Friday, September 26, 2014

Bebas hutang?

*entry ini bukanlah entry menunjuk-nunjuk. Ini sekadar perkongsian kecil dari saya dan sedikit panduan untuk adik adik yang baru nak mula hidup. Beringat sebelum kena. If u fail to plan then u plan to fail*

http://www.mohdzulkifli.com/2011/08/7-strategi-saya-bebas-dari-hutang.html

Setiap kali baca artikel tentang kewangan di blog mohdzulkifli.com ini, saya rasa saaaaaaaangat motivated.

Inilah pegangan saya sebenarnya.
Hidup bawah kemampuan, nampak macam tak bergaya, tapi dalam bank ada sumber duit yang membolehkan saya tidur lena :)

Perancangan kewangan perlu bermula seawal bulan pertama kita bekerja.
Yes, saya mula dari awal.

Bulan bulan pertama bekerja, saya tahan diri untuk tidak beli kereta.
Masa tu memang plan nak kahwin setahun selepas kerja.
Jadi saya naik motor pegi sekolah (motor beli guna duit biasiswa masa kat u-modenas kriss tahun 2005-sy mula kerja akhir 2008)

Setiap bulan saya akan asingkan RM 1000 khas untuk dana kahwin.
Saya aim untuk tidak mahu berhutang untuk kahwin.
No personal loan.
Alhamdulillah, dapat juga berkahwin tanpa hutang dan sediakan sedikit duit untuk masuk rumah bersama(masa tu sewa lagi lepas kahwin)

3 bulan sebelum kahwin baru kami beli kereta.
Loan encik suami.
Tu pun memadai dengan kereta viva sahaja.

Lepas kahwin, sy menyimpan lagi.
Dah kawin tak boleh la nak simpan banyak sangat, komitmen dah bertambah, berulang jauh kajang-pj setiap hari.
Dapat anak cepat,lepas 9 bulan kahwin terus ada anak :)

Hujung 2011, saya beli rumah pula.jun 2012 kami masuk rumah tak berapa nak baru.hehe.
Duit muka rumah dan bayaran fees peguam semua sepenuhnya menggunakan tunai.
Sekali lagi, tiada personal loan untuk bayar muka rumah.
Pilih rumah yang mampu bayar, saya tak pentingkan rumah atas tanah di kawasan lembah klang ni.
Bagi saya, takpe pilih rumah atas awan asalkan bayaran bulanan masih boleh buat saya bayar dengan tenang.

Prinsip saya-jangan habiskan komitmen dengan apa yang kita mahu..sebab mahu jugak rumah atas tanah, sanggup buat loan untuk bayar muka, sanggup nak bayar nilai bulanan yang tinggi-itu seksa.
Sebab esok esok kita takkan tahu komitmen apa pula yang akan datang.

Renovate rumah-alhamdulillah kebetulan masa tu boleh keluarkan duit kwsp since saya pilih skim pencen.
Sungguh, saya tak rasa satu sen pun duit kwsp masa tu.
Tiada shopping baju, shopping handbag, shopping tudung untuk diri sendiri.
Semuanya saya laburkan untuk renovate rumah sahaja.
Itu pun sebenarnya kalau ikut nafsu, masih banyak yang nak direnovate.
Tapi macam biasa, prinsip saya untuk katakan tidak kepada personal loan.

Jadi rumah kami seadanya.
Tiada astro.
Masih dengan sofa RM 900 beli 5tahun lepas masa nak kawin.
Masih dengan kabinet tv tak sampai RM 100 beli sekali dengan sofa tu.

Maka sehingga ke hari ini, saya masih begini.
Hidup gembira dengan loan rumah sahaja.
Tiada kad kredit--tak pernah apply pun seumur hidup.
Tiada personal loan--pun tak pernah apply.
Walaupun orang kata syokla kerja government, senang nak buat loan ;p
Hehe, bagi saya hutang ni beban.
Bukan bonus punnnnn.
Lebih baik elakkan.
Dan hidup dengan apa yang ada.

Bila nak shopping, bayar tunai.
Kalau takde duit tunai sila la menyimpan baru beli apa yang diinginkan.
Saya sendiri jarang shopping untuk diri sendiri.

Baju baju kurung, baju raya masa form 4 dulu pun masih saya pakai sampai ke hari ini ;)
Tudung biasa biasa..tiada fesyen fesyen semasa.
Handbag biasa biasa..satu handbag pakai sampai lunyai..dah rosak baru beli baru.

Biar nampak tak bergaya, asalkan saya gembira sebab saya tahu setiap bulan, allocation untuk simpanan saya lebih dari 10% gaji saya.

Dan saya tak rasa terbeban dengan kewangan.
Tiada sumber kewangan kedua setakat ini.
Bukan apa, menjadi seorang guru di zaman ini bagi saya sudah cukup stres.
Saya tak mahu menambahkan stres dengan membuat kerja lain.

Masa lapang yang ada, lepas waktu kerja, waktu malam, waktu cuti sekolah adalah masa saya untuk release stres dengan anak-anak :)

Hidup sederhana dan bahagia--itu pilihan saya :)

5 comments:

  1. Asslaamualaikum..
    Saya setuju kak..
    Sy pun cikgu jgk..beli keta slps 2 thn bekerja..
    Takdak personal loan..
    Duit yg aca simpan utk kawen n masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.
      bagus..bagus..selagi belum ada komitmen rumahtangga ni simpan la duit sebanyak yang boleh.banyak nak guna duit masa kawin n lepas kawin nanti..
      :)

      Delete
  2. Sangat memberi inspirasi. Salute. Saya kurang bijak dahulu yan. InsyaAllah cuba untuk fikir masih belum terlambat dan ubah kehidupan yang lebih baik. Doakan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn...
      sebenarnya sy risau kalau kita rasa biasa biasa terlibat dgn riba ni sedangkan Allah sgt x suka dgn riba kan.
      alhamdilulillah..semoga sedikit perkongsian dpt memberi manfaat kpd ramai org.
      sy pun masih belajar belajar tentang pengurusan kewangan ni..perbaiki mana yg kurang..
      sama sama la kita saling mendoakan :)

      Delete
    2. *alhamdulillah*
      Typo pulak :)

      Delete