Saturday, September 6, 2014

new project

lama tak update :)
makyong sudah masuk 15 weeks.
alhamdulillah..morning sickness dah kurang banyak walaupun ada masanya masih uwek uwek.
oh kali ni morning sickness agak teruk.
puasa pun kantoi 12 hari :(

ok. lain kali cerita pasal pregnancy ye.
kali ni cuma nak cerita pasal projek baruuuuuu........

wahhhh..macam gempak je projek baru mama jihan.
apa benda la tu ye?

yeyeahhhhhhhhhhhhhh..mama jihan jadi investor untuk cawangan lunatots yang ke-lapan :)

pertama kali nampak cik sue update status yang dia mencari investor untuk lunatots shah alam, sy cepat-cepat tag encik suami.
macam menarik je..macam menarik je.

maka kami pun buat appoinment nak jumpa cik sue supaya boleh dengar sendiri macam mana projek ini dijalankan.
susah nak cari masa nak jumpa memandangkan masa tu jadual lepas raya agak pack.
tu pun kami jumpa cik sue 23 ogos, lepas sy sekolah ganti.
padahal petang tu cousin encik suami bertunang kat bukit antarabangsa KL.
memang gigih la pagi tu kat PJ, tengah hari kat cheras dan petang sampai malam ke KL.
balik terus pengsan! haha :)

saya kenal cik sue dah lama.
kira kipas-susah-mati la ni ;p
dulu masa mula menyusukan damia sy memang tersentuh gila baca entry dia dalam diyaluna.com (sekarang lunafamily.com) tentang 'mengapa saya menyusukan'
pastu sy khatam semua entry dalam blog dia.
hehe, nampak tak gigihnya saya? ;p

pertama kali jumpa masa gathering sarakids tahun 2011 kat DARC (entry di sini)
pastu pernah jugak ke kelas cloth diapers.
dan sy memang kagum dengan dia :)

ok ok..balik dengan cerita investor.
mula-mula tu sy macam separuh separuh hati lagi nak invest ke tak.
tapi encik suami kata kita dengarla dulu apa yang kaksue nak terangkan.
then okeyyyy, kita dengar je la ye :)

jumpa je cik sue, perkara pertama dia beritahu kami begini.
"kaksue ada pegi satu kelas bisnes..penceramah tu kata kita ni nak berjaya, tapi kita lawan Allah.
masa tu kami semua blur. then penceramah tu terangkan la..bila kita buat bisnes dan kita buat bank loan, tu tandanya kita lawan Allah la. sebab kita terlibat dengan riba"

terus sy macam terpaku.
betul la..kita takkan berjaya kalau kita lawan Allah.
dan dosa riba ni disebut terang terang dalam quran.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhoyong-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. [Al- Baqarah ayat 275]

lepas tu ciksue pun terangkan macam mana sistem investor, apa yang akan kami dapat, projek ni selama berapa lama dan macam macam lagi la.
kagum tauuuu..memang ramai kawan ciksue jadi investor. ada tu tak tanya pun apa keuntungan yang akan mereka dapat.
tanpa tengok pembentangan projek, tanpa sign agreement, terus je transfer duit.
bagus kan :)

ciksue kata tak kisah la sy ni nak jadi sleeping partner ke..nak join bagi pendapat utk kedai ke..memana pun boleh.
sy plak terfikir macam nak bertapa kat kedai gak untuk belajar macam mana nak handle kedai ni.
mana tau ada rezeki bukak kedai sendiri kannnnnnnnnnn :)

maka lepas tu kami decide untuk jadi investor, sign agreement dan isninnya kami transfer duit :)

actually perkara terpenting yang sy fikirkan masa buat keputusan ni ialah sebab nak membantu usahawan melayu Islam untuk mengembangkan perniagaan tanpa terlibat dengan riba.
saya fikir kalau bukan kita yang tolong, siapa pula yang akan tolong kan :)
hari sign agreement :)

maka 1 september lepas, lunatots shah alam berjaya dibuka dengan rasminya.

1 september 2014 :)

alhamdulillah..rasa macam bukak kedai sendiri padahal investor je pun.heheh ;p

dan sampai sekarang masih terngiang-ngiang kat telinga.

KITA TAKKAN BERJAYA KALAU KITA LAWAN ALLAH!
  



No comments:

Post a Comment