukak la fail LHDN bagai bagai tu.
nanti nak kena tanya kerani balik la. asyik lupaaaaa je ;p

10. Buying a property - errrrr dia kata 'a property'..maksudnya satu pun cukupla kan?
kihkihkih..sy ada rumah cinonet tu je la.atas nama sy.muka rumah dan bayaran bulanan saya bayar sendiri taknak share dengan encik suami.

dengan pesanan kepada encik suami "b..kalaula (kalaula ye..tak mintak pun..nauzubillahhhhh) satu hari nanti u tetiba nak tinggalkan i dan pergi kepada perempuan lain, maka sila la keluar dari rumah ni ye. rumah ni i punya. bukan harta sepencarian since i yang bayar semuanya dari awal. so u pergila sehelai sepinggang kepada perempuan tersebut ye"

hehe, jahat tak?
bukan apa, saya sedang menyediakan diri untuk keadaan paaaaaaling worst.
kalaupun sy ditinggalkan, saya dan anak-anak ada tempat berteduh. saya taknak berebut sana berebut sini. lalui segala macam prosedur yang makan bertahun tahun.

eh tapi sy tetap mendoakan rumahtangga sy aman bahagia berkekalan sehingga ke syurga. semoga encik suami akan tetap sayangkan saya dan mahu bersama saya sampai bila-bila :)

ok done!
so far alhamdulillahhhhhh..saya bersyukur dengan apa yang ada.
di usia nak masuk 30 ni, anak pun nak masuk 3 orang.
suami yang baik dan penyayang lagi bertanggungjawab.
kewangan yang selesa.

i don't ask more.
cuma sy doa semoga Allah redha perjalanan hidup saya.
dan pengakhirannya akan ke syurga.

itu je :)

No comments:

Post a Comment