Tuesday, October 28, 2014

Detail scan di mana?

Salam n haiiiiiii....

Mama dah 22 weeks++.

Terasa kejap la pulak.
Duk google (yeah, sy memang ratu google) jumpa pulak pasal detail scan.

Apa detail scan ni?
Biasanya buat minggu 20-24.
Nak check secara details adakah baby dalam perut ni membesar dengan sihat bak juara :)
Tetiba cam kagum ehhhh..dulu tak tau pun ada cmni.
Ke mama yg ketinggalan zaman.
Hehe.

Zaman damia dan farhah memang tak buat la.
Even 3d/4d scan pun tak pernah buat.
Setakat suka suka nak tengok idung ikut sapa..mata ikut sapa..baby tengah buat apa..saya rasa membazir je.

Eh ni pendapat saya je tau. No offence.

Nak cakap sebenarnya nilai ratus ratus utk 3d/4d scan tu agak mahal bagi saya.
Korang yang berkemampuan tu kalau nak buat 3d/4d eh sekarang ada 5d scan tu sila la buat :)

Tapi bila tau pasal detail scan ni rasa cam eh eh teruja pulak.
Just nak check blood circulation ok ke tak.
Check organ.
Check jantung.
Detail scan ni scan 2d biasa je tapi dia akan check mendalam la.
Semua dia akan ukur.
Scan je pun akan ambik masa setengah jam camtu.

Tu yang macam teruja nak buat.
Bukan la nak mintak..tapi kot la ada apa apa abnormality, kita boleh bersedia fizikal dan mental kannnnnn..

Tapi satu yang menjadi concern sy ialah kat mana la nak buat detail scan ni.
Rata rata yang sy google ada sorang sonografer ni yang bertugas di beberapa tempat.
Memang femes la di sekitar lembah klang ni sebab dorang kata dia baik..dia akan explain dengan telitinya..akan sabar pujuk baby dan pendek kata memang puas hati la servis dia.

Cuma satuuuuuuuu je jadi masalah.
Dia bukan islam.
Ops ops ops..
Terus saya macam errrr...taknak la.

Ok please jgn judge sy okey.
Tapi sebagai seorang ibu islam..suka sy nak ingatkan kawan kawan akan batasan aurat kita dengan bukan islam.
Dari zaman sekolah dulu sy belajar aurat wanita islam dengan bukan islam sama dengan aurat kita dengan lelaki ajnabi.

Bila sy baca efatwa pun..dia cakap benda yg sama.
Basically mazhab syafie berpegang pada pegangan ini.
Cuma ada sebahagian ulama membolehkan buka aurat depan wanita bukan islam (yang boleh dipercayai) dalam perkara yang mengharuskan--tapi tu pun masih tertakluk kepada batas tertentu.
Cuma boleh nampak bahagian rambut, leher, lengan, kaki..bahagian yang biasa dilihat je.

Lagipun pada sy detail scan ni takdela sampai jadi perkara yang tidak boleh tidak kan.
Tak buat pun takpe.

Ingat ibu ibu.
Pendidikan anak anak bermula dari alam rahim.
Bagaimana perlakuan kita masa mengandung ni akan mempengaruhi akhlak anak kita nanti.
Jangan ambil mudah tau :)
Segala checkup, scan ke..yang merupakan pilihan kita--bukan keadaan darurat, pergilah kepada doktor wanita yang islam.
Jaga aurat kita sebaiknya.

Hmmmmmmm...so macam mana?
Sy dan suami masih mencari tempat yang boleh buat detail scan---dengan syarat sonografer islam dan wanita.

Kalau jumpa nanti sy update kat sini la ye.
Kalau tak update maksudnya sy tak jumpa dan sy tak buat la tu :)

Takpela..kalau tak dapat buat pun mama doakan baby dalam perut sentiasa dalam keadaan sihat walafiat..
Sempurna..
Dan sampai masanya akan keluar dengan selamat.

Amiiiinnnn :)

No comments:

Post a Comment